(أصول العشرين للإمام الشهيد حسن البنا)
الأصل الأول
( الإسْلاَمُ نِظَامٌ شَامِلٌ
يَتَنَاوَلُ مَظَاهِرَ الحيَاَةِ جَمِيعًا , فَهُوَ دَوْلَةٌ وَوَطَنٌ أَوْ
حُكُوْمَةٌ وَأُمَّةٌ وَهُوَ خُلُقٌ وَقُوَّةٌ أوْ رَحْمَةٌ وَعَدَالَةٌ
وَهُوَ ثَقَافَةٌ وَ قَانُوْنٌ أوْ عِلْمٌ وَقَضَاءٌ وَهُوَ مَادَّةٌ
وَثَرْوَةٌ أوْ جَيْشٌ وفِكْرَةٌ كَمَا هُوَ عَقِيْدَةٌ صَادِقَةٌ
وَعِبَادَةٌ صَحِيْحَةٌ سَوَاءً بِسَوَاءٍ )
Usul Pertama
Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.
Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah.
Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan.
Kebudayaan dan undang – undang atau ilmu dan kehakiman.
Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan.
Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
Sebagaimana Islam itu adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sohih.
الأصل الثانى
( وَالْقُرْآنُ الْكَرِيْمُ
وَالسُّنَّةُ الْمُطَّهَّرَةُ مَرْجَعُ كُلُّ مُسْلِمٍ فِىْ تَعَرُّفِ
أَحْكاَمَ اْلإِسْلاَمِ وَيُفْهَمُ الْقُرْآنَ طِبْقًا لِقَوَاعِدِ
اللُّغَةِ الْعَرَبِيَّةِ مِنْ غَيْرِ تَكَلُّفٍ وَلاَ تَعَسُّفٍ
وَيُرْجَعُ فِىْ فَهْمِ الْحَدِيْثِ مِنْ رِجَالِ الْحَدِيْثِ الثَّقَاة )
Usul Ke-2
Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
Al-Quran dan sunnah (hadis) adalah sumber rujukan
untuk mengetahui hukum hakam Islam. Al-Quran difahami menurut
kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis
pula di fahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.
الأصل الثالث
وَلِلإيمَانِ الصَّادِقِ وَالْعِبَادَةِ
الصَّحِيْحَةِ وَالْمُجَاهَدَةِ نُوْرٌ وَحَلاَوَةٌ يَقْذِفٌهَا اللهِ فِيْ
قَلْبِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ.
وَلكِنَّ الإِلْهَامَ وَالْخَوَاطِرَ وَالْكَشْفَ والرُّؤْىَ لَيْسَتْ مِنْ أَدِلَّةِ الأَحْكَامِ الشَّرْعِيَّةِ.
وَلاَ تُعْتَبَرُ إلاَّ بِشَرْطِ عَدَمِ اصْطِدَامِهَا بِأَحْكَامِ الدِّيْنِ وَنُصُوْصِهِ .
Usul Ke-3
Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya
dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh
dijadikan dalil hukum Agama.
Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan
kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang
dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan
hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak
diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas
agama.
الأصل الرابع
( وَالتَّمَائِمَ وَالرُّقَي
وَالوَدَعَ وَالمْعَرِفَةَ وَالْكَهَانَةَ وَادِّعَاءَ مَعْرِفَةِ
الْغَيْبِ وَكُلٌّ مَا كَانَ مِنْ هَذَا الْبَابِ مُنْكَرٌ تَجِبُ
مُحَاَرَبَتُهُ إلاَّ مَا كَانَ آيَةٌ مِنْ قُرْآنِ أو رُقِيَّةٍ
مَأثْوُْرَةٍ )
Usul Ke-4
Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa
tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
Tangkal, azimat, al-wad’ (sesuatu yang diambil dari laut seperti
kulit kerang untuk menghindarkan sakit mata), al-ma’rifah (mengetahui
sesuatu perkara dengan tanda-tanda awal untuk mencari barang kecurian,
tempat orang sesat dsb), kihanah (pemberitahuan tentang perkara-perkara
ghaib pada masa akan datang atau perkara yang tersembunyi di dalam hati
orang lain) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara
yang tergolong di dalam perkara ini merupakan perkara mungkar yang wajib
diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang
ma’thurah (datang dari Rasulullah SAW).
