Showing posts with label Tadabbur. Show all posts
Showing posts with label Tadabbur. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

Tadabbur: Kajian/Himpunan (Interaksi dgn Quran)



Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Setiap hari dalam solat lima waktu yang kita kerjakan, kita pasti akan membaca 7 ayat yang nilainya sungguh tinggi yang terkandung dalam surah al-fatihah. Dalam salah satu ayatnya, terkandung satu permohonan doa hamba kepada Rabbnya agar ditunjukkan jalan yang lurus (shirothol mustaqeem). Hidup kita memerlukan panduan agar kita mampu hidup sebaik-baiknya di atas dunia ini. Agar hadirnya kita di atas dunia ini mampu memberi manfaat yang sewajarnya untuk diri sendiri & orang serta makhluk lain. Kita perlukan undangundang untuk menuntun kita menjalani kehidupan mengikut caranya, agar keharmonian masyarakat dan diri dapat dicapai. ALLAH, pencipta manusia dan sekalian alam telah menurunkan panduan & manual terbaik untuk manusia sebagaimana firmannya;

“Al-Quran itu adalah kitab yg tiada keraguan (padanya).” (2:2) 
Sungguh, tiada keraguan padanya! Sehebat mana manusia tentera taghut cuba menafikan kebenaran yang dikandungi al-Quran, takkan mampu menggoyahkan kebenaran yang diturunkan oleh ALLAH al-Haq. Lantas, di situ bererti kita sebagai muslim yg meyakini Al-Quran sebagai panduan hidup kita harus berpegang teguh dengan kebenaran yang terkandung di dalamnya.

Manusia hari ini jauh daripada al-Quran. Al-Quran itu hanya untuk dibaca dalam majlis khatam al-Quran pada penghujung Ramadhan atau bagi anak-anak yang berjaya menghabiskan pengajian al-Quran di sekolah agama. Hanya enak didendangkan di majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa atau dialunkan sang qariʼ di pembukaan majlis-majlis rasmi.

Jelas sekali, interaksi muslimin hari ini dengan Al-Quran begitu berbeza dengan interaksi generasi sahabat. Bagaimana seharusnya kita berinteraksi dengan Al- Quran?

Bagi para sahabat yang begitu dekat dengan baginda Rasulullah SAW, baginda telah mendidik mereka agar hanya mengambil Al-Quran sebagai manual atau panduan untuk mereka melaksanakan segala urusan. Ini dapat dilihat bagaimana Baginda SAW merah padam tatkala melihat Umar takjub dengan Taurat yang dibacanya.

ʻSekiranya Isa a.s masih hidup sekarang, pastinya dia akan menjadi pengikutku.ʼ

~ Suatu ungkapan yang cukup besar untuk menggambarkan betapa pentingnya
menjadikan al-Quran semata-mata panduan kehidupan.~


5 CARA INTERAKSI DENGAN AL-QURAN

1) Menghadirkan hati

Hati adalah alat utama untuk kita memahami ayat-ayat al-Quran. Jika al-Quran itu turun untuk memenuhi keperluan akal manusia, bukankah agak tidak adil untuk mereka yang kurang kemampuan akalnya. Hati adalah raja yang menentukan perbuatan manusia & sekiranya hati ini dipenuhi dengan hidayah al-Quran pastinya akan sejahtera kehidupan manusia & alam. Sedangkan seorang raja dan pemerintah memerlukan penasihat, pastilah hati kita memerlukan bimbingan yang terbaik. Bimbingan yang terbaik itu hanya mampu diberi oleh al-Quran, manual terbaik yang diturunkan oleh Rabbul aʼlamin.

2) Merasakan setiap ayat Al-Quran adalah untuk diri sendiri

Pelbagai cara ALLAH tujukan ayat & peringatan dalam Al-Quran. Adakalanya ALLAH tujukan kepada orang-orang beriman (wahai orang-orang beriman), ada yang ditujukan umum kepada manusia seluruhnya (wahai sekalian manusia) dan ada ayat-ayat berupa ancaman kepada manusia yang kufur & fasiq. Jika kita sudah merasakan dalam hati kita ada iman, mungkin saja kita tidak terasa dengan ayat-ayat ALLAH yang menyebut tentang orang-orang kafir. Namun, persepsi ini harus kita betulkan kerana kita mungkin saja tidak terlepas daripada sikap-sikap kafirun yang ALLAH ceritakan. Rasailah bahawa tiap-tiap kalimat ILAHI dalam Al-Quran itu untuk kita agar apa yang dibaca itu mampu membuahkan amal dalam kehidupan kita.

3) Faham bahasa Arab

ʻSesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran berbahasa Arab, agar kamu mengerti.ʼ (12:2)

 Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, bahasa terbaik yang mampu menerangkan sesuatu dengan penerangan yang paling tepat. Sekiranya erti katanya difahami secara mendalam, pasti ia akan memberi suatu kefahaman yang lebih meluhur & mendalam. Bahkan ia mampu memberi kesan kepada jiwa dan tindakan. Dan sememangnya al-Quran itu ayat-ayatnya bertujuan untuk menggerakkan jiwa dan anggota untuk mentaati ALLAH.

4) Mengetahui asbabun nuzul (sebab turun)

Jika kita tahu sebab turunnya ayat itu, barulah kita semua mampu memahami dan menghargai susunan ayat-ayat dalam Quran. Adakalanya kita lihat perkara berbeza dalam satu ayat dan itu hanya dapat dijelaskan jika kita mengetahui sebab turunnya ayat itu. Bahkan peristiwa yang berlaku hingga menjadi sebab turunnya ayat itu akan memberikan kita pengajaran yang lebih berkesan dalam kita mempraktikkan ayat-ayat ALLAH dalam kehidupan seharian.

5) Mempunyai pengetahuan tentang sirah

Sejarah baginda SAW penting untuk diketahui dengan mendalam supaya kita bisa memahami suasana masyarakat ketika turunnya wahyu ALLAH kepada utusan terakhir, Rasulullah SAW. Mengetahui asbabun nuzul sahaja tidak mencukupi untuk kita memahami tentang masyarakat dan latar masa turunnya sesuatu ayat. InsyaALLAH, ini serba sedikit cara untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran selain kita menjaga adab-adab terhadap Al-Quran.

Selalunya kita terlupa perkaraperkara di atas dalam usaha untuk menghargai dan memahami Al-Quran. Barangsiapa ingin memperdalam pengetahuan dan fahamnya tentang isi al-Quran itu, hendaknya lebih dahulu faham benar erti dan maksud keempat istilah tersebut.

Kefahaman tentang keempat istilah dalam al-Quran itu berubah bila zaman berganti. Erti atau maksud yang sedemikian luas menurut bahasa Arab yang sesungguhnya, berubah menjadi sempit dan kabur. Erti yang terkenal oleh bangsa Arab pada masa wahyu Ilahi itu diturunkan, lambat-laun berubah, terbatas dengan berbagai-bagai dalih dan tafsir yang kabur …. (kita ni lagilah tak faham sebab   bahasa arab)

Antara salah faham
  • Ilah = tuhan
  • Rabb = pemelihara
  • Din = agama (setakat rukun iman)
  • Taghut = syaitan (byk taghut lain.. sistem yg bukan islam dll)

Akibat kesalahfahaman
  1. Isi al-Quran belum dimengerti sebagaimana sepatutnya.
  2. Tiada merasai Al-Quran untuk kita dan pedoman kita.
  3. Gagal memahami tauhid dan syirik
  4. Gagal melaksanakan ibadah semata-mata untuk Allah.
  5. Amalan tidak mengikut apa yang Al-Quran minta (tidak mengikut syariaat Allah).
Maksud ad-din

Istilah `dinʼ mempunyai pelbagai maksud bagi orang Arab. Pengunaannya adalah berkait dengan 4 konsep asas iaitu – pemerintah (supreme authority), tunduk dan pasrah, sistem cara hidup; pembalasan samada berbentuk `rewardʼ atau `punishmentʼ.

