Showing posts with label Seerah. Show all posts
Showing posts with label Seerah. Show all posts

Saturday, 20 December 2014

Ibrah: Ashabul Ukhdud


Ibrah: Ashabul Ukhdud




Siapakah ashabul ukhdud?

 
Ashabul Ukhdud. Kisah seorang budak lelaki melawan raja, akhirnya mati syahid kerana mempertahankan keimanan.
Pernahkah anda membaca surah al-Buruj. Dalamnya terkandung kisah Ashabul Ukhdud. Mari kita baca kisahnya.

عَنْ صُهَيْبٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " كَانَ مَلِكٌ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ ، وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ ، فَلَمَّا كَبِرَ ، قَالَ لِلْمَلِكِ : إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ ، فَابْعَثْ إِلَيَّ غُلَامًا أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ،

Daripada Suhaib bahawa Rasulullah S
AW bersabda:
“Pada zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang budak lelaki untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.”

فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلَامًا يُعَلِّمُهُ ، فَكَانَ فِي طَرِيقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ ، فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلَامَهُ ، فَأَعْجَبَهُ ،

Lalu diberikan kepadanya seorang budak lelaki untuk dia mengajar ilmu sihir kepadanya. Dalam perjalanan budak lelaki itu ke tempat ahli sihir, budak lelaki itu bertemu seorang rahib Lalu dia pun duduk untuk mendengar kata-kata rahib tersebut. Budak lelaki itu merasa takjub dengan rahib itu.

فَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بِالرَّاهِبِ ، وَقَعَدَ إِلَيْهِ ، فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ ،

Apabila budak lelaki itu mahu pergi ke tempat ahli sihir, dia akan melalui tempat rahib tersebut, dan dia akan duduk di situ. Tatkala budak lelaki itu sampai sahaja ke tempat ahli sihir, ahli sihir akan memukulnya (kerana dia sering terlewat tiba) . Budak lelaki itu pun mengadukan hal tersebut kepada rahib itu.

فَقَالَ : إِذَا خَشِيتَ السَّاحِرَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي أَهْلِي ، وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ ، فَقُلْ حَبَسَنِي السَّاحِرُ ،

Rahib itu menjawab: Apabila engkau takut kepada ahli sihir, katalah kepadanya: Keluarga aku yang menyebabkan aku terlewat, dan apabila engkau takut kepada keluarga engkau, maka katalah: Ahli sihir menyebabkan aku terlewat.

فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَتَى عَلَى دَابَّةٍ عَظِيمَةٍ قَدْ حَبَسَتِ النَّاسَ ، فَقَالَ : الْيَوْمَ أَعْلَمُ آلسَّاحِرُ أَفْضَلُ أَمْ الرَّاهِبُ أَفْضَلُ ، فَأَخَذَ حَجَرًا ،

Keadaan itu berterusan, hinggalah suatu hari dia bertembung dengan seekor haiwan yang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak lelaki itu berkata: Pada hari ini, aku akan ketahui, siapakah yang lebih utama, ahli sihir atau rahib. Budak lelaki itu pun mengambil seketul batu.

فَقَالَ : اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ ، فَاقْتُلْ هَذِهِ الدَّابَّةَ حَتَّى يَمْضِيَ النَّاسُ ، فَرَمَاهَا فَقَتَلَهَا ، وَمَضَى النَّاسُ ،

Budak lelaki itu menyebut: Ya Allah! Seandainya urusan rahib itu lebih Engkau cintai daripada urusan ahli sihir, bunuhlah haiwan ini supaya orang ramai dapat lalu di sini. Dia terus melontar batu itu, dan berjaya membunuh haiwan tersebut. Maka manusia pun dapat melalui jalan itu.

فَأَتَى الرَّاهِبَ فَأَخْبَرَهُ ، فَقَالَ لَهُ الرَّاهِبُ : أَيْ بُنَيَّ أَنْتَ الْيَوْمَ أَفْضَلُ مِنِّي قَدْ بَلَغَ مِنْ أَمْرِكَ مَا أَرَى ، وَإِنَّكَ سَتُبْتَلَى فَإِنِ ابْتُلِيتَ فَلَا تَدُلَّ عَلَيَّ ،

Budak lelaki itu pergi menemui rahib dan menceritakan hal yang terjadi. Rahib itu berkata kepada budak lelaki tersebut: Wahai anakku, engkau pada hari telah menjadi lebih utama daripada aku. Aku melihat urusan mu telah tiba.

Sesungguhnya engkau akan diuji. Jika engkau diuji, jangan sesekali engkau memberitahu orang lain tentang diri ku.

وَكَانَ الْغُلَامُ يُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ ، وَيُدَاوِي النَّاسَ مِنْ سَائِرِ الْأَدْوَاءِ ، فَسَمِعَ جَلِيسٌ لِلْمَلِكِ كَانَ قَدْ عَمِيَ ، فَأَتَاهُ بِهَدَايَا كَثِيرَةٍ ،

Budak lelaki itu mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan penyakit buta dan sopak serta berkebolehan merawat manusia daripada pelbagai jenis penyakit. Seorang pembesar diraja yang buta mendengar berita tentang budak lelaki ini.

Dia pun pergi menemui budak lelaki tersebut dan memberinya pelbagai hadiah yang banyak.

فَقَالَ : مَا هَاهُنَا لَكَ أَجْمَعُ إِنْ أَنْتَ شَفَيْتَنِي ، فَقَالَ : إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ، فَإِنْ أَنْتَ آمَنْتَ بِاللَّهِ دَعَوْتُ اللَّهَ فَشَفَاكَ ،

Pembesar itu berkata: Semua yang ada di sini adalah milik mu seandainya engkau berjaya menyembuhkan aku. Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa pun. Sesunguhnnya yang menyembuhkan adalah Allah. Jika engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan mu.

