Sumber: Diringkaskan daripada Ar-Raheeq Maktum (Edisi Bahasa Melayu)
Kelahiran Rasulullah
Kelahiran Rasulullah
- Keluarga: Bani Hasyim
- Tempat: Makkah
- Tarikh: Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi (Banyak khilaf, kebanyakan setuju tarikh ini)
Tanda-tanda kelahiran
- Ibn Sa'd meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: " Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam"
- Runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi
- Terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung.
- Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawa Baginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama "Muhammad" sebagai nama kepada cucunya (nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini)
- Nabi Muhammad (s.a.w) telah berkhatan ketika berada di dalam kandungan ibunya lagi.
Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab bersama anaknya bemama Masruh dengan itu beliau menjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib selepas beliau Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi. (Budaya Arab zaman tersebut = pergi ke desa untuk mencari ibu susuan)
Menyusu di Perkampungan Bani Saad
Adat resam bangsa Arab Hadhar (bandar): bahawa usaha memperolehi penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka dari pendalaman. Ahdaf/objektif/sebab:
- Cegah dari penyakit-penyakit yang terdapat di bandar.
- Kuatkan pembinaan jasad anak-anak.
- Mengemaskan otot-otot.
- Membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang baik sejak dalam buaian lagi.
Adapun saudaranya yang sepenyusuan di Bani Sa'ad adalah Abdullah bin al-Harith, Anisah binti al-Harith, Huzafah atau Jazimah binti al-Harith (iaitu al-Syaima', gelarannya lebih di kenali, beliaulah yang mengasuh Rasulullah, dan Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib, anak bapa saudara Rasulullah itu pun sepenyusuan dengan Baginda juga penyusu untuk Rasulullah, dengan itu beliau menyerahkan Muhammad kepada Bani Sa'ad bin Bakr, iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya dikenali sebagai al-Harith bin Abd al-Qira bergelar Abu Kabsyah dari Qabilah yang sama. Adapun saudaranya yang sepenyusuan di Bani Sa'ad adalah Abdullah bin al-Harith, Anisah binti al-Harith, Huzafah atau Jazimah binti al-Harith (iaitu al-Syaima', gelarannya lebih di kenali, beliaulah yang mengasuh Rasulullah, dan Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib, anak bapa saudara Rasulullah itu pun sepenyusuan dengan Baginda juga.
Keberkatan/ Kemukjizatan Rasulullah ketika kecil.
Bapa saudara Rasulullah Hamzah bin Abdul Mutalib pun pernah menyusu di Bani Sa'd bin Bakr, maka Hamzah menjadi saudara sepenyusuan dengan Rasulullah dari dua orang ibu; Thuwaibah dan Halimah al-Sa'diah, kerana ibu susuan Hamzah di suatu hari telah memberi susuannya kepada Rasulullah. Semasa Baginda bersama Halimah, beliau telah menyaksikan banyak keberkatan-keberkatan Rasulullah.
1. Rezeki susu ibu
- Halimah+ibu2 susuan (pekerjaan) ke Makkah utk cari anak susuan
- Semua dioffer utk jaga Rasulullah, tp ditolak sebab yatim
- Kebetulan xdapat lagi bayi utk disusukan.
- Awalnya kantung susunya tiada hasil, tp selepas didokong Rasulullah,terus penuh.
- Rasulullah menyusu sehingga kenyang.
- Uncang susu untanya juga penuh. Terus diagih2kan utk diminum.
- Untanya yg awalnya sangat lemah/sakit, dpt berjalan laju.
