Ibrah: Seerah Nabi Ibrahim A.S
Part 1
Surah Mariam (19:42-47)
إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ لِمَ تَعۡبُدُ مَا لَا يَسۡمَعُ وَلَا يُبۡصِرُ وَلَا يُغۡنِى عَنكَ شَيۡـًٔ۬ا (٤٢) يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى قَدۡ جَآءَنِى مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَمۡ يَأۡتِكَ فَٱتَّبِعۡنِىٓ أَهۡدِكَ صِرَٲطً۬ا سَوِيًّ۬ا (٤٣) يَـٰٓأَبَتِ لَا تَعۡبُدِ ٱلشَّيۡطَـٰنَۖ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ كَانَ لِلرَّحۡمَـٰنِ عَصِيًّ۬ا (٤٤) يَـٰٓأَبَتِ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ۬ مِّنَ ٱلرَّحۡمَـٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيۡطَـٰنِ وَلِيًّ۬ا (٤٥) قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنۡ ءَالِهَتِى يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُۖ لَٮِٕن لَّمۡ تَنتَهِ لَأَرۡجُمَنَّكَۖ وَٱهۡجُرۡنِى مَلِيًّ۬ا (٤٦) قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكَۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّىٓۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ بِى حَفِيًّ۬ا (٤٧)
Ketika
dia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda
yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu
sedikitpun?. (42) Wahai
ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang
tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu
ke jalan yang betul. (43) Wahai
ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu
adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya. (44) Wahai
ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari
(Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan
sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam Neraka. (45) (Bapanya)
menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi
sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati
daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih
baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa. (46) Nabi
Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada
Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan
kemurahan ihsanNya kepadaku. (47)
Pakaian kita
Pakaian kita sebagai seorang pekerja, seorang suami, seorang ayah, seorang anak. Kita kene insafi setiap pakaian yang kita pakai, jangan kotorinya.Ibnu Abbas: Mudathir (74:4 )
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡKebersihan pakaian itu penting, menurut ibnu Abbas, kebersihan pada pakaian bukan sekadar kebersihan daripada kotoran malahan kebersihan peranan yang dipakai itu juga penting, daripada dosa dan noda. Ketika sedang menyarungkan pakaian itu, kita dimana? Adakah ketika kita sedang melakukan maksiat atau ketaatan?
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Nabi Ibrahim A.S telah menggunakan 5 prinsip dakwah untuk berdakwah. Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi, tetapi dalam masa yang sama tidak mengotorkan pakaiannya sebagai seorang anak kepada Ayahnya. Ramai pendakwah yang gagal.
Prinsip dakwah:
- Sensetif dengan panggilan kepada mad'u. "Ya Abati". Wahai ayahanda. Kesan psychology sangat berbeza kalau menggunakan panggilan yang lain.
0 comments:
Post a Comment