فَآمَنَ بِاللَّهِ فَشَفَاهُ اللَّهُ ، فَأَتَى الْمَلِكَ فَجَلَسَ إِلَيْهِ كَمَا كَانَ يَجْلِسُ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَنْ رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ ؟ ، قَالَ : رَبِّي ، قَالَ : وَلَكَ رَبٌّ غَيْرِي ؟ ، قَالَ : رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ ،

Pembesar itu pun beriman kepada Allah, lalu Allah menyembuhkannya. Dia kembali kepada raja, dan duduk di samping raja seperti biasa. Raja bertanya kepada pembesar itu: Siapa yang mengembalikan penglihatan mu? Pembesar itu menjawab: Tuhan ku! Raja bertanya lagi: Adakah engkau memiliki Tuhan selain aku? Pembesar itu menjawab: Tuhan aku dan Tuhan mu adalah Allah!

فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الْغُلَامِ ، فَجِيءَ بِالْغُلَامِ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : أَيْ بُنَيَّ قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ مَا تُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ ، وَتَفْعَلُ وَتَفْعَلُ ،

Raja terus menghukum dan menyeksanya sehinggalah dia memberitahu raja tentang budak lelaki tersebut. Raja itu pun pergi menemui budak lelaki itu dan berkata: Wahai anakku, sesungguhnya sihir mu sudah sampai ke tahap mampu menyembuhkan penyakit buta dan sopak, dan pelbagai lagi yang telah engkau buktikan.

فَقَالَ : إِنِّي لَا أَشْفِي أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِي اللَّهُ ، فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الرَّاهِبِ ، فَجِيءَ بِالرَّاهِبِ ،

Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak menyembuhkan sesiapa, yang menyembuhkan adalah Allah. Dia pun ditangkap dan diseksa sehinggalah dia memberitahu tentang rahib tersebut. Lalu raja pun pergi menemui rahib itu.

فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَعَا بِالْمِئْشَارِ ، فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ثُمَّ جِيءَ بِجَلِيسِ الْمَلِكِ ،

Dikatakan kepada rahib itu: Pulanglah daripada agama mu sekarang (kembali kepada kepercayaan nenek moyang). Rahib itu enggan, maka raja meminta dibawakan sebuah gergaji. Gergaji itu diletakkan di tengah-tengah kepala rahib, lalu kepala rahib digergaji sehingga terbelah dua. Kemudian raja itu mendatangi pembesarnya,

فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِي مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَشَقَّهُ بِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ، ثُمَّ جِيءَ بِالْغُلَامِ ،

Dikatakan kepada pembesar diraja itu: Kembalilah kepada agama mu. Dia enggan, lalu raja meletakkan gergaji di atas kepalanya, lalu menggergajinya sehingga dia terbelah dua. Kemudian raja itu pergi kepada budak lelaki tersebut pula,

فَقِيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ إِلَى جَبَلِ كَذَا وَكَذَا ، فَاصْعَدُوا بِهِ الْجَبَلَ ، فَإِذَا بَلَغْتُمْ ذُرْوَتَهُ ، فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلَّا فَاطْرَحُوهُ ،

Dikatakan kepada budak lelaki itu: Kembali lah kepada agama mu. Budak lelaki itu enggan, lalu dia diserahkan kepada tentera-tentera diraja yang lain. Raja berkata: Pergilah kalian, dan bawa budak lelaki ini ke sebuah bukit. Dakilah bukit itu dan bawa dia bersama-sama. Apabila kalian telah tiba di puncaknya, seandainya dia kembali kepada agama asal (maka jangan apa-apakan dia, tetapi jika dia enggan),maka campakkanlah dia ke bawah.

فَذَهَبُوا بِهِ فَصَعِدُوا بِهِ الْجَبَلَ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَرَجَفَ بِهِمُ الْجَبَلُ ، فَسَقَطُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ،

Pengikut-pengikut raja itu pun membawanya mendaki bukit tersebut. Budak lelaki itu berkata: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa sahaja cara yang engkau kehendaki. Lalu gunung itu pun bergegar, dan semua pengikut raja jatuh ke bawah. Budak lelaki itu pun datang dengan berjalan kaki menemui raja.

فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ، فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ ، فَاحْمِلُوهُ فِي قُرْقُورٍ ، فَتَوَسَّطُوا بِهِ الْبَحْرَ ، فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ ، وَإِلَّا فَاقْذِفُوهُ ،

Raja berkata kepada nya: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Budak lelaki itu menjawab: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Lalu raja menyerahkan budak lelaki itu kepada pengikutnya. Raja itu berkata: Pergilah! Bawalah dia menaiki sampan sehingga sampai ke tengah lautan. Seandainya dia kembali kepada agamanya (maka jangan diapa-apakan dia), jika tidak, campakkan sahaja dia ke laut.

فَذَهَبُوا بِهِ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ، فَانْكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفِينَةُ ، فَغَرِقُوا وَجَاءَ يَمْشِي إِلَى الْمَلِكِ ،

Mereka pun pergi bersamanya. Budak lelaki itu pun berdoa: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa cara yang engkau mahu. Lalu sampan mereka pun terbalik, dan pengikut-pengikut raja itu kesemuanya lemas tenggelam di dalam lautan. Budak lelaki itu berjalan pulang menemui raja.

فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ : مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ ؟ ، قَالَ : كَفَانِيهِمُ اللَّهُ ، فَقَالَ لِلْمَلِكِ : إِنَّكَ لَسْتَ بِقَاتِلِي حَتَّى تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ ، قَالَ : وَمَا هُوَ ؟ ،

Raja bertanya kepada budak lelaki itu: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Jawab budak lelaki itu: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Dia berkata lagi kepada raja tersebut: Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku sehinggalah engkau lakukan apa yang aku suruh. Raja pun bertanya: Apa yang perlu aku lakukan?