Apa yang akan boleh dilakukan oleh si ibu dan si datuknya maka setiap kami membencinya kerana keyatimannya. Setiap yang datang bersama denganku telah membawa pulang bayi susuannya kecuali ku seorang sahaja bila kami telah bersiap untuk pulang, ku pun menyebut kepada suamiku: Demi Allah aku tidak sukalah untuk pulang bersama-sama dengan teman-temanku yang lain tanpa membawa bersamaku seorang bayi susuan pun, demi Allah aku mesti ambil si yatim tadi. Jawab suamiku: tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga Allah jua akan memberikan kita keberkatan kerananya. Katanya! Aku pergi ambil si yatim itu, yang mendesak ku mengambilnya, kerana tidak ada yang lain untuk ku ambil, katanya, setelah ku dukung ke tunggangan ku, dan sebaik sahaja ku letakkannya ke ribaku, terasa dadaku dipenuh susu, maka si yatim pun menghisapnya hingga puas, saudaranya pun menyusu juga hingga puas dan tertidur, sebelum ini kami tidak pernah tidur bersamanya, kemudian suami ku pergi ke unta kami, dan didapati uncang susunya penuh dengan susu, beliau memerahnya lalu diminumnya dan diberi kepada yang lain-lain kiranya kami semua puas dan kenyang, malam itu kami dapat tidur dengan nyenyak, Halimah berkata: Suamiku telah berkata bila kami bangun di pagi harl: Demi Allah, tahu tak wahai Halimah, sebenarnya tiupan bayu keberkatan mula menghembus nafasnya, kata Halimah: Ku menjawab: Demi Allah sesungguhnya ku mengharapkan demikian, dan katanya lagi:
Setelah itu kami pun bergerak keluar dari daerah Makkah, aku menunggangi kaldai betina ku itu, di atasnya juga ku membawa Rasulullah, demi Allah binatang tungganganku merentasi perjalanan kiranya tidak dapat disaingi oleh kaldai-kaldai mereka yang lain, hinggakan teman-teman ku yang lain, tertanya-tanya dan berkata: Wahai puteri Abu Zuaib apa kamu ini? perlahanlah sedikit, tidakkah tunggangan kamu itu yang naik ke sini dulu, jawabku kepada mereka: Bahkan demi Allah yang itu itulah: jawab mereka: Demi Allah, ianya ada keistimewaan, kata Halimah:
2. Rezeki daripada binatang ternakan
Setelah itu kami semua pun sampailah ke kampung kami iaitu persada Bani Sa'd, ku tidak pernah melihat sebuah bumi yang paling kontang dari bumi Bani Sa'd, namun setelah kami pulang dari mengambil bayi susuan kami itu nampaknya kambing-kambing kami sarat perut kekenyangan, uncang-susu dipenuh susu, kami memerahnya dan meminumnya, sedang ternakan orang lain tetap tidak menghasilkan setitik susu pun, uncang susu kekeringan, menyebabkan penduduk-penduduk yang lain menyuruh penternak-penternak mereka dengan berkata: Binasa kamu, cubalah bawa ternakan-ternakan ke tempat yang selalu puteri Abu Zuaib berternak itu, namun kambing-kambing mereka tetap kelaparan tidak mengeluar walau setitik susu pun, sedangkan ternakan kami kekenyangan uncangnya sarat dengan susu. Beginilah seterusnya kami terus menerima limpahan kurnia dari Allah hingga berlalu dua tahun umur Baginda di mana Baginda pun tinggal susu, Baginda membesar tidak seperti kanak-kanak lain, seblum sampai usia dua tahun Baginda telah menjadi besar segar, kata Halimah: Setelah beberapa masa kami bawa Baginda pulang kepangkuan ibunya, walau macam mana pun kami tetap prihatin agar Baginda terus tinggal bersama kami, kerana kami dapat menikmati keberkatannya, untuk itu kami pun mengemukakan harapan ini kepada ibunya, dan ku berkata kepadanya: Kalaulah puan benarkan anakku ini terus tinggal bersamaku hingga meningkat tampan, pun ada baiknya, kerana ku takut wabak-wabak di Makkah akan menyeranginya nanti, katanya lagi. Masih lagi kami merayu-rayu hingga ibunya pun membenarkannya pulang bersama kami.
Peristiwa penyucian dada Rasulullah
Demikianlah halnya Rasulullah kembali tinggal kepangkuan Bani Sa'ad, hinggalah apabila Baginda meningkat empat atau lima tahun, di mana berlakunya peristiwa pembedahan dada Baginda, Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadith dari Anas (r.a) bahawa Rasulullah telah didatangi Jibril (a.s), di ketika Baginda sedang bermain-main dengan anak-anak lain, Jibril memegang Baginda dan merebahkannya lalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpal darah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitan bersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah talam emas dengan air Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawa semula Rasulullah ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain berlarian pergi menemui ibunya Halimah menceritakan, dengan kata mereka, "Muhammad telah dibunuh". Apabila mereka menemuinya semula didapati Baginda kepucatan.