الأ صل لخامس
وَرَأْيُ الإمَامَ ونَائِبَهُ فِيْمَا لا نَصَّ
فِيهِ وفِيْمَا يَحْتَمِلُ وُجُوْهًا عِدَّةً وَفِي الْمَصَالِحِ
الْمُرْسَلَةِ مَعْمُوْلٌ بِهِ مَا لَمْ يَصْطَدِمْ بِقَاعِدَةٍ
شَرْعِيَّةٍ وَقَدْ يَتَغَيَّرَ بِحَسْبِ الظُّرُوْفِ واَلْعُرْفِ
وَالْعَادَاتِ والأصْلُ في العِبَادَاتِ التَّعَبُّدِ دُونَ الاِلْتِفَاتِ
إلي الْمَعَانِي وفي العَادَاتِ الاِلْتِفَاتِ إلي الأَسْرَارِ وَالحْكِمَ
ِوَالْمَقَاصِدِ
Usul Ke-5
Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam
perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai
tafsiran.
Pendapat Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas,
yang boleh menerima andaian pelbagai segi dan yang berhubung dengan
masalih al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan
kaedah-kaedah syara’. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan
adat. Asal pada ibadat ialah ta’abbud tanpa melihat kepada makna-makna.
Dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.
الأصل السادس
وَكُلُّ أَحَدٍ يُؤْخَذْ مِنْ كَلاَمِهِ
وَيُتْرَكْ إلا الْمَعْصُوْمَ صلي الله عليه وسلم وَكُلُّ مَا جَاءَ عَنِ
السَّلَفِ رِضْوَانُ الله عليهم مُوَافِقًا لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ
قَبِلْنَاهُ وإلا فَكِتَابَ اللهِ أولي باِلإِتِّباَعِ ولكِنَّا لا
نَعْرِضْ للأشْخَاصِ- فيماَ اخْتُلِفَ فيه بِطَعْنٍ أو تَجْريِحْ ٍ
وَنَكِلَهُمْ إلى نِيَّا تِهِمْ وقد أفْضُوا إلي مَا قَدَّمُوا
Usul Ke-6
Usul Ke-6: Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan
Rasulullah SAW yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang
bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan
sebulat hati. Akan tetapi jika berlawanan dengannya maka Kitab Allah dan
Sunnah RasulNya lebih utama diikuti. Walau bagaimanapun kita tidak
sekali-kali mengecam atau mendedahkan keburukan peribadi-peribadi
tertentu di dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah
kepada niat hati mereka. Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang
mereka lakukan.
الأصل السابع
وَلِكُلِّ مُسْلِمٍ لَمْ يَبْلُغْ دَرَجَةَ
النَّظَرِ في أَدِلَّةِ الأَحْكَامِ الفَرْعِيَّةِ أنْ يَتَّبِعْ إمَامًا
مِنْ أئِمَّةِ الدِّيْنِ وَيَحْسِنُ بِهِ مَعَ هذا الإتِّبَاعِ أنْ
يَجْتَهِدَ ماَ اسْتَطَاعَ في تَعَرُّفِ أدِلَّتِهِ وأنْ يَتَقَبَّلَ كُلُّ
إرْشَادٍ مَصْحُوْبَ بالدَّلِيلِ مَتَي صَحَّ عِنْدَهُ صَلاَحَ مَنْ
أرْشَدَهُ وَكِفَايَتَهُ وأنْ يَسْتَكْمِلَ نُقْصُهُ العِلْمِي إنْ كاَنَ
مِنْ أهْلِ العِلمِ حَتَّى يَبْلُغَ دَرَجَةَ النَّظَرِ
Usul Ke-7
Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari
4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya
lebih kuat.
Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar)
dalil-dalil hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok
sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi
mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap
petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan
dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau
terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan
kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti
dalil-dalil hukum.
الأصل الثامن
والخِلافُ الفِقْهِيِّ في الْفُرُوعِ لا يكونَ
سَبَبًا لِلتَّفَرُّقِ في الدَّيْنِ ولا يُؤَدِّيْ إلى خُصُوْمَةٍ أو
بَغْضَاءٍ ولِكُلِّ مُجْتَهِدٍ أجْرَهُ ولا مَانِعْ مِنَ التَّحْقِيقِ
العِلْمِيِّ النَّزِيْهِ في مَسَائِلِ الخِلاَفِ في ظِلِّ الحُبِّ في اللهِ
والتَّعَاوُنِ علي الوُصُولِ إلى الحَقِيْقَةِ مِنْ غيرِ أنْ يَجُرَّ
ذلِكَ إلى الِمرَاءِ المَذْمُومِ والتَّعَصُّبِ
Usul Ke-8
Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab
kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada
perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya.
Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu /
penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam
suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam
menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang
dicela serta taksub.
الأصل التاسع
وكُلُّ مَسْألَةٍ لا يَنْبَنِيْ عَلَيها العَمَلَ
فَالْخَوضُ فيها مِنَ التَّكَلُّفِ الذي نُهِيْنَا عنه شرْعًا ومِنْ ذلِكَ
كَثْرَةُ التَّفْرِيْعَاتِ لِلأحْكاَمِ الَّتِي لمْ تَقَعْ بَعْدُ
والْكَلاَمُ في الْمُفَاضَلَةِ بينَ الأصْحَابِ رضوانُ الله عَلَيْهِمْ وما
شَجَرَ بينهم مِنْ خِلاَفٍ وَلِكُلِّ مِنْهُمْ فَضْلُ صُحْبَتِهِ
وَجَزَاءُ نِيَّتِهِ وفِي التَّأَوُّلُ مَنْدُوْحَةٌ
Usul Ke-9
Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan
diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah
syara’. Di antaranya ialah banyak furu’ di dalam hukum hakam yang tidak
berlaku, melibatkan diri di dalam makna-makna ayat Al-Quran yang ilmu
belum sampai kepadanya dan bercakap tentang kelebihan di antara sahabat
R.A. dan khilaf yang berlaku di kalangan mereka. Setiap mereka mempunyai
kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan dibalas menurut niat
mereka, tambahan pula takwil adalah dibenarkan.
الأصل العاشر
مَعْرِفَةُ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَي
وَتَوْحِيْدُهُ وَتَنْزِيْهِهِ أَسْمَي عَقَائِدَ الإسْلاَمِ وآياَتِ
الصِّفَاتِ وَأحَادِيْثِهَا وَمَا يَلِيْقَ بِذَلِكَ مِنَ التَّشَابُهُ
نُؤْمِنُ بِهَا كَمَا جَاءَتْ مِنْ غَيْرَ تَأْوِيْلٍ وَلاَ تَعْطِيْلٍ
وَلاَ نَتَعَرَّضَ لِمَا جَاءَ فِيْهَا مِنْ خِلاَفٍ بَيْنَ العُلَمَاءِ
وَيَسِعُنَا مَا وَسَعَ رَسُوْلُ اللهِ صلي الله عليه وسلمُ وأصحَابُهُ {
وَالرَّاسِخُوْنَ فِي الْعِلْمِ يَقُوْلُوْنَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ
ِعنْدِ رَبِّنَا }
Usul Ke-10
Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah
setinggi-tinggi aqidah Islam. Ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang
sahih serta penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya
sebagaimana ia datang tanpa takwil dan ta’thil. Kita jangan cuba
mendedahkan khilaf di antara ulama’ di dalam masalah itu. Sudah cukup
bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasulullah SAW dan
sahabat-sahabatnya.
الأصل الإحدى العشر
وَكُلُّ بِدْعَةٍ فِيْ دِيْنِ اللهِ لاَ أَصْلَ
لَهَا – اِسْتَحْسَنَهَا النَّاسَ بِأَهْوَائِهِمْ سَوَاءٌ بِالزِّيَادَةِ
أو باِلنُّقْصِ فِيهِ – ضَلاَلَةٌ تَجِبُ مُحَارَبَتَهَا وَالقَضَاءَ
عَلَيْهَا بِأَفْضَلِ الوَسَائِلِ الَّتِيْ لاَ تُؤَدِّيْ إلي مَا هُوَ
شَرٌّ مِنهَا
وَالبِدْعَةُ الإِضَافِيَّةُ وَالتَّرْكِيَّةُ
وَالاِلْتِزَامُ في الْعِبَادَاتِ الْمُطْلَقَةِ خِلاَفٌ فِقْهِيٌّ لِكُلٍّ
فِيهِ رأيَهُ ولا بَأسَ بِتَمْحِيْصِ الْحَقِيْقَةِ بالدَّلِيْلِ
وَالْبُرْهَانِ
Usul Ke-11
Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
Setiap bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama
sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu
mereka, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah
kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling
baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah
itu sendiri.
الأصل الثانى العشر.