قَالَ : تَجْمَعُ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ ، وَتَصْلُبُنِي عَلَى جِذْعٍ ثُمَّ خُذْ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِي ، ثُمَّ ضَعِ السَّهْمَ فِي كَبِدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قُلْ : بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ ، ثُمَّ ارْمِنِي ، فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتَنِي ،

Budak lelaki itu berkata: Orang ramai hendaklah dikumpulkan di suatu tempat. Engkau hendaklah menyalib aku pada sebatang pokok. Seterusnya engkau ambillah anak panah ku daripada bekasnya, dan engkau letakkan anak panah itu pada busurnya, seterusnya engkau menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, seterusnya engkau terus memanah aku. Seandainya engkau melakukan sedemikian rupa, engkau akan berjaya membunuh aku.

فَجَمَعَ النَّاسَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ وَصَلَبَهُ عَلَى جِذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِهِ ، ثُمَّ وَضَعَ السَّهْمَ فِي كَبْدِ الْقَوْسِ ، ثُمَّ قَالَ : بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ ثُمَّ رَمَاهُ ، فَوَقَعَ السَّهْمُ فِي صُدْغِهِ ، فَوَضَعَ يَدَهُ فِي صُدْغِهِ فِي مَوْضِعِ السَّهْمِ ، فَمَاتَ

Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu tempat, dan menyalib budak lelaki itu pada sebatang pokok. Kemudian dia mengambil anak panah budak lelaki itu daripada bekasnya, kemudian meletakkannya pada busurnya, kemudian menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, kemudian dia terus melepaskan panahannya, lalu anak panah itu pun mengenai bahagian antara mata dan telinga budak lelaki tersebut. Budak lelaki itu meletakkan tangannya pada bahagian yang terkena panahan tersebut, lalu dia pun meninggal dunia.

، فَقَالَ النَّاسُ : آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلَامِ ، فَأُتِيَ الْمَلِكُ ، فَقِيلَ لَهُ : أَرَأَيْتَ مَا كُنْتَ تَحْذَرُ ، قَدْ وَاللَّهِ نَزَلَ بِكَ حَذَرُكَ قَدْ آمَنَ النَّاسُ ،

Orang ramai pun berkata: Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Raja pun didatangi dan dikatakan kepadanya: Tidak tuanku melihat apa yang tuanku takuti selama ini? Demi Allah, sesungguhnya ia telah menimpa tuanku. Manusia telah beriman!

فَأَمَرَ بِالْأُخْدُودِ فِي أَفْوَاهِ السِّكَكِ ، فَخُدَّتْ وَأَضْرَمَ النِّيرَانَ ، وَقَالَ : مَنْ لَمْ يَرْجِعْ عَنْ دِينِهِ ، فَأَحْمُوهُ فِيهَا أَوْ قِيلَ لَهُ اقْتَحِمْ ، فَفَعَلُوا حَتَّى جَاءَتِ امْرَأَةٌ وَمَعَهَا صَبِيٌّ لَهَا ، فَتَقَاعَسَتْ أَنْ تَقَعَ فِيهَا ، فَقَالَ لَهَا الْغُلَامُ : يَا أُمَّهْ اصْبِرِي ، فَإِنَّكِ عَلَى الْحَقِّ " .

Lalu raja itu menyuruh untuk digali parit dan dinyalakan api. Lalu dia bertitah: Sesiapa yang tidak kembali kepada agamanya, terjunlah ke dalam api tersebut. Mereka semua melakukannya hinggalah sampai kepada seorang wanita yang sedang bersama-sama anak kecilnya. Wanita itu enggan untuk terjun ke dalam api, lalu tiba-tiba bayinya berkata: Wahai ibu ku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran.

[Sahih Muslim : 5332]

Ibrah Nabi Ibrahim A.S


Ibrah: Seerah Nabi Ibrahim A.S


Part 1




Surah Mariam (19:42-47)

إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ لِمَ تَعۡبُدُ مَا لَا يَسۡمَعُ وَلَا يُبۡصِرُ وَلَا يُغۡنِى عَنكَ شَيۡـًٔ۬ا (٤٢) يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى قَدۡ جَآءَنِى مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَمۡ يَأۡتِكَ فَٱتَّبِعۡنِىٓ أَهۡدِكَ صِرَٲطً۬ا سَوِيًّ۬ا (٤٣) يَـٰٓأَبَتِ لَا تَعۡبُدِ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ كَانَ لِلرَّحۡمَـٰنِ عَصِيًّ۬ا (٤٤) يَـٰٓأَبَتِ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ۬ مِّنَ ٱلرَّحۡمَـٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيۡطَـٰنِ وَلِيًّ۬ا (٤٥) قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنۡ ءَالِهَتِى يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ‌ۖ لَٮِٕن لَّمۡ تَنتَهِ لَأَرۡجُمَنَّكَ‌ۖ وَٱهۡجُرۡنِى مَلِيًّ۬ا (٤٦) قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكَ‌ۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّىٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ بِى حَفِيًّ۬ا (٤٧)

Ketika dia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?. (42) Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. (43) Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya. (44) Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam Neraka. (45) (Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa. (46) Nabi Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. (47)

Pakaian kita

Pakaian kita sebagai seorang pekerja, seorang suami, seorang ayah, seorang anak. Kita kene insafi setiap pakaian yang kita pakai, jangan kotorinya. 

Ibnu Abbas: Mudathir (74:4 )

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Kebersihan pakaian itu penting, menurut ibnu Abbas, kebersihan pada pakaian bukan sekadar kebersihan daripada kotoran malahan kebersihan peranan yang dipakai itu juga penting, daripada dosa dan noda. Ketika sedang menyarungkan pakaian itu, kita dimana? Adakah ketika kita sedang melakukan maksiat atau ketaatan?

Nabi Ibrahim A.S telah menggunakan 5 prinsip dakwah untuk berdakwah. Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi, tetapi dalam masa yang sama tidak mengotorkan pakaiannya sebagai seorang anak kepada Ayahnya. Ramai pendakwah yang gagal.

Prinsip dakwah: 

  1. Sensetif dengan panggilan kepada mad'u. "Ya Abati". Wahai ayahanda. Kesan psychology sangat berbeza kalau menggunakan panggilan yang lain. 

Part 2





Part 3











Saturday, 6 December 2014

Ibrah: Abdurrahman al-Auf


Abdul Rahman Bin Auf




Nota


Businessmen dan multi-binionair yang confirm masuk ke dalam syurga, antara 10 sahabat yang masuk ke dalam syurga. Contoh businessmen yang mesti kita contohi.

Nabi Muhammad S.A.W telah detect sifat logam beliau sebagai seorang yang sangat berpotensi dalam bidang perniagaan.

Orang barat mengatakan seorang pemimpin mesti 4 ciri pemimpin yang berkualiti dan kesemua citi-ciri tersebut ada pada Baginda S.A.W:

  1. "Inspire trust" boleh mempercayai dan dipercayai sehingga digelar al-Amin. Sentiasa memberikan tugas dengan sangat berkesan.
  2. "Clarify purpose" memperjelaskan tujuan setiap pekerjaan, iaitu syurga dan neraka, akhirat
  3. "Align system" tuju ke sesuatu destinasi perjalanan itu mesti selamat, tuju ke syurga mesti ada ciri-cirinya. 
  4. "Unleash potential" mengenal pasti potensi, sepertimana Nabi mengenal potensi Abdurrahman. Mengatur strategi untuk orang yang dipimpinnya. 
Abdurrahman dengan hijjahnya telah menjadi fakir termasuk meninggalkan isterinya sendiri di Mekah. Kesemua hartanya telah ditinggalkan dan diinfaqkan. Rasulullah telah mempersaudarakan (taakhir) beliau dengan Sa'ad bin Rabiq, jutawan Madinah. Persoalannya kenapa?
  1. Mahu merawat luka  Abdurrahman (fakir) daripada hijrah beliau ke Madinah?
  2. Kembali menjadi kaya dengan bantuan harta Sa'ad bin Rabiq?
Nabi S.A.W tahu beliau boleh kembali menjadi kaya, malah mengkayakan orang lain. Ini adalah karekter (baca: potensi) Abdurrahman yang Nabi S.A.W kenal.

Saa'd bin Robiq offer separuh harta dan isterinya yang paling cantik (lihat sifat itsar sahabat!), namun respon Abdurrahman sungguh aneh! Beliau cuma bertanyakan, dimanakah pasar.
Berkat Allah kepadamu Saa'd, kepada harta-harta kamu dan isteri-isteri kamu, aku cuma mahu bertanyakan, tunjukkan aku dimanakah pasar
Hasil kepada perniagaan beliau, Abdurrahman kembali menjadi jutawan, dan berkahwin. Sifat proaktif Abdurrahman, berusaha sendiri untuk menjadi kaya.

Beza proaktif dan reaktif


Jika reaktif, Abdurrahman akan menerima offer Saa'd bin Robiq, menjadi jutawan segera tanpa memikirkan konsekuannya.

Maka Abdurrahman bersifat proaktif. Menjadi kaya dengan hasilnya sendiri. Nilai berdikari. Orang yang merdeka daripada sebarang pergantungan. Orang yang independent, bertindak mengikut nilai yang ada pada diri sendiri. Sepertimana Abdurrahman dengan nilainya berdikari untuk mencari kekayaan sendiri bukan dengan berhutang budi.

Asas kepada kejayaan Abdurrahman, berjaya memecahkan monopoli yahudi yang menguasai ekonomi Madinah.



Thursday, 13 November 2014

Sahabat: Thufail Bin 'Amr Ad

THUFAIL BIN ‘AMR AD


“Wahai Allah! Berilah dia kemampuan yang dapat menyampaikan niat baiknya.” (Do’a Nabi Saw.untuk Thufail.)

THUFAIL BIN ‘AMR AD adalah kepala kabilah Daus pada masa jahiliyah. Dia termasuk bangsawan Arab yang terpandang dan seorang pemimpin yang memiliki kharisma serta
kewibawaan yang tinggi dan diperhitungkan orang. Periuknya tidak pernah turun dari tungku.

Pintu rumahnya tidak pernah tertutup bagi orang-orang yang bertanmu. Dia senang memberi makan orang yang kelaparan, lindungi orang yang sedang ketakutan dan membantu setiap
penganggur. Di samping itu, dia pujangga yang pintar dan cerdas, penyair yang tajam dan berperasaan halus. Selalu tanggap terhadap yang manis dan yang pahit. Karya mempesona bagikan sihir

Pada suatu ketika, Thufail meninggalakan negerinya Tihamah,’ menuju Mekkah. Waktu itu konfrontasi antara Rasulullah saw. dengan kafir Quraisy semakin nyata. Masing-masing pihak berusaha memperoleh pengikut atau simpatisan guna memperkuat golongannya.

Untuk itu, senjata Rasulullah saw. hanya mendo’a kepada Tuhannya, disertai iman dan kebenaran yang dibawanya. Sedangkan kaum kafir Quraisy menegakkan impian mereka dengan kekuatan senjata, dan dengan segala macam cara untuk menghalangi orang banyak menjadi pengikut Nabi Muhammad.

Thufail terlibat dalam kemelut ini tanpa disengajanya, kerana kedatangannya ke Makkah itu bukan untuk melibatkan diri. Bahkan pertentangan antara Nabi Muhammad dengan kaum Quraiys belum pernah terlintas dalam pikirannya sebelum itu.

Mengenai keterlibatannya dalam pertentangan itu, Thufail mempunyai kenang-kenangan yang tak dapat di lupakannya. Kerana itu marilah kita semak ceritanya yang unik
berikut ini:

Kedatangan saya ke Makkah kali itu mereka sambut agar luar biasa, aku ditempatkan di sebuah rumah istimewa. Kemudian para pemimpin dan pembesar Quraisy berdatangan menemuiku.

Kata mereka, “Hal Thufail! Kami sangat gembira Anda datang ke negeri kami, walaupun negeri kami sedang dilanda kemelut. Orang yang menda’wahkan diri menjadi Nabi itu (Nabi Muhammad saw.) ternyata telah merusak agama kita, merusak kerukunan kita, dan memecah persatuan kita semua. Kami kuatir dia akan mempengaruhi Anda pula. Kemudian dengan kepempimpinan Anda, dipengaruhinya pula kaum Anda, seperti yang terjadi pada kami.

Kerana itu janganlah Anda dekati orang itu, jangan berbicara dengannya dan jangan pula mendengarkan kata katanya. Sebab kalau dia berbicara, kata-katanya bagaikan sihir. Perkataannya dapat memisahkan anak dengan bapak, merenggangkan saudara sesama saudara dan menceraikan isteri dengan suami.”

‘Demi Allah! Mereka selalu mendampingiku, dan menceritakan hal yang aneh-aneh kepadaku, kata Thufail. Mereka menakut-nakutiku dan kaumku dengan keajaiban keajaiban yang pernah dilakukan orang itu. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak mendekati orang itu, tidak akan berbicara dengannya dan tidak akan mendengarkan apa-apa yang dikatakannya.

Pada suatu pagi aku pergi ke masjid hendak thawaf di Ka’bah, dan mengambil berkat dan berhala-berhala yang kami puja. Hal seperti itu biasa kami lakukan ketika kami haji.
Telingaku kusumbat dengan kapas, kerana aku takut suara Muhammad akan terdengar olehku.

Tetapi ketika masuk ke masjid, ku lihat Muhammad sedang shalat dalam Ka’bah. Tetapi shalatnya tidak seperti shalat kami, dan ibadatnya tidak seperti ibadat kami. Aku terpesona melihatnya. Sedikit demi sedikit aku bergerak menghampirinya tanpa sadar, sehingga akhirnya aku dekat sekali kepadanya. Agaknya Allah swt menakdirkan supaya aku mendengar apa yang dibacanya. Memang, ternyata kalimat-kalimat yang diucapkannya sangat indah dan bagus sekali.

Lalu aku berkata pada diriku, “Betapa celakanya engkau, hai Thufail! Engkau seorang pujangga dan penyair. Engkau tahu membedakan mana yang indah dan yang buruk. Apa salahnya kalau engkau dengarkan dia bertutur ? Mana yang baik boleh engkau ambil, mana yang buruk tinggalkan

“Aku bagaikan terpaku di tempat itu sampai Rasulullah pulang. Lalu kuikuti dia sampaike rumahnya. Setelah dia masuk, aku pun masuk pula. Setelah kami duduk, aku berkata kepadanya:
“Ya, Muhammad! Sesungguhnya kaum Anda berkata kepad aku tentang diri Anda begini dan begitu. Mereka menakut-nakutku berhubung dengan urusan agama Anda. Oleh kerananya aku menyumbat telingaku dengan kapas agar tidak mendengar perkataan Anda.

Tetapi Allah menghendáki supaya aku mendengar sesua tu dan Anda. Ternyata apa yang Anda ucapkan semuanya benar dan bagus. Maka ajarkanlah kepadaku agama Anda itu!” Rasulullah mengajarkan kepadaku perihal agama Islam.

Dibacakannya surat Al-Ikhlas dan Al-Falaq. Demi Allah! Belum pernah aku mendengar kalimat-kalimat seindah itu. Dan belum pernah aku mengenal agama yang lebih baik daripada Islam ini. Setelah itu kuulurkan tanganku kepadanya, lalu ku ucapkan dua kalimah syahadat:

Sejak itu aku masuk Islam. Kemudian aku menetap di Makkah beberapa lama, mempelajari agama Islam kepada beliau. Aku menghafal ayat-ayat Al-Qur’an yang dapat ku hafal. Ketika aku ber maksud hendak kembali kepada kaumku, kukatakan ke pada beliau, “Rasulullah! Aku ini pemimpin yangdipatuhi oleh kaumku. Aku bermaksud hendak kembali kepada mereka dan mengajak mereka masuk Islam. Tolonglah do’akan kepada Allah swt., semoga Allah memberi ku bukti-bukti nyata yang dapat memperkuat da’wahku kepada mereka, supaya mereka masuk Islam.” Rasulullah saw. mendo’a:

Di tengah perjalanan pulang, ketika aku sampai di tempat yang dimuliakan kaumku, keluarlah suatu cahaya di antara kedua mataku seperti lampu. Aku mendo’a, “Wahai Allah!Pindahkanlah cahaya ini ke tempat lain, kerana kalau cahaya imi terletak di antara kedua mataku, aku kuatir kalau-kalau kaumku menyangka mataku telah kèna tulah kerana meninggalkan agama berhala....”

Maka dengan izin Allah cahaya itu dipindahkan ke ujung tongkatku, bagaikan sebuah kandil tergantung. Setelah aku berada di tengah-tengah mereka, yang pertama tama
mendatangiku adalah bapakku sendiri. Beliau sudah berusia lanjut.

“Menjauhlah daripadaku! Aku bukan lagi putera ayah,dan ayah bukan bapakku lagi!”
“Mengapa begitu, hai anakku? “tanya bapak.
“Aku telah masuk Islam. Aku adalah pengikut agama Nabi Muhammad saw.,” jawabku.
‘Wahai anakku! Bagaimana kalau aku masuk agamamu. Supaya agama menjadi agamaku pula?” tanya bapak.
“Kalau begitu pergilah Bapak mandi lebih dahulu. Bersihkan badan dan pakaian Bapak. Sesudah itu kembalilah ke sini, supaya ku ajarkan kepada Bapak apa yang telah ku pelajari
tentang Islam.”

Bapakku pergi mandi membersihkan badan dan pakaiannya. Sesudah itu kuajarkan kepadanya tentang Islam, Lalu dia masuk Islam.
Kemudian datang pula isteriku. Aku berkata kepadanya, “Menjauh daripadaku! Aku bukan suamimu lagi, dan engkau
tidak pula isteriku lagi.” “Mengapa begitu, hai Thufail?” tanya isteriku heran. “Islam telah memisahkan aku dan engkau. Aku telah masuk Islam dan menjadi pengikut Nabi Muhammad saw.,” kataku menjelaskan“Bolehlah aku masuk agamamu?” tanya isteriku.
‘Pergilah engkau mandi lebih dahulu ke telaga ‘Dzi Syara?” Bersihkan badanmu di telaga itu!” kataku.
“Apakah engkau tidak takut kena tulah ‘Dzi’ Syara?” tanya isteri cemas “Aku tidak peduli dengan berhala Dzj Syara-mu itu! Pergilah mandi ke sana! Tempat itu jauh dari penglihatan orang banyak. Aku menjamin batu-batu yang tidak bisa apa-apa itu tidak akan berbuat sesuatu yang dapat mencelakanmu” kataku meyakinkan.Sesudah mandi dia datang kembali kepadaku, Maka ku ajarkan kepadanya tentang Islam, lalu dia masuk Islam. Kemudian ku ajak seluruh kabilah Daus masuk Islam.

Tetapi mereka tidak memenuhi ajakanku, kecuali Abu Hurairah. Dia memang paling cepat memenuhi panggilan Islam. Aku datang menemui Rasulullah saw. di Makkah bersama-sama dengan Abu Hurairah,” ucap Thufail melanjutkan ceritanya.

Rasulullah saw bertanya, “Bagaimana perkembangan da‘wahmu, hai Thufail?”
“Hati kaum ku masih tertutup dan sangat kafir. Sungguh seluruh kaumku, kabilah Daus, masih sesat dan durhaka,” jawabku.

Rasulullah saw. pergi mengambil wudhu’, kemudian beliau shalat. Sesudah shalat beliau menadahkan kedua tangannya ke langit, lalu mendo’a. Pada saat-saat itu Abu Hurairah merasa kuatir dan takut kalau-kalau Rasulullah mendo‘akan agar kabilah Daus celaka.”

Tetapi kiranya Rasulullah mendo’akan sebaliknya
“Aflahummanhdi Dausan...! Allahummmahdi Dausan... ...! Allahummahdi Dausan....!”
(Wahai Allah! Tunjukilah kabilah Dausy....! “) Kemudian beliau menoleh kepada Thufail, lalu bersabda: ‘Pulangkah kepada kabilahmu! Lemah lembutlah terhadap mereka! Dan ajaklah mereka masuk Islam dengan bijaksana!”

Sejak itu hingga Rasulullah hijrah, aku menetap di negeriku dan mengajak kaumku masuk Islam. Sementara itu telah terjadi perang Bad ar, perang Uhud, dan perang Khandaq. Setelah itu aku datang kepada Rasulullah saw. membawa delapan puluh keluarga muslim Dausy, yang kesilamannya tidak disangsikan lagi.

Rasulullah menyambut gembira kedatangan kami. Beliau memperlengkapi kami secukupnya dan harta rampasan perang Khaibar.
Kami bermohon kepada Rasulullah, “Ya, Rasulullah! tempatkahlan kami di “sayap kanan” pasukan Anda dalam setiap peperangan yang Anda pimpin. Dan kompi muslimin Dausy
ini kami bennama “Kompi Mabrur” Kata Thufail, ‘Sesudah itu aku senantiasa mendampingi Rasulullah saw! Dan turut berperang bersama beliau kemana saja, hingga kota Makkah dibebaskan dan kekuasaan kaum kafir Quraisy.”

Setelah pembebasan kota Makkah, aku bermohon kepada Rasulullah, “Ya, Rasulullah! Izinknlah aku pergi ke Dzil Kafain, untuk memusnahkan berhala-hala yang ada di sana.
Rasulullah memberi izin kepada Thufail. Dia berangkat ke tempat berhala tersebut dengan satu regu tentara dan pasukannya. Sewaktu sampai ke sana dan mereka bersiap hendak
membakar berhala Dzil Kaffain, berkerumunlah kaum laki-laki, perempuan dan anak-anak sekitar mereka, menunggu-nunggu apa yang akan terja
di. Mereka menduga akan terjadi petir dan halilintar, bila regu Thufail menjamah berhala Dzil Kaffain itu.

Tetapi Thufail dengan mantap meruntuhkan berhala itu disaksikan para pemujanya sendiri. Beliau menyulutkan api tepat di jantung Dz
il Kaffain, sambil bersajak “Hal Dzil Kaffain! Kami bukanlah pemujamu. Kelahiran kami lebih dahulu dari keberadaanmu. lnilah aku, menyu1utkan api di jantungmu!”

Setelah api melalap habis patung-patung Dzil Kaffain, sirna pulalah sisa-sisa kemusyrikan dalam kabilah Dausy. Seluruh kabilah Daus lalu masuk Islam, dan menjadi muslim
sejati. Thufail Bin ‘Arrir Ad Dausy senantiasa mendamping Rasulullah saw. sampai beliau wafat. Ketika Abu Bakar menjadi Khalifah, Thufail dan anak buahnya patuh kepada
pemenintahan Khalifah Abu Bakar. Tatkala berkecamuk peperangan membasmi orang murtad, Thufail paling dahulu pergi berperang bersama-sama tentera muslimin memerangi Musailamah Al-Kadzhzab (Musailamah si pembohong). Begitu pula putera beliau, ‘Amr bin Thu fail, yang selalu tak mahu ketinggalan.

Ketika Thufail sedang dalam perjalanan menuju Yamamah (kawasan tempat Musailamah nenyebarkan pahamnya yang murtad), dia bermimpi
“Aku bermimpi, Cobalah kalian ta’birkan mimpi ku itu”, kata Thufail kepada sahabat-sahabatnya.
“Bagaimana mimpi Anda?” tanya kawan “Aku bermimpi kepalaku dicukur. Seekor burung keluar dari mulutku, kemudian
seorang perempuan memasukankku ke dalam perutnya. Anakku ‘Amr menuntut dengan sungguh-sungguh supaya dibolehkan ikut bersamaku. Tetapi dia tak dapat berbuat apa kerana antaraku dan dia ada dinding.” Sebuah mimpi nan indah!” komentar kawan-kawan nya.

Kata Thufail, “Sekarang, baiklah aku ta’birkan sendiri. Kepalaku dicukur, artinya kepalaku dipotong orang. Burung keluar dari mulutku, artinya nyawaku keluar dari jasadku.
Seorang perempuan memasukkanku ke dalam perutnya, artinya tanah digali orang, lalu aku dikuburkan. Aku berharap semoga aku tewas sebagai s
yahid. Adapun tuntutan anakku, dia juga berharap supaya mati syahid seperti aku. Tetapi per mintaannya dikabulkan kemudian.”
Dalam pertempuran memerangi pasukan Musailamah Al-Kadzdazab di Yamamah, sahabat yang mulia ini, iaitu Thufail Ibnu ‘Amr Ad Dausy, mendapat cidera sehingga dia terbanting dan tewas di medan tempur. Puteranya ‘Amr, meneruskan peperangan hingga tangan kanannya buntung. Setelah itu dia kembali ke Madinah meninggalkan tangannya sebel ah dan jenazah bapak nya di medan tempur Yamamah.

Tatkala Khalifah ‘Umar bin Khaththab memerintah, ‘Amr bin Thufail (putera Thufail) pernah datang ke majlis khalifah. Ketika dia sedang
berada dalam majlis, makanan pun dihidangkan orang. Orang-orang yang duduk dalam maj lis mengajak ‘Amr supaya turut makan
bersama-sama. Tetapi ‘Amr menolak dan menjauh. “Mengapa...? “, tanya Khalifah. Barangkali engkau l ebih senang makan belakangan. Mungkin engkau malu kerana tanganmu itu.”

“Betul, ya Amjral Mu’mjnjn! “ jawab ‘Amr. Kata Khalifah, ‘Demi Allah! Aku tidak akan memakan makanan ini, sebelum ia kau sentuh dengan tanganmu yang buntung itu. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang sebagian tubuhnya telah berada di surga, melainkan hanya engkau.”

Mimpi Thufail menjadi kenyataan semuanya. Tatkala terjadi perang Yarmuk, ‘Amr bin Thufail turut pula berperang bersama-sama dengan tentara muslimin. ‘Amr tewas dalam peperangan itu sebagai syuhada’, seperti yang diharapkan bapaknya. Semoga Allah memberi rahmat kepada Thufail dan kepada puteranya, ‘Amr, syahid di medan tempur Yamamah dan Yarmuk.




Sahabat: Sa'id Bin 'Amir Al-Jumahy

SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY


“Dia telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan
Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin).


SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan.

Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.

Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar.

Ketika tawanan yang mereka giring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kalian bolehkan, saya ingin shalat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh....”

Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan shalat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan shalat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup hidup.

Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?” “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap.

“Bunuh dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak.

Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua.Jangan disisakan seorang jua pun!”

Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya.

Kaum kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa maut yang merenggut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau agak sedetikpun.

Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendo‘akan kaum kafir Quraisy. Kerana itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah swt. segera mengabulkan do’a Khubaib, sehingga petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy.

Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini.

Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati.
Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.
Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.

Sejak itu Allah swt. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Kerana itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-hala yang dipujanya selamaini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai saat itu dia masuk Islam.

Tidak lama sesudah itu, Sa id menyusul kaum muslimin hijrah ke Madinah. Di sana diasenantisasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula mula dalam
peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berpeang dalam setiap peperangan berikutnya.

Setelah Nabi saw. berpulang ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi teladan satu-satuya bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keridhaan Allah dan pahala daripada-Nya di atas segala keinginan hawa nafsu dan kehendak jasad.

Kedua Khalifah Rasulullah, Abu Bakar dan ‘Umar bin Khaththab, mengerti bahwa ucapan-ucapan Sa’id sangat berbobot, dan taqwanya sangat tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan mendengar dan melaksanakan nasihat-nasihat Sa‘id.

Pada sutu hari di awal pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab, Sa’id datang kepadanya memberi nasihat. Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menjalankan agama Allah! Jangan berkata berbeda dengan perbuatan. Kerana sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan.

Hai Umar! Tujukanlah seluruh perhatian Anda kepada urusan kaum muslimin baik yang jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada mereka apa yang Anda dan keluarga sukai.
Jauhkan dari mereka apa-apa yang Anda dan keluarga Anda tidak sukai. Arahkan semua karunia Allah kepada yang baik. Jangan hiraukan cacian orang-orang yang suka mencaci.”

“Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.

“Tentu orang seperti Anda! Bukankah Anda telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara Anda dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id meyakinkan. Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan.

“Hai Sa’id! Engkau kami angkat menjadi Gubernur di Himsh!” kata Khalifah Umar.

“Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga Anda tidak mendorong saya condong kepada dunia,” kata Sa’id.
“Celaka Engkau!” balas ‘Umar marah. “Engkau pikulkan beban pemerintahn ini dipundakku, tetapi kemudian Engkau menghindar dan membiarkanku repot sendiri.”
“Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan Anda,” jawab Sa’id. Kemudjan Khalifah ‘Umar melantik Sa ‘Id menjadi Gabenor di Himsh.

Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Berapa gaji yang Engkau inginkan?”
“Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?”

Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang di tugasi Khalifah mengamat-amati jalannya pemerintahan di Himsh.

Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Himsh untuk diberikan santunan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy.

Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa‘id bin ‘Amir yang kalian cantumkan ini?”
“Gabenor kami! “jawab mereka.
“Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya khalifah heran.
“Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),”jawab mereka meyakinkan.

Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi jenggotnya. Kemudian beliau mengambil sebuah pundi-pundi berisi wang seribu
dinar.

“Kembalilah kalian ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gubernur Sa’id bin ‘Amir. Dan wang ini saya kirimkan untuk beliau, guna meringankan kesulitan-kesulitan rumah
tangganya” ucap ‘Umar sedih. Setibanya di Himsh, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, menyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau Setelah Gubernur Sa‘id melihat pundi-pundi berisi wang dinar, pundi-pundi itu dijauhkannya dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Keranaitu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa‘Id? Meninggalkah
Amirul Mu ‘minin?” “Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya Isterinya pula.

“Jauh lebih besar dri itu!” jawab Sa’id tetap sedih.‘Apa pulakah gerangan yang Iebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar.‘Dunia telah datang untuk merusak akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita,’ jawab Sa’id mantap.

“Bebaskan dirimu daripadanya! “ kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya pundi pundi wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar untuk pri badi suaminya. “Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa ‘id. ‘Tentu...;! “jawab isterinya bersemangat.

Maka Sa’id mengambil pundi-pundi wang itu, lalu disuruhnya isterinya membagi-bagi kepada fakir miskin.

Tidak berapa lama kemudian, Khalifah ‘Umar berkunjung ke Syria, mengininspeksi pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu beliau. menyempatkan diri singgah di Himsh Kota Himsh pada masa itu dinamai orang pula “Kuwaifah (Kufah kedil)”, kerana rakyat nya sering melapor kepada pemerintah pusat dengan ke1emahan-kelemahan Gubernur mereka,
persis seperti kelakuan masyarakat Kufah.

Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat mengeluelu kan beliau, mengucapkan Selamat Datang. Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana penilai
an Saudara-Saudara terhadap kebijakan Gabenor.

“Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah,” jawab rakyat.
“Saya akan pertemukan kalian dengan Gabenor kalian,” jawab Khalifah ‘Umar sambil mendo’a: “Semoga sangka baik saya selama ini kepada Sa’id bin ‘Amir tidak salah.”
Maka tatkala semua pihak—iaitu Gubernur dan masyarakat—telah lengkap berada dihadapan Khalifah, beliau bertanya kepada rakyat, “Bagaimana laporan sau dara-saudara tentang kebijakan Gabenor Saudara-saudara?” Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang Juru Bicara.

Pertama: Gabenor selalu tiba di tempat tugas setelah matahari tinggi. “Bagaimana tanggapan Anda mengenai lapor’an rakyat Anda itu, hai Sa ‘id?” tanya
Khalifah.Gabenor Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy diam sejenak. Kemudian dia berkata:

“Sesungguhnya saya keberatan menanggapinya. Tetapi apa boleh buat.. Keluarga saya tidak mempunyai pembantu. Kerana itu tiap pagi saya terpaksa turun tangan membuat adonan rotilebih dahulu untuk mereka. Sesudah adonan itu asam (siap untuk dimasak), barulah saya buat roti. Kemudian saya berwudhu’. Sesudah itu barulah
saya berangkat ke tempat tugas untuk melayani masyarakat.”

“Apa lagi laporan Saudara-saudara?” tanya Khalifah kepada hadirin.

Kedua, Gabenor tidak bersedia melayani kami pada malam hari.” “Bagaimana pula tanggapan Anda mengenai itu, hai Sa’id?” tanya khalifah. “ Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya menanggapinya, terutama di hadapan umum seperti ini,” kata Sa ‘id. “Saya telah membagi waktu saya, siang hari untuk melayani masyarakat,
malam hari untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah,” lanjut Sa ‘id

“Apa lagi,” tanya Khalifah kepada hadirin.
Ketiga: Gubernur tidak masuk kantor sehari penuh dalam sebulan. Bagaimana pula tanggapan Anda, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Sebagaimana telah saya terangkan tadi, saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki sepasang pakaian yang melekat di badan ku ini. Saya mencucinya sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu barulah saya dapat keluar melayani masyarakat,” ucap Said.

‘Nah, apa lagi laporan selanjutnya?” tanya Khalifah.
Keempai: Sewaktu-waktu Gabenor menutup diri untuk bicara. Pada saat-saat seperti itu, biasanya beliau pergi meninggalkan majlis.” “Silakan menanggapi, hai Gabenor Said!” kata Khalifah ‘Umar. “Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan almarhum Khubaib bin‘Ady dihukum mati oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka menyayat-nyayat tubuh Khubaib berkeping-keping. Pada waktu itu mereka ber tanya mengejek Khubaib,
“Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammadtertusuk duri ...“
‘Demi Allah...!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan peristiwa , di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni Allah swt.” Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘U mar mengkahiri dialog itu.

Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar mengirimi Gabenor Sa’id seribu dinar untuk memenuhi kebutuhannya. Melihat jumlah wang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Sa’jd, “Segala puji bagi Allah yang mencukupi kita berkat pengabdianmu. Saya ingin wang ini kita per gunakan untuk membeli bahan pangan dan kelengkapan kelengkapan lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang pembantu rumah tangga untuk kita.”

“Adakah usul yang lebih baik dan itu?” tanya Sa’id kepada isterinya.
“Apa pulakah yang lebih baik dari itu? “ jawab isterinya balik bertanya.
“Kita bagi-bagikan saja wang ini kepada rakyat yang membutuhkannya. Itulah yang lebih baik bagj kita,” jawab Sa’id.
“Mengapa....?” tanya isterinya. ‘Dengan begitu berarti kita mendepositokan wang ini kepada Allah. Itulah cara yang lebih baik,” kata Said.
“Baiklah kalau begitu,” kata isterinya. “Semoga kit a dibalasi Allah dengan balasan yang paling baik.”

Sebelum mereka meninggalkan majlis, wang itu dimasukkan Sa ‘Id ke dalam beberapa pundi, lalu diperintah kannya kepada salah seorang keluarganya:
‘Pundi ini berikan kepada janda si Fulan. Pundi ini kepada anak yatim Si Fulan. ini kepada si Fulan yang miskin... dan seterusnya.”


Semoga Allah swt. meridhai Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Dja telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia, dan meng utamakan keridhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat, lebih dan segala-galanya. Amin!!!


Pustaka Hati. Powered by Blogger.