Kepangkuan Ibunya
Peristiwa pembedaha dada ---> hantar pulang ke ibunya ---> 6 tahun ---> Ziarah kubur Abdullah (suaminya) ---> Meninggal dunia OTW balik (al-Abwa)
Halimah al-Sa'diah terasa takut dengan peristiwa tersebut, dengan itu beliau memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya, Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang dan mengingati kematian itu. Untuk itu beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang keyatiman itu, di iringi khadamnya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib, di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama "al-Abwa' " yang terletak di antara Makkah dan Madinah.
Dijaga oleh Datuknya
Abdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini yatim piatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya melebihi kasih sayangnya ke atas anak-anak cucunya yang lain. Beliau tidak pernah tinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan terpaksa, sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih dari cucunya yang lain. Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya dihampar di lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang pun akan duduk di atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, kerana menghormati beliau, namun bila Rasulullah datang ketika itu Baginda masih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masa itu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah ke tepi untuk memberi tempat kepada Abdul Mutalib, bila beliau melihat Rasulullah di situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya di atas hamparan itu, dengan menyapu-nyapu di belakang Baginda dan beliau sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.
Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari Datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.
Dipelihara Bapa Saudaranya
Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas anak-anaknya dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluh tahun beliau menyokong Baginda, melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup berkelahi untuk Baginda.
Bertemu Pendeta Buhaira'
Setelah usia Rasulullah meningkat dua belas tahun, ada yang mengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun pada ketika itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah taklukan Rom, di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira.
Setibanya rombongan ke sana,"Buhaira" keluar untuk menemui mereka, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satu kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untuk menemui sesiapa, beliau mengenali Rasulullah dengan segala sifat-sifatnya. Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliau berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata Abu Talib: Dari mana maklumat ini tuan perolehi? Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati "al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja, dan aku kenali pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami, seterusnya beliau meminta supaya Abu Talib membawa Muhammad (s.a.w) pulang ke Makkah, dan jangan dibawanya ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahat Yahudi, oleh itu Abu Talib mengirim Rasulullah untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.
Peperangan Al-Fujjar
Semasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagi Quraisy dan Kinanah ialah Harb bin Umaiyah kerana status beliau di kalangan masyarakat, Quraisy di samping faktor umur. Di awal hari kemenangan berpihak kepada Qais namun bila hari beralih ketengah hari Kinanah sudahpun menguasai medan pertempuran, di ceritakan bahawa Rasulullah telah turut serta di dalam peperangan ini, di mana Baginda menyediakan anak-anak panah untuk bapa saudaranya.
Perjanjian Al-Fudul
Ekoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor umur, memandangkan beliau tertua di antara.
Di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya, Rasulullah telah ulrut serta di dalam perjanjian ini setelah Baginda diutuskan dan memuji perjanjian berkenaan, dengan sabdanya: Daku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin al-Jadaan. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya daku beri persetujuan segera.
Perjanjian ini menafikan semangat kefanatikan Jahiliah yang biasanya dimarakkan oleh perasaan asabiah kebangsaan atau perkabilahan, dikatakan bahawa dorongan yang mengarahkan kepada termeterainya perjanjian ini, ialah lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki Kota Makkah dengan barangan perniagaannya, barangan itu telah dibeli oleh al-As ibnu Wail al-Sahmi, namun harganya tidak diselesaikan. Sebagai tindakbalas darinya, beliau telah meminta pertolongan dari sekutunya Abdul al-Dar, Makhzum, Jumah, 'Adi, malangnya pihak sekutunya tidak memenuhi permintaannya itu, untuk selanjutnya beliau mendaki bukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri penganiayaan terhadapnya, disuarakan di dalam madah syairnya, al-Zubair bin Abdul Mutalib bangun bertindak dengan katanya: Apa cerita ini semua membisu belaka? Dengan itu mereka yang telah mengikat janji al-fudhul tadi menyokongnya, mereka semua segera menemui al-A'as bin Wail dan mengambil barangan lelaki Zubaid tadi dan dipulangkan kepadanya, setelah mereka memeterai perjanjian al-Fudhul itu.