Din adalah suatu istilah yang mencakupi seluruh aspek-aspek peri kehidupan umat manusia di dunia dan untuk akhirat. Suatu istilah yang terdiri atas empat bahagian:

Kekuasaan yang maha mutlak…
Penyerahan diri (takluk) — zahir dan batin — disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan tersebut… Iman dan amal (teori dan praktik) di bawah pengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaannya itu…sistam cara hidup/peraturan yang syumul Ganjaran yang diberikan sebagai balasan kepada pihak yang berbuat baik mahupun buruk, kepada yang tunduk pada aturan yang ditentukan pihak yang maha mutlak kekuasaannya atau yang menyeleweng daripadanya. Al-Quran mempergunakan kata Din itu, kadang-kadang untuk maksud a dan b. Ada kalanya untuk salah satu dan c dan d. Ada juga yang mencakupi empat maksud sekaligus, iaitu a,b, c, d.
Di bawah adalah contoh-contoh dalil bagi penggunaan ad-din di dalam Al-Quran
Din dengan maksud `Aʼ (kekuasaan) dan `Bʼ (tunduk)

Surah Al-Muʼmin 40:64-65 :

“Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai
atap, dan membentuk kamu, lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu
rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu.
Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. Dialah Yang hidup kekal, tiada
Tuhan melainkan Dia, dengan memurnikan (tunduk sepenuhnya) ibadat kepada-
Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”
Az-zumar 39:11-l2.
“Katakanlah: Sungguh, aku diperintahkan menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. Dan aku diperintahkan menjadi orang yang pertama-tama berserah diri”.
An-Nahl 16:52.
“Dan kepunyaan-Nya-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan untuk- Nya-lah ketaatan itu selama-lamanya. Maka mengapa kamu bertaqwa kepada selain Allah?”
Maksud Din pada ayat ayat di atas ialah:
1. Dipihak Allah : Kekuasaan dan Kepemimpinan tertinggi, iaitu Allah.
2. Dipihak Manusia : penyerahan dan perhambaan diri kepada Allah

6. Kata Keikhlasan pada Din Allah itu ialah mengindahkan dan mematuhi
seluruh ketentuan dan hukum-hukum Allah

Din dengan maksud sistem cara hidup (agama, iman dan amal)
Yunus 10:104-105

“Katakanlah Wahai manusia, jika kamu meragukan agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah apa yang kamu sembah selain Allah. Aku hanya menyembah Allah yang mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang-orang yang beriman (beragama). Dan (aku telah diperintah) menghayati Din (agama) sepenuhnya dan jangan menjadi musyrik”.

Ar-Ruum 30:30

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada din (agama); (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada
perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui”.

At-Taubah 9:36

“Bilangan bulan telah ditetapkan Allah sebanyak dua belas sejak Ia menciptakan
langit dan bumi. Empat di antaranya suci. Itulah din (agama) yang benar….”.
Asy syuura 42: 21

“Apakah pemimpin-pemimpin mereka berwenang untuk membuat suatu din
(agama) bagi mereka tanpa izin Allah?….”

Al-Kaafirun 109:6

“Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku”.
  1. Erti dari Din dalam ayat-ayat di atas ialah: undang-undang, cara hidup, peraturan.
  2. Pemeluk Din Allah (agama Allah) bermaksud mengambil apa-apa yang datang dari Allah sepenuhnya.
ʻDinʼ dengan maksud ʻDʼ (Pembalasan)
Adz Dzaariyat 51:5-6

“Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu itu, pasti benar. Dan bahwa Din
(hari pembalasan) itu pasti terjadi”.

Al Maaʼuun 107: 1-3


“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan Din (hari pembalasan) itu? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. dan tiada menganjurkan memberi makan orang miskin”.
Al Infithaar 82:17-19

“Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu akan hari Din itu? (Iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”.

Adapun erti atau maksud dari kata Din pada ayat-ayat di atas ialah:

Pertanggungjawaban, Pengadilan, Pembalasan dan sebagainya.

KATA ʻDINʼ MERUPAKAN SUATU ISTILAH LENGKAP

Kata Din di dalam al-Quran dipergunakan sebagaimana dimengerti oleh orang Arab masa lalu. Din adalah suatu istilah yang mencakupi seluruh aspek kehidupan yang sempurna.

At-Taubah 9:29

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari Kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan Din yang sebenarnya, (iaitu orang-orang) yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”.

Dinul-haq atau dinullah adalah suatu istilah yang telah dijelaskan Allah pada ayat itu sendiri dengan tiga patah kata:

Iman kepada Allah sebagai yang mutlak kekuasaanNya, dimana kita menyerah bulat bulat kepada kekuasaanNya yang mutlak itu (sub a dan b). Iman kepada Hari Kemudian dan hari pembalasan (sub d). Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya (sub c).

Al Muʼmin 40:26
 
“Dan berkata Firʼaun (kepada pembesar-pembesarnya): Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menggantikan Din (agama) kamu atau menimbulkan kerusuhan di muka bumi ini”.

Fikrah ayat : Din tidak hanya bererti agama (religion), melainkan juga struktur dan politik negara, undang-undang dan peraturan. Firʼaun bimbang jika Musa berhasil dalam perjuangannya, maka akan jatuhlah kekuasaannya dan lenyapnya undangundang, peraturan dan falsafah hidup serta adat-istiadat nenek-moyang bangsa itu, atau terjadi perang saudara.

1.0 AL-QURAN ADALAH WAHYU KEPADA HAMBANYA
Penurunan Al-Quran dalam 3 tahap:

Tahap pertama
A-Qurʼan diturunkan secara keseluruhan(sedebuk) ke lawh almahfuz(Lohmahfuz)

“Bahkan dialah al-Quran yang mulia, berada di lawh mahfuz.” – (Al-Buruj:21-22)

Tahap kedua
dari Lohmahfuz ia diturunkan ke bayt alʼizzah yang terletak di langit dunia pada malam Lailatulqadar.

“Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza.” – (al-Baqarah:185)
“Sesungguhnya, kami telah menurunkannya(al-Quran) pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah itu Lailatulqadar? Ia lebih baik daripada 1000 bulan.” – (al-Qadr:1-3)

Dengan dalil-dalil ini menunjukkan bahawa……semua peristiwa dan cerita di dalam al-Quran telah ditetapkan oleh Allah swt yang memang akan berlaku satu demi satu sehinggalah hari Qiamat. Ini lah yang dikatakan sebagai projek Allah azzawajalla. Qadhoʼ dan Qadhar Allah swt ini tidak kita ketahui, oleh itu kita kena berusaha kearah kebaikan seperti mana garis panduan yang diberikan oleh Allah
swt di dalam al-Qurʼan dan Hadith.

Tahap ketiga
dari Baitulʼizzah ia diturunkan beransur-ansur kepada Rasululah saw melalui Malaikat Jibril. Ibnu Abbas menyatakan;

“Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatuqadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia secara sekali gus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur.” Penurunan ini berlaku selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari.(23 tahun)Iaitu 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah.

Penurunan al-Quran mengikut suasana/keadaan ketika itu. Kita panggil sebagai mulabasat al-Quran. Di Makkah, 3 tahun pertama adalah dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara sembunyi(Sir), kemudian 7 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara terang-terangan(Jahr) dan 3 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw keluar dari Kota Makkah.(semuanya 13 tahun dan kebanyakan
ayat yang diturunkan adalah untuk membaiki aqidah jahiliyyah ke aqidah Islam) Kemudian berlaku penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah. Banyak berlaku peperangan di peringkat ini. So ayat ayat yang turun bersesuaian dengan keadaan ini. Kebanyakan ayat hukum hakam turun di zaman ini.

Kemudian, Siapa yang menyusun surah-surah di dalam al-Qurʼan mengikut susunan seperti sekarang?…….. Setiap tahun, Jibril datang bersolat dengan Rasulullah saw pada bulan Ramadhan. Jibril membaca mengikut susunan yang dikehendaki oleh Allah swt (Taufiqi). Setiap tahun bacaan dalam solat bertambah lama kerana berlaku pertambahan surah-surah. Sehinggalah lengkap satu al-Quran seperti sekarang. Bagai mana kita nak berinteraksi dengan al-Quran sebagaimana di zaman
Rasulullah saw? Mereka seolah-olah berkata-kata dengan al-Quran. Mengikut arahan dan saranan yang ada di dalamnya dengan tanpa banyak soal. Mereka yakin setiap yang ada di dalamnya adalah benar belaka dan membawa kebaikan.

Maka

1.1 MEMBACA AL-QURAN
Pernahkah kita tidak merasa apa-apa ketika membaca Al-Quran? macam biasa je perasaan….. no feeling… Nak baca pun kadang-kadang terasa berat, apatah lagi nak faham, nak dihayati, nak diamalkan dan kemudian jadi pemangkin kepada cara hidup kita. Seperti……… tidak terkesan dengan apa yang kita baca; tak dapat nak mengubah cara kita berfikir dan cara amalan hidup kita, seolah-olah kita di satu pihak dan Al-Quran di satu pihak yang lain. Sedangkan kita tahu ia adalah wahyu atau massage Penguasa Alam Semester.