وَمَحَبَّةُ الصَّالِحِيْنَ وَاحْتِرَامَهُمْ
وَالثَّنَاءَ عَلَيْهِمْ بِمَا عُرِفَ مِنْ طَيِّبِ أعْمَالِهِمْ قُرْبَةٌ
إلى اللهِ تبارَكَ وتعالي والأولِيَاءُ هُمُ الْمَذْكُوْرُونَ فى قوله
تعالي { الَّذِيْنَ آمَنُوْا وَكَانُوْا يَتَّقُوْنَ }
Usul Ke-12
Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
Bid’ah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan
sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai
pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil
dan bukti.
الأصل الثالث العشر
وَالْكَرَامَةُ ثاَبِتَةٌ لَهُمْ بِشَرَائِطَهَا
الشَّرْعِيَّةِ مَعَ اعْتِقَادِ أنَّهُمْ رضوانُ اللهُ عَلَيْهِمْ لاَ
يَمْلِكُوْنَ لِأَنْفُسِهِمْ نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا فِي حَيَاتِهِمْ أو
بَعْدَ مَمَاتِهِمْ فَضْلاً أنْ يَهِبُوْا شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ
لِغَيْرِهِمْ
Usul Ke-13
Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka
tidak boleh memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah
lagi kepada orang lain.
Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian
terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka yang
disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an iaitu orang-orang yang beriman dan
bertaqwa. Karamah yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan
syarat-syarat yang bertepatan dengan dengan syara’ serta mempercayai
bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak
mampu untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup atau
pun setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan
yang ada pada mereka itu kepada orang lain.
الأصل الرابع العشر
وَزِيَارَةُ الْقُبُوْرِ أيًّا كَانَتْ سُنَّةٌ
مَشْرُوْعَةٌ باِلْكَيْفِيَّةِ الْمَأثُوْرَةِ وَلَكِنَّ الْاِسْتِعَانَةُ
بِالْمَقْبُوْرِيْنَ أيَّا كَانُوْا وَنِدَاءَهُمْ لذلك وَطَلَبَ قَضَاءَ
الحَاجَاتِ مِنْهُمْ عَنْ قُرْبٍ أوْ بُعْدٍ وَالنَّذَرَ لَهُمْ
وَتَشْيِيْدِ الْقُبُوْرِ وَسِتْرُهَا وَإِضاَءَتُهَا وَالتَّمَسَّحُ بِهَا
وَالْحَلَفُ بِغَيْرِ اللهِ وَمَا يَلْحَقُ بذلِكَ مِنَ الْمُبْتَدَعَاتِ
كَبَائِرٍ تَجِبُ مُحَارَبَتَهَا وَلاَ نَتَأَوَّلُ لِهَذَا الأَعْمَالَ
سَدًّا لِلذَّرِيْعَةِ
Usul Ke-14
Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat
yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta
pertolongan dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka
kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama
ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di
atas kubur, menyelimutinya, meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah
dengan sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada
perkara-perkara bid’ah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita
tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan
kemungkaran.
الأصل الخامس العشر
وَالدُّعَاءُ إذَا قُرِنَ باِلتَّوَسُّلِ إلَى
اللهِ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ خَلاَفٌ فَرْعِىٌّ فِيْ كَيْفِيَةِ
الدُّعَاءِ وَلَيْسَ مِنْ مَسَائِلِ العَقِيْدَةِ.
Usul Ke-15
Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan
salah satu makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada masalah
furu’ (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan bukannya
permasalahan aqidah.
الأصل السادس العشر
وَالْعُرْفُ الْخَاطِئِ لاَ يُغَيِّرُ حَقَائِقَ
الألْفَاظِ الشَّرْعِيَّةِ بَلْ يَجِبُ التَّأَكُّدِ مِنْ حُدُوْدِ
الْمَعَانِي الْمَقْصُوْدِ لَهَا وَالْوُقُوْفِ عِنْدَهَا كَمَا يَجِبُ
الاِحْتِرَازِ مِنَ الْخِدَاعِ اللَّفْظِيْ فِيْ كُلِّ نَوَاحِي الدُّنْيَا
وَالدِّيْنِ فَالْعِبْرَةُ باِلْمُسَمَّيَاتِ لاَ باِلأسْمَاءِ
Usul Ke-16
Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.
Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah
wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari
lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang
dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang
sengaja dikemukakan dengan tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara
yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah
sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan”.