Hidup penuh kesusahan
Rasulullah (s.a.w) tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap dipermulaan mudanya, namun demikian beberapa riwayat sering mengaitkan kerja Rasulullah di permulaan usia remajanya, sebagai penternak, mengembala kambing keluarga Banu Sa'd, dan di Makkah pula mengambil upah dari penduduk Makkah dengan beberapa qirat, bila Baginda meningkat dua puluh lima tahun, Baginda keluar ke negeri Syam sebagai peniaga dengan modal Khadijah (r.a).
Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid, adalah seorang wanita peniaga, mempunyai kedudukan termulia dan pelbagai harta, biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya, dengan berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orang Quraisy memang terkenal sebagai ahli perniagaan. Sebaik sahaja perkhabaran mengenai diri Rasululullah dengan keimanan dan kebenaran pertuturan Baginda, serta ketinggian akhlak mulia, tanpa berlengah beliau mengantar utusan, menawarkan kepada Baginda untuk keluar berniaga dengan hartanya ke negeri Syam, beliau menjanjikan Baginda untuk memberi kongsian lebih lumayan dari yang ,biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain, untuk ke sana beliau telah menghantar budak suruhannya mengiringi Rasulullah, tawaran itu telah diterima oleh Rasulullah dengan baik. Baginda pun keluar ke sana bersama Maisarah budak suruhan Khadijah hingga tiba ke negeri Syam.
Perkahwinan dengan Saidatina Khatijah (R.A)
Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di s'epanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya. Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk mengawini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah (s.a.w), tidak berapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu sudah meningkat empat puloh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.
Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah. Dan Baginda tidak mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal.
Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.
Kes Banjir: Pembinaan semula Kaabah dan perletakan Hajar-Al-Aswad
Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya. Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan kerana bangunannya terlalu usang, dindingnya sering retak dan pecah, lima tahun sebelum kebangkitan Rasulullah banjir besar melanda Makkah, airnya yang mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan Kaabah itu. Disebabkan oleh kejadian pihak Quraisy terpaksa memperbaharui bangunannya. Demi menjaga kedudukannya, maka mereka bersetuju untuk membangunkannya. Namun tugas tersebut hanya diserahkan kepada mereka yang hanya dikenali sebagai golongan baik, tidak memasukkan perbelanjaan haram, penjualan riba dan orang yang tidak menzalimi orang lain.
Mereka takut merobohnya, namun al-Walid bin al-Mughirah al-Mukhzumi memulakan dan setelah mereka melihat beliau tidak terkena sebarang bala, barulah orang-orang lain berani bertindak merobohkannya, dan terus mereka merobohkan bangunan yang lama ini hinggalah sampai ke asas yang dibina oleh Saidina Ibrahim, setelah itu mereka memulakan pembinaan Kaabah, di mana mereka membahagikan ruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap qabilah bertanggungjawab membereskan pembinaan bahagian yang dipertanggungjawab kepadannya, semua kerja adalah di bawah seliaan seorang arkitek berbangsa Rom bernama Baqum, setelah bangunan selesai disiapkan ke peringkat "Hajar al-Aswad", sekali lagi mereka berselisih pendapat siapa orangnya yang berkeistimewaan untuk mengangkat dan meletakkannya ke tempatnya, perbalahan berlarutan hingga ke malam keempat atau kelima, hampir-hampir membawa kepada pertumpahan darah dan peperangan sengit di bumi haram itu, hinggalah Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Makhzumi mengemukakan cadangan kepada mereka, iaitu untuk menerima penyelesaian dari orang yang pertama memasuki ke dalam masjid, melalui pintu besar dan beliaulah orang yang akan menjadi hakim, dengan itu mereka yang terlibat pun bersetuju dengan cadangan itu, dengan kehendak Allah, Rasulullahlah orang yang pertama memasuki masjid menerusi pintunya itu, mereka pun melaung itu pun al-Amin, kami semua bersetuju dengan penyelesaian Muhammad.
Setibanya Baginda ke majlis mereka, mereka pun menceritakan peristiwa sebenarnya yang terjadi lantas Baginda meminta sehelai kain, lalu diletaknya "Hajar al-Aswad" di atas hamparan kain dan meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya, sehingga apabila sampai ke tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan Baginda ke tempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan cara yang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.