Analoginya seperti benih dan tanah; katakan benih tu Al-Quran ( benih yang terbaik) dan tanah tu kita; kalau benih tu ditanam,tetapi pokok tak tumbuh, apa masalahnya? Benih yang bermasalah atau tanah yang bermasalah ? Dalam hal ni ,tentulah tanah yang problem (kita la tu)……………
Sebenarnya kita sendiri yang tak faham Al-Quran…. Cuba kita ambil contoh mereka yang faham (Fiqh) dengan Al-Quran:

! Nabi Muhammad saw bangun dari selimut dan berdakwah bila turun 6 ayat surah Al-Muddathir
! Umar r.a. terus masuk Islam bila baca surah Toha

Toha(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2); Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa (3); (Al-Quran) diturunkan dari (Allah) yang telah mencipta bumi dan langit yang tinggi (4); iaitu (Allah) yang bersemayam di atas arasy (sesuatu dengan kelayakanNya) Dialah juga yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, serta yang di antara keduanya (5) dan juga yang dibawah tanah (perut bumi)

Baru beberapa sahaja ayat Umar menbacanya, terbitlah daripada mulut Umar, “ Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya”. Kemudian terus membacanya sehingga ayat 12.
! Sahabat tuang arak sehingga bumi Madinah basah(becak) bila turun ayat pengharaman arak.
! Tabiʼin besar Said bin Musayyaf (tua; kening dah turun; buta mata sebelah) pergi berperang walaupun uzur kerana faham ayat Allah 9:41 At-Taubah

“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Jadi macamana kita nak faham dan berinteraksi dengan Al-Quran seperti mereka?

5 Perkara Penting Dihayati Untuk Berinteraksi Dengan Al-Quran.

I. Merasai Al-Quran diturunkan untuk diri kita
II. Memahami Bahasa Arab
III. Menggunakan hati yang berperasaan
IV. Memahami sebab dan latarbelakang penurunan ayat.
V. Menyedari siapa kita.

1.3 AL-QURAN ADALAH UNTUK KITA
Cuba perhatikan ayat pertama Surah Al-Ikhlas yang maksudnya, Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa

“Banyak al-Quran terjemahan menulis “Katalah( wahai Muhammad)”, 

Cara pentejemahan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu bergantung kepada penterjemah. Hakikatnya……..walaupun dikala itu untuk Nabi Muhammad saw, ia adalah untuk kita.
Sepatutnya, dikala kita baca surah ini kita sepatutnya berfahaman; “Katakanlah (wahai norazati)” atau “katakanlah(wahai Hayuti)”) atau “Katakanlah(wahai Haliza)” atau “Katakalah (wahai si pembaca)”, Katakanlah bahawa Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Al-Quran diturunkan untuk Nabi Muhammad dan juga untuk KITA.
Terdapat perbezaan perasaan(feel) ketika membaca orang punya berbanding kita
punya…
Contohnya membaca surat cinta;
Membaca surat cinta kepunyaan orang lain tidak memberi kesan mendalam dalam hati kita berbanding membaca surat cinta yang memang kepada kita sendiri. Bila je baca “ Yang dikasihi dan yang dicintai adinda disana, semoga sihat sejahtera. Senyumlah selalu , semoga hati kekanda gembira. Bila kita dapat berjumpa? Rasa rindu tidak terkira. Kalau adinda menyayangi kekanda, tunggulah buat setahun dua ini. Pasti rombongan datang ke rumah.” Berbunga-bunga hati si adinda, apapun rintangan akan tetap menunggu kekanda walaupun melebihi setahun dua….. Perasaan seperti ini tidak akan wujud dalam hati kita jika surat itu kawan kita punya. Tidak perlu menunggu, tidak terasa bangga, hatipun tidak berbunga. Begitulah juga Al-Quran, Jika kita merasai ia diturunkan hanya kepada Nabi, payahlah kita nak merasai apa-apa. Melainkan kita beranggapan ia diturunkan
untuk kita. Allah swt berkata-kata dengan kita. Menasihati kita. Menunjuk jalan terbaik yang patut kita ikuti. Jika kita terasa kita dengan Allah ada hubungan tertentu (Kekasih….Tuan….Raja…Menyayangi kita….Memelihara kita….Penyelamat…Pemberi rezeki yang selama ini kita hidup senang….tak terkira,melebihi segala-galanya…) maka, kita dengan senang hati menuruti segala kata-kataNya. Jika kita tidak terasa kita ada hubungan Allah, maka…..kita akan acuh-tak acuh (tidak mengambil berat) setiap kata-kataNya.

Hadis surah Fatihah

Bila kita membaca Al-Quran, sebenarnya Allah sedang berinteraksi dengan kita. Allah menjawab bacaan kita. Dalam Surah Al-Fatihah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..
”….. apabila hamba itu berkata , َ ( ٢ Zِ:َY َٰ+ۡ% ٱ I ِِ رَب #" ُ jۡ:َ^ۡ% ٱ) Allah menjawab `hamba-Ku memuji akan dakuʼ; apabila hamba itu berkata ِ ( ٣ .KِD#4% ِ ٱ Eَٰ:ۡD#4% ٱ) Allah menjawab `hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKuʼ; apabila hamba itu berkata ِEkIj% ۡمِ ٱ @َk ِ ِY َٰH
 ٤)) , Allah menjawab hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku, apabila hamba itu berkata كَV#k ُ وَإِ jُLۡ+َn كَ V#k إِ
ُ ( ٥ Zِ+َUۡ9َn) , Allah menjawab ʻIni di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku, apabila hamba itu berkata Vَnِjۡ] ٱ
َ ( ٧ ZI%;#—% َ ٱ c ۡ وَ .ِ…ۡKَYَf بِ @ُ—ۡyَۡv ِ ٱ 4ۡKَ° ۡ .ِ…ۡKَYَf َ Oۡ:َ+ۡn َ أَ Ekِ&#% َٲطَ ٱ 4ِ? َ ( ٦) .Kِ{َUۡ9ُۡv َٲطَ ٱ 4Ii% ٱ) , Allah menjawab ʻini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepada- Kuʼ (Hadith Sahih Muslim)

Itulah rahsia surah Al-Fatihah di dalam solat yang merupakan dialog di antara Allah dengan hamba-Nya; sesuai dengan pengertian solat yang bermakna doa (permohonan).

Begitu juga dalam bacaan ayat-ayat sajadah (ada 14 temapat di dalam Al-Quran kita di minta berinteraksi dengan Allah dengan sujud kepada-Nya. Jadi perlu ada penghayatan dan kefahaman dalam bacaan Al-Quran, agar ia masuk ke dalam hati dan terkesan dalam hati; apatah lagi bila dalam solat, kita sebenarnya berkata-kata, bermunajat, memohon dan merayu kepada Allah. Dalam ayat lain juga, seperti dalam surah Al AʼLaa (Yang Paling Tinggi) bila dibacakan ( ١ _َYۡfَۡ/ َ ٱ I= َ رَ .ۡ¤ ِ ٱ ±ILَ¤ kita dikehendaki menjawab “subhanaribiyal aʼLaa” (seperti bacaan dalam sujud)… Kalau kita tak baca, maknanya kita tak faham ayat tersebut. Seperti kita tidak berinteraksi dengan al-Quran. Bagaimana nak tahu bahawa ayat-ayat dalam Al-Quran itu untuk kita? Kita kena faham “Dhamir”(ganti nama). Dalam bahasa Arab ada katanama pertama (ana, nahnu); katanama ke-dua (Ka, kuma, kum atau Ki, kuma, kunna);

Katanama ke-tiga (hua, huma, hum atau hia, huma dan hunna) Jadinya bila disebut `Kaʼ atau kamu dalam Al-Quran sebenarnya dituju untuk siapa sebenarnya. Jawapannya ada tiga;
  1. `Kaʼ pertama ialah khusus untuk Allah seperti ُ ( ٥ Zِ+َUۡ9َn كَ V#k ُ وَإِ jُLۡ+َn كَ V#k (إِ
  2.  `Kaʼ yang ke-dua ialah khusus untuk nabi Muhammad saw, tak banyak sangat dalam Al-Quran;
  3.  `Kaʼ yang ke-3 ditujukan kepada kita semua. Majoriti dalam Al-Quran adalah `kaʼ untuk kita.

Contohnya.

 Toha (20:2)
مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ
"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung
kesusahan" (2) 

An-Nasr (110:3)
 فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat "(3)
 
Kena mengetahui dan menyedari bahawa al-Quran itu adalah untuk diri kita. Katakata di dalam al-Quran itu dilontarkan kepada kita melalui Rasulullah saw. Demi penyampaian ini…….Rasulullah saw menghadapi pelbagai cabaran dan penghinaan. Namun tidak diendahkan, semata-mata untuk umatnya. Oleh itu, bacalah al-Quran untuk mengetahui isi kandungannya. Memahami, menghayati dan mengamalkannya…..kemudian sampaikanlah kepada yang lain. Kita perlu merasai ingin menyambung perjuangan Rasulullah saw.