الأصل السابع العشر
وَالْعَقِيْدَةُ أَسَاسُ الْعَمَلَ وَعَمَلَ
الْقَلْبُ أَهَمَّ مٍنْ عَمَلَ الْجَارِحَةِ وَتَحْصِيْلُ الْكَمَالَ فِي
كِلَيْهِمِا مَطْلُوْبٌ شَرْعًا وَإنْ اِخْتَلَفَتْ مَرْتَبَتَا الطَّلَبَ
Usul Ke-17
Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari
amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah
dituntut oleh syara’ walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.
ألأصل الثامن العشر
وَقَدْ يَتَأَوَّلُ كُلُّ مِنَ النَّظَرِ
الشَّرْعِيِّ وَالنَّظَرِ الْعَقْلِي مَا لاَ يَدْخُلُ فِي دَائِرَةِ
الآخَرِ ولَكِنَّهُمَا لاَ يَخْتَلِفَا في الْقَطْعِي فَلَنْ تَصْطَدِمَ
حَقِيْقَةٌ عِلْمِيَّةٌ صَحِيْحَةٌ بِقَاعِدَةٍ شَرْعِيَّةٍ ثَابِتَةٍ
وَيُؤََّلُ الظَّنِّي مِنْهُمَا لِيَتَّفِقَ مَعَ الْقَطْعِي فَإنْ كَاناَ
ظَنَّيَّيْنِ فَالنَّظَرَ الشَّرْعِي أوْليَ باِلإتِّبَاعِ حَتَّى يَثْبُتُ
العَقْلِي أوْ يَنْهَار
Usul Ke-18
Islam mengangkat peranan akal manusia.
Islam membebaskan aqal. Menggalakkan supaya memerhatikan alam
semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama’, mengalu-alukan sesuatu
yang baik dan bermanfaat. Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang
mukmin, di mana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling
berhak terhadapnya.
الأصل التاسع العشر
وَالإسْلَامُ يُحَرِّرُ الْعًقْلَ وَيَحُثُّ
عَلَي النَّظَرِ فِى الْكَوْنِ وَيَرْفَعُ قَدْرَ العِلْمِ وَالْعُلَمَاءِ
وَبَرْحَبُ بِالصَّالِحِ النَّافِعِ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ وَالْحِكْمَةُ
ضَالَّةُ الْمُؤْمِنَ أَنيَّ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقَّ النَّاسَ بِهَا
Usul Ke-19
Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
Boleh jadi perkara yang diteliti oleh pandangan syara’ tidak termasuk
ke dalam perkara yang diteliti oleh pandangan aqal, begitu juga
sebaliknya. Sungguh pun demikian, pandangan syara’ dan pandangan aqal
tidak bercanggah dalam perkara-perkara yang qath’i (muktamad dan putus).
Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertentangan dengan kaedah syara’ yang
tsabit. Perkara dzanni, dari kedua-duanya ditakwilkan, agar bersesuaian
dengan qath’i. Sekiranya pandangan syara’ dan pandangan aqal masih
berada di peringkat dzann, maka pandangan syara’lah yang lebih utama
untuk diterima. Hinggalah pandangan aqal dapat mentsabitkan kebenarannya
atau ia akan gugur dengan sendirinya.
الأصل العشرون.
لاَ نُكَفِّرُ مُسْلِمًا أَقَرَّ
بِالشَّهَادَتَيْنِ وَعَمَلَ بِمُقْتَضَاهَا وَأَدَّى الْفَرَائِضَ –
بِرَأْيٍ أَوْ بِمَعْصِيَةٍ – إلاِّ إنْ : – أَقَرَّ بِكَلِمَةِ الْكُفْرِ
– أوْ أَنْكَرَ مَعْلُوْمًا مِنَ الدِّيْنَ بِالضَّرُوْرَةِ
– أوْ كَذَّبَ صَرِيْحَ القُرْآنِ
– أوْ فَسَّرَهُ عَلي وَجْهٍ لاَ تَحْتَمِلَهُ أَسَالِيْبَ اللُّغَةَ العَرَبِيَّةِ بِحَالٍ
– أوْ عَمَلَ عَمَلاً لاَ يَتَحَمَّلَ تَأْوِيْلاً غَيْرَ الكُفْرِ
Usul Ke-20
Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.
Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua
kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan
kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau
maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
● Mengakui kalimah kufur
● Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
● Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
● Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
● Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.