Kerana kesuntukan perbelanjaan pihak Quraisy terpaksa menangguhkan pembinaan yang disebelah utara, lebih kurang enam hasta, kawasan yang dikenali sebagai "Hijr" dan "al-Hutaim" buat sementara dipasang pintu disitu supaya tidak ada orang memasuki ke dalamnya, kecuali yang berhajat, setelah bangunan mencecah lima belas hasta maka di dirikan enam tiang untuk meletak atapnya. Apabila selesai pembinaan Kaabah, maka kelihatanlah bentuknya yang seakan-akan empat segi padu dengan ketinggian lima belas meter, panjang sudut di mana terletaknya Hajar al-Aswad dan yang setentang dengannya lalah sepuluh meter kali sepuluh meter ketinggian aras letaknya Hajar al-Aswad dari dataran bertawaf setinggi satu perpuluhan lima puluh meter (1.50 meter) manakala lawang pintu setinggi dua betas meter, samalah dengan pintu berukuran dua belas meter ianya dilingkungi dengan tembok dari bawah purata tingginya perpuluhan dua puluh lima meter, lebarnya perpuluhan tiga puluh lima meter, tembok berkenaan dikenali sebagai al-Shazarwan yang merupakan dasar asal al-Kaabah, tetapi Quraisy mengabaikannya.
Sejarah Sebelum Kebangkitan
Diri Rasulullah merupakan jambangan yang tersusun padanya seluruh keistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada manusia, Baginda adalah contoh pemikiran unggul lagi jitu, dengan pandangan yang waras, kecerdikan dan kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencari jalan dan sasaran, urusan Baginda digarapkan melalui sifat berdiam yang panjang disokong dengan pengamatan dan keseriusan berfikir serta sentiasa berpihakkan kebenaran. Kesuburan berfikir dan keheningan naluri semulajadi memampukan Baginda membaca dan mencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan arus-arus perjalanan jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk khurafat dan menghindar diri darinya, namun Baginda tetap berinteraksi dengan manusia ramai dengan kewaspadaan dan basirah terhadap sebarang tindakan Baginda dan tindakan mereka.
Sekiranya didapati kebaikan tanpa teragak-agak Baginda menyertai mereka, kalau tidak Baginda akan menyusur suasana uzlahnya. Tidak pernah Baginda menjamah khamar, tidak pernah memakan sembelihan berhala. Tidak pernah menyertai perayaan-perayaan berhala atau eksponya, sejak awal-awal lagi Baginda memang membencikan penyembahan-penyembahan yang karut dan batil ini, hingga tidak ada suatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari berhala-berhala. Baginda tidak dapat menahan kesabarannya untuk mendengar orang bersumpah dengan berhala al-Lata dan al-Uzza.
Tidak syak lagi kuasa takdir Allah memagar Rasulullah dengan inayah jagaanNya, diketika mana naluri keinginan kemanusiaan Baginda merangsang Baginda dari dalam untuk mengambil habuannya dari kelazatan duniawi. Jika perasaan Baginda senang menerima sebahagian dari resam-resam yang tercela, di ketika itu pula penjagaan Ilahi akan berperanan menghalang perasaan tadi, mengikut riwayat Ibn al-Athir "Sabda Baginda: Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja, namun kesemuanya Allah s.w.t menghalang daku dari meneruskannya, lepas itu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dengan risalahNya. Di suatu malam ku telah berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggir Makkah: Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku ini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malam seperti pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi. Daku pun keluar sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama ku pun mendengar alunan alat permainan, ku bertanya orang di situ: Apa keramaian semua itu? Jawab mereka itulah keramaian majlis perkahwinan Si Fulan dengan perempuan Fulan. Daku pun duduk mendengarnya, tetapi Allah telah menutupkan telingaku dan daku pun terlena. Kepanasan matahari telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemui teman ku, di mana beliau bertanya apa ceritanya, ku pun mencerita segala-galanya, hal yang sama ku cuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal yang sama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi.
Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dengan katanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah telah turut serta bersama al-Abbas, kerja mereka mengangkut batu-batu. Al-Abbas berkata kepada Rasulullah: Sangkutkan kain kau itu ke tengkok supaya dapat menghindar dari terkena batu-batu, bila Baginda berbuat demikian Baginda terus pengsan dan jatuh ke tanah, dua matanya terjegil ke langit, setelah sedar terus Baginda melaung, kain ku! kain ku! lalu dipakaikan kainnya ke badannya, dalam satu riwayat lain mengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda.
Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang disifatkan oleh Khadijah sebagai:
"Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran ".
"Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran ".
0 comments:
Post a Comment