1.4 AL-QURAN DALAM BAHASA ARAB

Kenapa, Q, Why, Pourqoi?

Sebab
Bahaasa Arab adalah bahasa istimewa. Ia banyak kelebihannya berbanding dengan bahasabahasa
yang lain. Terutama Bahasa Melayu yang dipercayai yang paling miskin.
Hebatnya Bahasa Arab

Dalam ilmu B.Arab ada ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Bayan, Maʼani, Badiʼ dan lain2 seperti syaʼir Arab dan perumpamaan Arab. Kalau kita dapat menguasai dari segi Nahu, Sorof dan Balaghah pun.

Alhamdulillah,
Ilmu Nahu – mengkaji bentuk kata dan kata terbitan.(Grammar)
Ilmu Sorof – mengkaji perubahan perkataan dalam B.Arab( penambahan huruf tertentu atau baris yang memberi makna yang berbeza)
Ilmu Balaghah – ilmu Retorik, iaitu kesenian gaya bahasa yang boleh mempengaruhi pemikiran pendengar. Ia berkesan untuk penuturan dan penulisan. (Antonasi dalam perkataan;dalam keadaan marah ke, sedih ke, gembira ke, sindiran ke dll gambaran terbayang.)

Pendengar dan Pembaca

Pendengar akan mengetahui keadaan sesuatu perkataan itu melalui antonasi suara pengucap kata-kata itu. B.Melayu perlu ada antonasi ini untuk mengetahui keadaan situasi ketika itu.

TETAPI Bahasa Arab….dengan melihat kepada perkataan itu sahaja telah dapat mengetahui keadaan situasi ketika itu sama ada ia marah, atau memerintah atau menyindir ataupun memuji.
Contoh;
Pembaca membaca perkataan “makanlah” yang ditulis di atas papan putih.( Cuba baca perkataan ini semula) Tahu tak macam mana gaya bahasanya? Atau kita baca dengan tiada perasaan?

Dalam B.Melayu, perlu ada antonasi untuk menunjukkan keadaan perkataan ini. Cuba baca semula dengan antonasi yang diberi,

“makanlah” (dalam nada lembut dan mengalu-alukan)
“makanlah” (dalam nada marah)
“makanlah” (dalam nada menyindir)

Jadi…..Antonasi boleh mengubah makna sesuatu perkataan itu. Dalam Bahasa Arab, pembaca akan mengetahui nada /antonasi setiap perkataan itu. Sama ada Allah swt menyatakan dalam keadaan marah ke, suruh ke, atau membuat penegasan.

Apa yang perlu kita buat?
Kita kena bersungguh-sungguh belajar Bahasa Arab. Kita nak ambil jurusan physics atau Medic tapi tak tahu English, then kita sanggup berkorban untuk belajar English semata-mata untuk memahami buku Physics atau Medic.

Bila kita mengaku al-Quran itu adalah untuk kita, dan ada maklumat penting di dalamnya tapi. Dalam Bahasa Arab. Sanggupkah kita mengorbankan apa yang ada untuk mempelajari B.Arab kerana nak menjiwai al-Quran atau nak mendapatkan aura/feel dari al-Quran itu dan Nak tau isi kandungannya secara mendalam.

Orang yang memahami B.Arab akan mengatakan; Membaca terjemahan sahaja tidak memadai untuk menjiwai al-Quran. Seperti ada sesuatu yang kurang/tak kena. Menyedari al-Quran diturunkan adalah untuk kita. Bukan hanya untuk Rasulullah saw dan para Sahabat. Ia untuk kita baca difahami
dihayati diamalkan, then disebarkan dengan mengambil tugas Rasulullah saw iaitu “menyampaikan”. Bukan sekadar membaca dengan tajwid dan taranum, tetapi mestilah juga dengan maksud disebalik ayat-ayat yang dibaca.

Membaca sesuatu untuk kita, lebih bermakna berbanding membaca orang lain punya. So al-Quran itu untuk kita semua. Mempelajari Bahasa Arab supaya setiap ayat yang dibaca dari al-Quran difahami secara terus sehingga memberi kesan dihati. Sehingga Hati yang terkesan itu dapat menguasai diri kita dengan cara yang betul iaitu mengikut pandangan dan perkiraan Allah swt.

 

1.5 MENGHAYATI AL-QURAN DENGAN HATI

Otak kita hanya dapat memproses data yang masuk. Ia tidak dapat merasai(feel) sesuatu apa pun yang masuk kedalamnya. Untuk merasai(feel) sama ada rasa sedih…..atau rasa hebat ………atau rasa geram……atau rasa-rasa yang lain…….kita perlu menggunakan HATI.

Sebab itu ada perkataan; “Sakit Hati”, “Geli Hati”, “Sedih Hati” dan “Senang Hati”. Ini menunjukkan Hati mempunyai perasaan.

Selalunya kita membaca buku pelajaran seperti Maths, Sains, Geografi, dan yang lain dengan menggunakan otak. Kita cuba menghafal(input) kemudian cuba mengeluarkannya semula melalui tulisan(output/exam). Tak pernah rasanya setakat ni saya merasai sedih atau teramat gembira bila membaca buku Fizik atau Bio. Tapi…….saya pernah menitiskan air mata bila membaca novel atau menonton drama atau filem dalam TV. Ini bermakna, saya menggunakan hati untuk membaca novel atau menonton TV(menjiwainya) tetapi tidak pada buku pelajaran. Sebab tu agaknya tak boleh jadi saintis.

Seorang Saintis jika menjiwai betul-betul apa yang dikaji……akan nampaklah olehnya kebesaran Allah dan keagunganNya. Sehingga hati Si Saintis dapat tunduk dan patuh dengan Sang Pencipta.
Begitu juga dengan al-Quran. Kita sepatutnya menggunakan hati yang berperasaan ini semasa membaca al-Quran. Nanti akan tampaklah linangan air mata……mungkin kerana insaf, menyesal, takjub atau pun bersyukur dengan kemurahan Allah swt terhadap hamba-hambaNya. Inilah yang kita nak.

Ingin merasai syahdu dan sayu apabila membaca al-Quran. Hati telah terkesan. Sekeras-keras batu, lambat laun lekuk juga dik titisan air ke atas batu itu. Begitu juga penyucian hati……..perbanyakkan membaca al-Quran(Dengan kaedah yang betul), lambat laun hati kan putih bersih dengan cahaya al-Quran. InsyaAllah…..

Setakat ni, kita dah lihat 3 formula bagaimana untuk berinteraksi dengan al-Quran secara berkesan. Iaitu;

  • Menyedari bahawa majoriti kandungan dalam al-Quran adalah untuk kita. Oleh itu perlu kita memahaminya dengan “kami taat dan kami patuh”
  • Untuk memahami al-Quran dengan secara mendalam, perlu kita memahami B.Arab. Baru dapat merasai(feel) di dalam hati.
Syair matan Imam Syatibi;

“Sesungguhnya tali Allah kepada kita ialah al-Quran, maka berjihadlah untuk
memahaminya dengan jihad yang besar dan bersungguh-sungguh.”Maksud
matan ini ingin memberitahu kita al-Quran umpama ʻpeta jalanʼ kepada simpang
siur kehidupan, melaluinya kita diberitahu dari mana kita datang dan ke mana arah
tepat yang patut dituju.
  • Menghayati al-Quran dengan hati yang berperasaan. Baru terasa ruh atauauranya menyelinap ke seluruh tubuh untuk mematuhi dan mengagungkan Pencipta dan RasulNya akhir zaman.

1.6 MENGETAHUI LATAR BELAKANG AL-QURAN

  1. Kenapa al-Quran diturunkan secara munajjaman?Apa maksud munajjaman? Munajjaman bermaksud al-Quran itu diturunkan secara beransur-ansur kepada Junjungan Besar Rasulullah saw mengikut keadaan semasa. Kenapa tidak diturunkan secara sekali gus? Untuk memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya yang bersangkutan atau berkaitan dengan keadaan ketika itu.
  2. Peristiwa yang berlaku adalah secara fizikal dan emosionalAl-Quran diturunkan mengikut peristiwa-peristiwa semasa termasuk peristiwa secara fizikal atau secara emosional.

