Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati... Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang ak an menguatkan hati...”
Allah s.w.t. berfirman:
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120
Objektif
“Memahami tanggung jawab kita yang paling utama mengikut waqi’.”
Kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur p erjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun.
Mengenai Buku Ini
Buku ini ditulis dengan tujuan sebagai panduan kepada mereka yang mahu menyampaikan Ini Sejarah Kita (ISK). Ini bukanlah menjadi pengganti kepada pengisian ISK untuk memahami penyampaian ini, tetapi sebagai panduan semata-mata.
Setiap mereka yang mahu menyampaikan ISK perlulah berusaha mendalami sejarah Islam
bermula dengan Sirah Nabawiyyah dan seterusnya sejarah kerajaan-kerajaan yang berikutnya. Pemahaman terhadap sejarah adalah lebih penting daripada mengetahui senarai tarikh peristiwa-peristiwa bersejarah. Oleh itu, setiap penyampai perlulah memahami isi pokok setiap peristiwa dan signifikasi sesuatu perkara dalam perjalanan sejarah. Tetapi, dengan mengetahui data peristiwa (tarikh, tempat, orang yang terlibat) akan pasti membantu pemahaman dan pasti menambah keyakinan si pendengar.
Wednesday, 3 September 2014
Pustaka Hati. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment