Hadith I: Manusia seperti logam
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
Sahih Bukhari
Rasulullah ﷺ bersabda :
الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا
Maksud: “Manusia seperti logam; terpilihnya semasa jahilliyan; terpilihnya semasa islam; jika mereka ‘faham’.”[HR Bukhari]-Drpd Abu Hurairah r.a.
[NOTA]
النّاسُ = Manusia / People
مَعادِنْ = Logam / Metals
Nabi ﷺ menggunakan analogi utk manusia itu sbg logam. Mengapa? Mari kita ambil tahu!
Sifat / ciri / nilai logam itu yg Nabi ﷺ maksudkan dlm analogi ini.
- Kita dapati (melalui fakta) bahawa logam tetap digunakan sepanjang / mana2x zaman kerana NILAI-nya dlm menyokong kehidupan.
- Bagaimana hendak diaplikasikan nilai logam ini dgn manusia? Nilai logam sama-lah dgn POTENSI DIRI; KEHEBATAN DIRI; BAKAT; KEBOLEHAN; & lain2x sama maksud dgn-nya, bagi mendifinisikan nilai logam di sisi manusia (NILAI MANUSIA).
- NILAI MANUSIA ini dpt digunakan utk menyokong sama ada jahilliyah atau islam, TETAPI segala2x-nya bergantung kepada kefahaman-nya.
- Hadith juga bermaksud dlm keadaan individu dgn nilai-nya itu tidak akan terhapus meskipun dia menjalani / memilih cara hidup jahilliyah atau islam.
- Nabi ﷺ menyatakan NILAI MANUSIA itu menyokong kehidupan salah satu yg dipilihnyaBerbalik kpd fakta arkeologi kita, nilai pd tembaga:
- (i) > 1000 tahun SM = ciri mudah dibentuk → peralatan memotong / membelah.secara am-nya kita dapati:
(ii) zaman moden = (selepas kajian terperinci) ciri sbg konduktor haba & elektrik yg baik → wayar elektrik dsb. - Hakikat-nya, melakukan transformasi perubahan dlm kehidupan jahilliyah kpd islam, atau sebaliknya; nilai individu itu tidak terjejas.
- Malah, nilai seorang individu itu mengukuhkan / meningkatkan / membantu / memartabatkan lagi kehidupan yg dipilihnya berdasarkan kefahamannya terhadap kehidupan yg lebih baik.
- Contoh
Seerah :
Umar al-Khattab radiallahu a’nhu:
(i) Semasa jahilliyah : terkenal dgn sifatnya yg garang, keras, kesungguhan & kuat digunakan utk menghalang dakwah islam di Makkah.
(ii) Semasa islam : Sifatnya sebelum ini tidak berubah, malah islam di Makkah mampu menjadi teguh & digeruni drpd dikacau dek orang2x yg menentang islam kerana bimbang tindakan Umar terhadap mereka jika diketahui.Khalid al-Walid radiallahu a’nhu:
Kontemperori :
(i) Semasa jahilliyah : panglima yg hebat dlm mengetuai tentera. Semasa peperangan Uhud, mendapat kemenangan di atas pimpinannya.
(ii) Semasa islam : sifatnya yg hebat sbg panglima perang dlm mengetuai tentera tidak terhakis sedikit pun. Sbg cth, mendapat kemenangan di atas pimpinannya dlm peperangan Muktah.
Maher Zain dlm Dunia Seni-nya.
(i) Semasa jahilliyah – dia mengakui meskipun seorang muslim, tetapi kehidupannya pd ketika dahulu jauh drpd Allah : tiada beza kehidupan sbg artis lain.
(ii) Semasa islam : menyedarkan umat islam dgn bakat seni-nya dlm menyampaikan mesej melalui lirik2x & dendangan muzik secara berkesan. (Dakwah)Jo Yee seorang gadis remaja beretnik Cina, hebat dlm memegang agama kristian, “preaching, debating for inviting people to her religion”. [ Tonton Kisahnya ]
(i) Semasa jahilliyah – beragama Kristian : hebat berpegang kpd agamanya, bersemangat dlm menyebarkan dakyah secara berhujah dgn org lain.
(ii) Semasa islam : mengekalkan kualiti-nya tetapi dilakukan utk islam, menjalankan dakwah islam & memikirkan cara yg lebih berkesan terutamanya dlm mengajak kpd islam kepada golongan muda.Wardina Safiyyah [ Tonton Kisahnya ]
- Refeksi diri: Bagamana pula dgn anda? Setelah mengetahui islam & cara hidup hidup ini yg terbaik, maka tidak perlulah menghakis / menyisihkan nilai pd diri sebelum ini se-mata2x hanya ingin membuktikan diri sudah berhijrah atau berubah. Malah, nilai diri hendaklah dipandu berdasarkan islam, anda akan dapati ia mampu memberi keuntungan yg berharga dlm kehidupan di dunia & di akhirat, biiznillah.
- Pada penghujung hadith, Nabi ﷺ bersabda ” إذا فقهواْ “ (jika mereka faham), di mana perkataan ” فقهواْ “ (faham) itu boleh disebut dgn 2 cara yg menghasilkan 2 maksud yg berbeza:(i) /Faquhu/ = memhami islam. (dgn erti kata memahami islam itu sendiri).Tidak semestinya utk memahami islam, perlu menjadi pakar di dalam ilmu fiqh, namun, pemahaman dlm fiqh itu perlu sbg insan yg bergelar sbg muslim. TETAPI, memahami islam yg syumul (keseluruhannya) serta mempraktik-kannya dgn ilmu itu membawa kpd kefahaman islam.
(ii) /Faqihu/ = memahami ilmu fiqh. (dgn erti kata memahami ilmu di dlm islam).
Semoga penulisan ini membantu dalam menyinari hidup kita dengan cara hidup yg di redhai Allah subhanahu wa taa’la bersama2x memupuk nilai diri kita terutamanya di dalam Dakwah & Tarbiyah (D&T)
0 comments:
Post a Comment