Peristiwa fizikal seperti peristiwa melibatkan peperangan, perjanjian, pembukaan empayar Islam dan lain-lain yang seumpama. Peristiwa emosional ialah peristiwa yang melibatkan perasaan.

Contoh 1:

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah
akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.” – (Thaahaa : 14)

Ayat di atas adalah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Musa.(Tafsiran ayat ini sangat mendalam berkait dengan aqidah, boleh rujuk tafsiran) Di zaman Rasulullah saw, ayat ini ada perkaitan dengan pengIslaman Saidina Umar Ibni al-Khattab.

Saidina Umar yang garang sebelum Islam telah diberitakan oleh Nuim bahawa adiknya Fatimah dan suaminya(iparnya) telah memeluk agama Islam yakni musuh agamanya. Lantas dengan segera Sadina Umar mendapatkan mereka yang sedang membincangkan surah Thaahaa ini. Berlaku perbalahan sehingga adiknya Fatimah ditampar olehnya dengan kuat sehingga berdarah. Melihat adiknya sendiri cedera hingga berdarah, timbul rasa kesal di hatinya terus berseru;

“Berikan daku kitab yang bersama kamu itu untuk ku menatapnya.”
“Kau kotor, ayatnya bersih dan tidak boleh disentuh kecuali orang yang bersih. Ayuh, pergi bersuci dahulu.”Adiknya berkata.

Saidina Umar pun bangun dan bersuci. Kemudian membaca surah Thaaha hingga ayat 14 ini. Beliau mengkagumi kata-katanya dan memuliakannya. Lantas bertanyakan dimanakah Muhammad saw. Rupa-rupanya Allah swt telah memakbulkan doa Rasulullah saw yang berbunyi “Ya Allah Ya Tuhanku perkukuhkanlah Islam dengan Umar al-Khattab atau Abu Jahal Ibnu Hisham.” Jika kita mengetahui cerita disebalik ayat yang dibaca, baru ada ʻsomethingʼ sehingga melekakan kita membacanya. Ingin terus membaca kerana tak puas.

Nak baca lagi, nak lagi dan lagi.

Contoh 2;

Penurunan ayat ad-Dhuha.
Demi waktu Duha (1)
Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (2)
Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci. (3)

Apabila kita baca ayat ini, kita tak tau dan bertanya kenapa la Allah swt cakap macam ni…….
Apakah cerita disebalik penurunan ayat ini? (latarbelakangnya) Sebenarnya pada suatu ketika wahyu lambat diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw. Ini menyebabkan keresahan, sedih, dan tertanya-tanya kenapa malaikat Jibril tidak menurunkan wahyu kepada Baginda. Dikala ini juga kaum Musyrikin mengambil kesempatan mengejek-ngejek Rasulullah saw bahawa Beliau telah ditinggalkan Tuhannya.

Sama seperti kita, bila berjauhan dengan suami….sms menjadi tali penghubung.
Maka berlaku balas membalas sms. Tiba-tiba, suami berhenti menghantar messagemula dalam kotak fikiran kita tertanya-tanya; marahkah ia?, aku tersilap cakap ke?, kemudian perasaan sedih menerjah kalbu. Muka muram tidak ceria. Selang beberapa hari………..ada message dari suami menyatakan
kerinduannya dan kasih sayangnya. Maka hati kita berbunga kembali, wajah berseri-seri kegembiraan.

Begitulah Rasulullah saw, selang beberapa ketika surah Dhuha ini turun. Allah swt menyampaikan bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah saw. Dan tidak membenci Baginda. Sebaliknya menyayanginya. Keresahan Rasulullah saw terubat, betapa gembiranya Baginda dengan penurunan ayat ini. Bila kita baca ayat ini, kita pun tumpang bergembira.

Ini bermakna kita perlu tahu ASBABUN NUZUL (sebab-sebab turunnya sesuatu ayat). Tapi tidak semua ayat ada asbabun nuzulnya. Ia diturunkan mengikut suasana keadaan ketika itu yang kita panggil mulabasat al-Quran.

Contohnya;

Al-Quran diturunkan selama 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Dalam tahun-tahun ini ada fasa-fasa suasana keadaan ketika itu.
Zaman Mekkah:
Ada 3 fasa;

Fasa 1 : 3 tahun pertama, dakwah secara sembunyi(sir)
Fasa 2 : 7 tahun kemudiannya, dakwah secara terang-terangan. Fasa yang paling banyak ujian dan seksaan.
Fasa 3 : 3 tahun terakhir, seruan Islam keluar Mekkah.

Jadi, dalam zaman Makkah ada 3 fasa, penurunan ayat adalah mengikut feel keadaan bagi setiap fasa. Bila kita baca al-Quran, kita akan dapat feel ayat tersebut kerana kita tahu keadaan suasana(mulabasat) ayat tersebut. Secara umumnya ayat yang turun zaman ini adalah berkisar kepada pengubahan aqidah umat.

Zaman Madinah:
Ada 2 fasa;
Fasa 1 : 5 thn pertama dakwah secara defensive iaitu umat Islam telah diserang oleh musuh, maka mereka lebih kepada mempertahan diri. Peperangan yang terlibat seperti perang Badar, perang Uhud, perang Khandak dan lain-lain.
Fasa 2 : 5 thn akhir dakwah secara offensive iaitu berlaku pembentukan kerajaan Islam dan umat Islam mula mengembangkan wilayahnya. Peperangan yang terlibat seperti peperangan Hunain, peperangan Tabuk dan lain-lain. Secara umumnya kita tahu ayat-ayat yang turun di zaman ini berkaitan dengan hukum hakam.

Sebab itulah penting bagi kita membaca Seerah Nabi saw. Bila kita tahu seerah, kita akan memahami jalan cerita setiap ayat al-Quran itu diturunkan. Apa yang perlu kita buat sekarang?……..Kena baca seerah dan memahaminya. Masalahnya……….kebanyakkan buku seerah yang kita baca lebih berbentuk fakta (seerah fakta). Tidak berbentuk seerah hati.

Yakni seerah yang boleh menyentuh hati seperti kita membaca novel. Bila kita baca novel, kita terasa seolah-olah kita berada di dalamnya dan dapat merasai situasi ketika itu. Setakat ni yang saya jumpa seerah berunsur cerita dan mengikut mulabasat al-Quran adalah Seerah Lengkap Nabi Muhammad saw, Al-Raheeq Al-Makhtum oleh syeikh Sofiyyur-Rahman al-Mubarakfuri. Ia adalah buku seerah yang terkenal di Mesir. Sekarang telah ada terjemahan dalam Bahasa Melayu. Sesiapa diantara kita yang mahir menulis seperti novel, bolehlah kembangkan bakat dengan menulis seerah Rasulullah saw dalam bentuk novel. Mana lah tahu…….jika terpilih oleh Allah swt.

1.7 SIAPA KITA?


Pertanyaan `siapa kitaʼ bermaksud supaya kita ingin mengenali diri kita. Setiap individu itu akan sentiasa berada dalam dunia dia sendiri. Susah baginya untuk berada dikalangan yang tidak sama fikiran dengannya.

Contohnya, seorang nelayan akan mencari kawan yang faham tentang laut dan kehidupan seorang nelayan. Majalah yang dibaca juga berkisar kepada ikan. Seorang doctor tidak akan berminat tentang ikan. Buku-buku yang dibacapun berkaitan dengan perubatan. Maka akan berlaku pemisahan kumpulan. Nelayan dengan klik nelayan, doctor dengan klik doctor, sama juga dengan guru, tukang masak, kontraktor dan lain-lain.

Begitu juga di zaman Jahiliyyah. Golongan bangsawan dengan bangsawan, Peniaga akan sentiasa selesa dengan peniaga, pengembala dengan pengembala, penyair akan sentiasa dengan penyair dan lain-lain.

Apabila al-Quran turun, Rasulullah saw menyampaikan wahyunya kepada kumpulan-kumpulan ini. Maka wujud satu lagi kumpulan iaitu kumpulan Islam yang bermarkas di rumah Arqam bin Abi Arqam.

Walaupun di dalam kumpulan ini terdiri dari pelbagai profesion, ia telah disatukan dengan satu ikatan aqidah yang telah mengubah pemikiran mereka. Mereka merasakan mereka ada kerja yang
khusus iaitu mengajak orang lain untuk menyertai kumpulan Islam. Namun begitu profesion lama mereka tetap kekal wujud. Ini bermakna seorang doctor akan juga bercakap tentang Islam, begitu juga nelayan akan bercakap juga tentang Islam. Profesion lama mereka menjadi alat untuk memudahkan kerja-kerja dakwah mereka. Mereka faham kenapa Allah swt menjadikan manusia iaitu semata-mata sebagai khalifah di muka Bumi ini. Ini lah juga sebab mengapa al-Quran diturunkan. Ia diturunkan kepada pendakwahpendakwahNya sebagai rujukan. Semua penyelesaian masalah yang dihadapi ada di dalam al-Quran.

Contohnya, jika kita terlalu banyak menerima dugaan menyebabkan terfikir Allah swt telah membenci kita. Bukan begitu…..bacalah surah ad-Dhuha. Ia akan mententeramkan hati orang yang banyak masalah. Dalam surah ini menyatakan Allah swt tidak meninggalkan kita. Tidak membenci
kita, jika kita menyambung perjuangan Rasulullah saw.

Ingatlah firman Allah dalam surah al-Baqarah
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2:216)

Jadi, apa yang perlu kita buat sekarang?
Kita kena menyambung perjuangan Rasulullah saw menyampaikan apa yang ada di dalam al-Quran. Nanti kita akan merasai apa yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. Kita juga akan dapat merasai bagaimana berinteraksi dengan al-Quran.

Disklaimer:
Bukan tulisan original, sekadar ringkasan utk diri sendiri

Tadabbur: Kajian/Himpunan (Fiqh)



Tadabbur Quran sendiri.Boleh kah?

Dalil
Surah muhammad 47:24   
Sad 38:29

Usul kedua

Beberapa noktah:
• Quran di turunkan untuk semua mukmin muslim yang pelbagai keadaan, kategori, latarbelakang, kemudahan. Ianya untuk diambil pengajaran, iktibar, menjadi tanda (ayaat), memahami halal haram dan petunjuk dan nasihat dalam hidup.

(2:185, 3:4, 27:2, 10:57)

• Tidak semua sahabat sama dan ada peluang untuk belajar quran dengan
• Antara 2 extreme – menyempit dan melonggar. Dalam semua perkara, termasuk dalam menghadapi Quran. Menyempit dan melonggar dalam memahami dan menyempit dan melonggar dalam keperluan belajar.
• Menghalalkan suatu yang haram adalah salah. Begitu juga mengharamkan suatu yang halal.

(16:116)

Persoalan:
- Siapa boleh tafsir Quran?
- Siapa boleh faham Quran?
- Siapa boleh tadabbur Quran?
- Siapa boleh share perasaan terhadap Quran?

Pembahagian Quran 
(3:7):

- Muhkam
- Mutasyabih
Apa erti muhkam dan erti mutasyabih?

Makna tafsir:
Tafsir/ takwil/ Terjemah
Makna tadabbur:

Lampiran 1:Pengenalan Ringkas Ilmu Tafsir

Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir al-Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin
(Fadlan bin Mohd. Othman)

Isu Terjemahan Al-Quran

“Terjemahan” dari sudut bahasa ialah: penerangan dan penjelasan. Terjemahan dari sudut istilah ialah: penjelasan sesuatu kata-kata dalam bahasa lain. Terjemahan al-Quran ialah: penjelasan erti al- Quran dalam selain bahasa Arab. Terjemahan al-Quran terbahagi dua:

1. Terjemahan harfiyah: iaitu menukar perkataan dengan perkataan.
2. Terjemahan ma’nawiyah atau tafsiriyah: iaitu penjelasan erti percakapan dengan bahasa lain tanpa menghiraukan susunan tertib perkataan. 
Contohnya ialah firman Allah Ta‘ala ( al-Zukhruf 43:3) - 
Maksudnya:

Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahaminya.

Terjemah harfiyah terhadap ayat ini ialah menterjemahkan satu persatu perkataan dalam ayat ini
iaitu ‘inna’ kemudian ‘ja‘alna’ kemudian ‘qara’na’ kemudian ‘arabiyan’ dan seterusnya.
Terjemahan ma‘nawiyah terhadap ayat ini ialah menterjemahkan erti keseluruhan ayat ini tanpa
melihat secara spesifik erti setiap perkataan dan susunan perkataan-perkataannya. Dalam erti kata
lain, ianya lebih kepada tafsir secara ringkas.

Hukum Terjemahan Al-Quran
Di sisi kebanyakan ulamak, terjemahan harfiyah adalah mustahil kerana ianya mempunyai syarat syarat yang tidak boleh dipenuhi iaitu:

1. Mempunyai perbendaharaan kata yang serupa dalam dua bahasa.
2. Mempunyai alat-alat yang membawa erti-erti tertentu yang serupa antara dua bahasa.
3. Mempunyai persamaan antara dua bahasa dalam susunan perkataan daripada konteks ayat, sifat dan sandaran.

Sesetengah ulamak pula mengatakan bahawa terjemahan harfiyah boleh dilaksanakan pada
sesetengah ayat. Akan tetapi, walaupun ianya boleh dilaksanakan, hukumnya tetap haram kerana
ianya tidak mungkin dapat menyampaikan maksud dengan sempurna, tidak memberi kesan pada
jiwa-jiwa seperti kesan al-Quran yang berbahasa Arab yang jelas dan tiada keperluan (darurat)
kepadanya kerana terjemahan ma‘nawiyah sudah mencukupi.

Dengan itu, walaupun terjemahan harfiyah dapat dilaksanakan pada sesetengah perkataan, ianya
tetap dilarang oleh Syarak kecuali sekiranya diterjemahkan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa
untuk difahami orang yang mendengar dan bukannya diterjemahkan keseluruhan konteks ayat.
Terjemahan ma‘nawiyah dibenarkan kerana tidak terdapat perkara yang melarangnya. Bahkan
ianya wajib apabila merupakan perantaraan untuk menyampaikan al-Quran dan Islam kepada
orang yang tidak bertutur dalam bahasa Arab. Ini kerana menyampaikan al-Quran dan Islam adalah
wajib, dan apa yang tidak sempurna satu kewajipan kecuali dengannya, ianya juga menjadi wajib.
Akan tetapi, terjemahan ma‘nawiyah mestilah dengan syarat-syarat berikut:

1. Ianya tidak boleh dijadikan pengganti kepada al-Quran dengan menggunakannya sahaja sehingga meninggalkan al-Quran. Oleh itu, hendaklah ditulis terjemahan di sebelah teks Arab al-Quran supaya menjadi sebagai tafsiran kepadanya.
2. Orang yang menterjemah mestilah mengetahui erti lafaz-lafaz dan tuntutannya dalam dua bahasa yang digunakan dalam perterjemahan.
3. Orang yang menterjemah mestilah mengetahui erti lafaz Syarak dalam al-Quran.
4. Di samping itu, terjemahan al-Quran tidak boleh diterima kecuali daripada orang yang dipercayai  iaitu muslim yang teguh agamanya.

Lampiran 2:
Tafsir dengan pendapat sendiri

Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadisnya mengingatkan untuk tidak menafsirkan ayat-ayat Allah
tanpa ilmu, di antaranya adalah:
   
Maksudnya; Barangsiapa yang menafsirkan al-Quran dengan pendapatnya atau tanpa dilandaskan
dengan ilmu maka silahkan mengambil tempatnya di neraka”. (HR an-Nasa’i dari Abdullah bin
Abbas)

Dan dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda;:
   
Barangsiapa yang menafsirkan al-Quran dengan pendapatnya, meskipun bisa jadi benar, maka ia tetap dinyatakantelah keliru.” (HR. at-Tirmidzi, Abu Daud, dan Nasa’i dari Jundub bin Abdullah)

Abu Bakar berkata: “Langit yang mana aku bernaung, bumi yang mana aku berpijak, kalau aku menafsirkan Kitabullah tanpa ilmu”.

Ini menunjukkan kehati-hatian ulama salaf (sahabat, tabi’in dan berikutnya), untuk menafsirkan
ayat-ayat Allah tanpa berlandaskan hujjah dan dalil yang jelas.

Adapun penafsiran yang dilakukan dengan dasar ilmu dan pengetahuan, baik syariah maupun
lughawiyah maka tidaklah termasuk dalam ancaman di atas[1].

Menafsirkan al-Quran dengan ijtihad ra’yu sudah ditradisikan sejak zaman Rasulullah s.a.w., dan itu
dilakukan oleh isteri beliau Aisyah yang banyak menafsirkan masalah-masalah penting dalam
agama[2]. 

Dan Rasulullah sendiri memuji Mu’adz bin Jabal untuk melakukan Ijtihad dengan ra’yu, dalam memutuskan permasalahan ummat, apabila dia tidak mendapatkan jawabannya itu pada al- Quran dan Sunnah. Dan hal seperti ini mesti dilakukan agar Al-Quran benar-benar boleh menjadi hudan (petunjuk) bagi kemaslahatan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

[1] Ibnu Katsir. Tafsîr al-Qurân al-Azhîm, Muqaddimah. Hal.13
[2] ‘Abdullah ibn Su’ûd al-Badr, Tafsîr Ummîl Mu’minîn ‘Âisyah Radhiyallâhu ‘Anhâ, (Jakarta: Dâr al-Falâh, 1422).

Lampiran 3:

Buku – Mafatih tadaburi Quran (Kunci-kunci Tadabbur Al-Qur'an) ada terjemahan Indonesia.

Oleh Syeikh: Khalid bin Abdul Karim Al-Laahim

Petikan:

Kata Ibn Hubairah, “Antara tipu daya syaitan ialah menjauhkan manusia daripada mentadabbur al- Quran. Ini kerana syaitan amat mengetahui bahawa petunjuk hidayah akan datang ketika manusia mentadabbur al-Quran. Maka syaitan berkata,‘Ini bahaya’ sehinggalah manusia berkata, ‘Aku tidak akan bercakap tentang al-Quran kerana takut tersilap’.”

Padahal Ibn Abbas pernah menyebut, “Tafsir al-Quran terbahagi kepada empat bahagian,
  1. Tafsir yang boleh difahami oleh semua orang.
  2. Tafsir yang boleh difahami oleh orang Arab.
  3. Tafsir yang hanya boleh diketahui melalui ulama.
  4. Tafsir yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.
Kebanyakan ayat al-Quran adalah daripada bahagian pertama dan kedua. Sesungguhnya menutup akal dan fikiran kita daripada mentadabbur al-Quran dengan alasan susah dan tidak mengetahui tafsirannya, memadai dengan sekadar tilawah adalah merupakan pintu syaitan untuk menjauhkan manusia daripada hidayah Allah.

Allah memuji hati orang beriman yang memiliki ‘hati’,

Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui kitab mereka) daripada kebenaran (Al-Quran) sambil mereka berkata: 

“Ya Tuhan kami, kami telah beriman (kepada Nabi Muhammad dan kitab suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad –sallalahu alayhi wasallam–). [Al-Maidah:83]

Lampiran 4: Syarat Khusus Mufassir

Kajian Tafsir Universiti Islam Malang, Indonesia.

…Melihat besar dan beratnya beban dalam menafsirkan al-Qur’an, al-Suyuthi memaparkan beberapa syarat khusus yang harus dilalui oleh tiap-tiap mufassir (ahli tafsir). Di antara persyaratan tersebut adalah; menguasai gramatikal bahasa Arab, ilmu balâghah, ilmu bayân, usûl al-din, usûl alfiqh, ilmu qirâ’ah, asbâb al-nuzûl, al-nâsikh wa al-mansûkh, qashash al-Qur’an, dan hadis yang berkaitan dengan penafsiran al-Qur’an…

….Ibnu Taymiyah menolak adanya tafsîr al-Qur’ân bi al-Ra’yî, karena para sahabat dan tabi’in telah menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Sehingga tafsir yang bertentangan dengan tafsir para sahabat dan tabi’in masuk dalam kategori salah dan bid’ah. Al-Suyuthi mengutib beberapa hadis yang melarang penafsiran al-Qur’an dengan al-Ra’yî.

Ibnu Asyur menyangkal pendapat dan pengutipan hadis-hadis nabi yang melarang secara keras medote penafsiran al-Qur’an bi al-Ra’yî. Bagi Ibnu Asyur, tafsir adalah seni-seni dalam memahami al-Qur’an. Keindahan dan keistimewaan al-Qur’an sendiri tedapat pada ragam seni-seni tersebut. Jika penafsiran al-Qur’an hanya berpegang pada tafsir-tafsir terdahulu tanpa adanya inovasi dari mufassir, maka tafsir al-Qur’an hanya berupa lembaran-lembaran yang minim. Ibnu Asyur menjelaskan bahwa para sahabat nabi dan ulama-ulama terdahulu lebih mengfungsikan akal dan pengetahuan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Ibnu Asyur lebih cenderung menggunakan hadis yang menyatakan bahwa nabi Muhammad hanya menjelaskan al-Qur’an pada ayat-ayat tertentu.

Selain itu, Ibnu Asyur juga mengutip pendapat al-Ghazali dan al-Qurthuby yang mengatakan bahwa
tidak benar kiranya jika semua perkataan sahabat nabi bersumber dari nabi. Hal itu karena beberapa
faktor

  • pertama; nabi Muhammad hanya menetapkan atau menafsirkan ayat-ayat tertentu dengan jumlah yang sedikit (sesuai hadis Aisyah),
  • kedua; adanya perbedaan penafsiran al-Qur’an yang dilakukan oleh para sahabat. Jika tafsir tafsir sahabat berdasarkan penjelasan atau mendengar langsung dari nabi, maka secara otomatis penafsiran terhadap al-Qur’an akan sama.
Para ahli fikih dan sastrawan beranggapan bahwa membaca sedikit dengan pemahaman yang mendalam jauh lebih bagus daripada pembacaan yang banyak akan tetapi dangkal pemahaman. Ibnu Khuldun memaparkan bahwa al-Qur’an diturunkan dengan menggunakan bahasa Arab beserta susunan balaghahnya. Semua umat Islam memahami dan mengerti arti dan makna al-Qur’an. 

Pemahaman yang dimaksud tentunya memiliki kadar yang berbeda-beda sesuai dengan kemapuan masing-masing. Bahkan saling melengkapi satu sama lainnya. Muhammad Abduh memaknai tafsir sebagai upaya memahami al-Qur’an dengan kaca mata agama sebagai pedoman bagi manusia dalam meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka disitulah maksud dari tujuan tafsir al-Qur’an itu. Sementara cara memahami dan menafsirkan al-Qur’an hanyalah media, wasilah, metode untuk mencapai tujuan.

Lampiran 5:

Adab-Adab Membaca al-Qur’an

Silsilah Manaahij Dauraat al-‘Uluum asy-Syar’iyyah –fi’ah an-Naasyi’ah- al-Hadits karya Dr Ibrahim
bin Sulaiman al-Huwaimil, hal.21-25

Al-Qur’an adalah kitab suci umat Islam yang memiliki kedudukan tersendiri di hati setiap Muslim. Ia merupakan kalamullah dan sebagai sumber hukum pertama bagi umat Islam.

Sebagai sebuah kitab suci yang memiliki keistimewaan, tentu patutlah bagi seorang Muslim untuk memuliakan dan menghormatinya, termasuk dalam sikap kita ketika ingin membacanya. Nah, apakah adab-adabnya? Silahkan menyimak!!

Banyak sekali adab-adab yang harus diperhatikan ketika membaca al-Qur’an, di antaranya:
1. Ikhlash atau menuluskan niat karena Allah semata. Ini merupakan adab yang paling penting di
mana suatu amal selalu terkait dengan niat. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah
SAW, “Sesungguhnya semua amalan itu tergantung niat-niatnya dan setiap orang tergantung pada
apa yang diniatkannya…” (HR.al-Bukhari, kitab Bad’ul Wahyi, Jld.I, hal.9)
Karena itu, wajib mengikhlashkan niat dan memperbaiki tujuan serta menjadikan hafalan dan
perhatian terhadap al-Qur’an demi-Nya, menggapai surga-Nya dan mendapat ridla-Nya.
Siapa saja yang menghafal al-Qur’an atau membacanya karena riya’, maka ia tidak akan
mendapatkan pahala apa-apa.
Nabi SAW bersabda, “Tiga orang yang pertama kali menjalani penyidangan pada hari Kiamat
nanti…[Rasulullah SAW kemudian menyebutkan di antaranya]…dan seorang laki-laki yang belajar
ilmu lalu mengajarkannya, membaca al-Qur’an lalu ia dibawa menghadap, lalu Allah mengenalkan
kepadanya nikmat-nikmat-Nya, maka ia pun mengetahuinya, lalu Dia SWT berkata, ‘Untuk apa
kamu amalkan itu.?” Ia menjawab, ‘Aku belajar ilmu untuk-Mu, mengajarkannya dan membaca al-
Qur’an.’ Lalu Allah berkata, ‘Kamu telah berbohong akan tetapi hal itu karena ingin dikatakan, ‘ia
seorang Qari (pembaca ayat al-Qur’an).’ Dan memang ia dikatakan demikian. Kemudian ia dibawa
lalu wajahnya ditarik hingga dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR.Muslim, Jld.VI, hal.47)
Manakala seorang Muslim menghafal dan membaca al-Qur’an semata karena mengharapkan
keridlaan Allah, maka ia akan merasakan kebahagian yang tidak dapat ditandingi oleh kebahagiaan
apa pun di dunia.
2. Menghadirkan hati (konsentrasi penuh) ketika membaca dan berupaya menghalau bisikan-bisikan
syetan dan kata hati, tidak sibuk dengan memain-mainkan tangan, menoleh ke kanan dan ke kiri dan
menyibukkan pandangan dengan selain al-Qur’an.
3. Mentadabburi (merenungi) dan memahami apa yang dibaca, merasakan bahwa setiap pesan di
dalam al-Qur’an itu ditujukan kepadanya dan merenungi makna-makna Asma Allah dan sifat-Nya.
4. Tersentuh dengan bacaan. Imam as-Suyuthi RAH berkata, “Dianjurkan menangis ketika membaca
al-Qur’an dan berupaya untuk menangis bagi yang tidak mampu (melakukan yang pertama-red.,),
merasa sedih dan khusyu’.” (al-Itqan, Jld.I, hal.302)
5. Bersuci. Maksudnya dari hadats besar, yaitu jinabah dan haidh atau nifas bagi wanita.
Al-Qur’an merupakan zikir paling utama. Ia adalah kalam Rabb Ta’ala. Karena itu, di antara adab
membacanya, si pembaca harus suci dari hadats besar dan kecil. Ia dianjurkan untuk berwudhu
10
sebelum membaca. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Umar RA, ia
berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci.” (Shahih
al-Jaami’, no.7657)
Perlu diketahui, bahwa seseorang boleh membaca al-Qur’an asalkan tidak sedang berhadats besar,
demikian pula disunnahkan baginya untuk mencuci mulut (menggosok gigi-red.,) dengan siwak
sebab ia membersihkan mulut sedangkan mulut merupakan ‘jalan’ al-Qur’an.
6. Sebaiknya, ketika membaca al-Qur’an, menghadap Qiblat sebab ia merupakan arah yang paling
mulia, apalagi sedang berada di masjid atau di rumah. Tetapi bila tidak memungkinkan, baik karena
ia berada di kios, mobil atau sedang bekerja, maka tidak apa membaca al-Qur’an sakali pun tidak
menghadap Qiblat.
7. Disunnahkan bagi seseorang untuk ber-ta’awwudz (berlindung) kepada Allah dari syaithan yang
terkutuk. Allah Ta’ala berfirman, “Maka apabila kamu membaca al-Qur’an, berlindunglah kepada
Allah dari syaithan yang terkutuk.” (an-Nahl:98)
8. Memperindah suaranya ketika membaca al-Qur’an sedapat mungkin. Rasulullah SAW
bersabda,“Hiasilah al-Qur’an dengan suara-suara kamu sebab suara yang bagus membuatnya
bertambah bagus.”(dinilai shahih oleh al-Albani, Shahih al-Jaami’, no.358)
“Disunnahkan memperbagus dan menghiasi suara dengan al-Qur’an… Terdapat banyak hadits yang
shahih mengenai hal itu. Jika seseorang suaranya tidak bagus, maka ia boleh memperbagus
semampunya asalkan jangan keluar hingga seperti karet (dilakukan secara tidak semestinya dan
menyalahi kaidah tajwid-red.,).” (al-Itqaan, Jld.I, hal.302)
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah termasuk golongan kami orang yang tidak bersenandung
dengan al-Qur’an (melantunkannya dengan bagus).” (Shahih al-Bukhari, Jld.XIII, hal.501, bab at-
Tauhid, no.7527)
Hendaknya pembaca al-Qur’an membaca sesuai dengan karakternya, tidak menyusah-nyusahkan diri
(dibuat-buat) dengan cara menaklid salah seorang Qari atau dengan intonasi-intonasi tertentu sebab
hal itu dapat menyibukkan dirinya dari mentadabburi dan memahaminya serta menjadikan seluruh
keinginannya hanya pada mengikuti orang lain (taqlid) saja.
9. Membaca dengan menggunakan mushaf. Hal ini dikatakan oleh as-Suyuthi, “Membaca dengan
menggunakan mushaf lebih baik dari pada membaca dari hafalan sebab melihatnya merupakan
suatu ibadah yang dituntut.” (al-Itqaan, Jld.I, hal.304)
Hanya saja, Imam an-Nawawi dalam hal ini melihat dari aspek kekhusyu’an; bila membaca dengan
menggunakan mushaf dapat menambah kekhusyu’an si pembaca, maka itu lebih baik. Demikian
pula, bila bagi seseorang yang tingkat kekhusyu’an dan tadabburnya sama dalam kondisi membaca
dan menghafal; ia boleh memilih membaca dari hafalan bila hal itu menambah kekhusyu’annya.
Di antara hal yang perlu diperhatikan di sini, hendaknya seorang pembaca, khususnya bagi siapa saja
yang ingin menghafal, untuk memilih satu jenis cetakan saja sehingga hafalannya lebih kuat dan
mantap.
Demikian pula, hendaknya ia menghormati mushaf dan tidak meletakkannya di tanah/lantai, tidak
pula dengan cara melempar kepada pemiliknya bila ingin memberinya. Tidak boleh menyentuhnya
kecuali ia seorang yang suci.
11
10. Membaca di tempat yang layak (kondusif) seperti di masjid sebab ia merupakan tempat paling
afdhal di muka bumi, atau di satu tempat di rumah yang jauh dari penghalang, kesibukan dan suarasuara
yang dapat mengganggu untuk melakukan tadabbur dan memahaminya. Karena itu, ia tidak
seharusnya membacakan al-Qur’an di komunitas yang tidak menghormati al-Qur’an.
(SUMBER: Silsilah Manaahij Dauraat al-‘Uluum asy-Syar’iyyah –fi’ah an-Naasyi’ah- al-Hadits karya Dr
Ibrahim bin Sulaiman al-Huwaimil, hal.21-25)

Disklaimer: 
Bukan tulisan sendiri, sekadar ringkasan utk pemahaman sendiri. 

Tadabbur: Kajian/Himpunan (Bahasa Arab -> Manualbook)



Bahasa Arab, canggih+perfect

Keunikan bahasa arab yang dimuliakan dengan al Quran: 
  1. kata nama 
  2. beserta kata kerja atau sifatnya.

Contoh:

Qolbun
Bahasa Melayu: Hati/Berbolak balik

Memetik kata-kata Abu Darda r.a yang tersemat dalam al Muntalaq;
“Hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak”.
 
Insan
Bahasa Melayu: Manusia/Pelupa (akar: nasia)
                           Cinta/Penyayang (akar: uns)

Manusia membutuhkan kasih sayang daripada yang lain.
 
Dalam surah Ar Rahman pada ayat ketiga, yang uniknya menceritakan perihal pencipataan manusia setelah ayat kedua Allah swt menyebut tentang al Quran, dalam ayat ketiga ini Allah swt menggunakan perkataan insan.
‘Allama al Quran..
Yang mengajarkan Quran
Kholaqol insan..
Yang menciptakan manusia
Pertama sekali, perihal al Quran disebut mendahului perihal penciptaan manusia. Mesej: Quran jauh lebih penting. 
 
Pengajaran: 
Melalui al Quran manusia tahu tujuan penciptaannya. Ini menunjukkan, tujuan penciptaan manusia membawa misi dan mesej yang sangat besar dan utama, lebih utama daripada penciptaan manusia sendiri.
 
Quran --->Manusia
Tujuan Penciptaan Al-Quran ---> Tujuan Penciptaan Manusia = Mesti ikut syariat Allah.

Analogi: 
 
Saintis buat manual book then cipta robot. Then, letakkn robot2 ni kt satu pulau beserta buku manual.
Dari persektif saintis mesti nk supaya robot2 ni baca buku manual, then ikut semua yg ada kt dalam tu. Sebab? Saintis lg tau tentang robot2 tu. Kalau engkar, pasti kerosakan/imbalance berlaku. Makanya, tujuan manual tu adalah sebagai guidance total!
Apabila al Quran disebut terlebih dahulu, menunjukkan betapa tiada gunannya hidup kita kalau tidak berpegang dengan manhaj hidup ini. Hidup tanpa panduan al Quran langsung tidak membawa erti. Al Quran diturunkan kepada manusia untuk memberi nilai dan makna dalam kehidupan. Maka mengapa kita tidak cuba berinteraksi dengan al Quran ini ?
 

Disklaimer:
Bukan tulisan original, sekadar ringkasan utk kefahaman sendiri!

rujukan:
http://kebangkitankedua.blogspot.com/2014/05/obsesi-al-quran.html


Pustaka Hati. Powered by Blogger.