Surah Al-‘Asr
سورة العصر
SURAH MASA
Surah Masa Surah (103) - Makkiyah - 3 ayat
ِبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
َوَٱلۡعَصۡرِ
1. Demi masa!
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ
2. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
3. Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar.
Dalam surah yang kecil, yang mengandungi tiga ayat ini tergambar
satu peraturan hidup yang sempurna bagi manusia sebagaimana yang dikehendaki Islam. Sifat-sifat pokok kefahaman keimanan serta hakikatnya yang agung dan syumul adalah tergambar begitu jelas dalam surah ini. Ia meletakkan seluruh perlembagaan Islam dalam beberapa ungkapan yang pendek dan mensifatkan hakikat dan fungsi umat Islam hanya dalam satu ayat sahaja iaitu ayat yang ketiga dari surah ini. Inilah pengungkapan yang mengkagumkan yang hanya dapat dilakukan oleh Allah 'Azzawajalla sahaja.
Hakikat agung yang dikemukakan oleh keseluruhan surah ini ialah:
Biarpun selanjut mana waktu pada seluruh zaman dan sepanjang mana kelangsungan hidup manusia pada semua masa, namun di sana hanya ada satu cara dan satu jalan hidup sahaja yang membawa keuntungan dan keselamatan. Itulah cara dan jalan hidup yang telah dijelaskan sempadan- sempadan dan batu-batu tandanya dalam surah ini. Selain cara hidup ini adalah sia-sia dan rugi belaka.
Itulah keimanan, amalan yang soleh, saling berpesan menjunjung ajaran yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar.
Apakah iman itu?
Kami tidak bermaksud menta'rifkan iman di sini dengan ta'rif ilmu fiqah, tetapi kami mahu memperkatakan tentang tabi'at iman dan nilainya dalam kehidupan manusia.
Keimanan ialah hubungan makhluk manusia yang bersifat fana, kerdil dan terbatas dengan Allah yang bersifat Mutlak, Azali, Kekal, dan Sumber yang dari-Nya lahir segala yang wujud, juga hubungannya dengan 'alam yang lahir dari Allah dan hubungannya dengan undang-undang yang mengendalikan perjalanan 'alam ini, juga hubungannya dengan tenaga- tenaga 'alam yang tersimpan di 'alam ini. Titik tolak di sini ialah dari perbatasan diri manusia yang kerdil kepada ruang 'alam yang amat luas dan dari batas-batas kekuatannya yang lemah kepada kebesaran tenaga 'alam yang majhul dan dari batas-batas umurnya yang pendek kepada kelanjutan abad-abad yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Hubungan seperti ini selain memberi kekuatan, kelanjutan dan kebebasan kepada manusia ia juga memberikan keni'matan hidup kepada mereka dengan segala keindahan 'alam dan dengan aneka ragam makhluk di mana terjalin di antaranya dengan mereka rasa kasih sayang yang mendalam pada jiwa masing-masing, sehingga hidup ini dirasakan seolah-olah satu perkelahan melihat temasya-temasya Ilahi yang dipamerkan kepada manusia di setiap tempat dan pada setiap waktu. Ia merupakan satu kebahagiaan dan kegembiraan yang tinggi dan merupakan satu kemesraan terhadap hidup dan terhadap 'alam buana sama seperti kemesraan kekasih terhadap kekasihnya. Ini adalah suatu keuntungan yang tidak dapat dibandingkan dengan keuntungan-keuntungan yang lain dan kehilangannya merupakan
”ال ّسلام العالمّيوالإسلام“ bab ”العقيدةوالحياه“ Detik dari kitab 1
َوا ْلَع ْصِر )1(
suatu kerugian yang tidak dapat dibandingkan dengan kerugian-kerugian yang lain.
Kemudian asas-asas keimanan itu sendiri merupakan asas-asas kemanusiaan yang luhur. Menyembah Allah yang Tunggal membebaskan manusia dari perhambaan kepada yang lain dari Allah dan menegakkan dalam jiwanya kesedaran berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sesama manusia. Kerana itu ia tidak menghinakan dirinya kepada seseorang yang lain dan tidak tunduk melainkan kepada Allah yang Maha Kuasa. Dari sinilah lahirnya kebebasan haqiqi bagi manusia, iaitu kebebasan yang terbit dari dhamir dan dari kefahaman terhadap hakikat yang berlaku di 'alam iaitu tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Allah yang Tunggal dan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Tunggal. Pembebasan diri ini adalah terbit dengan sendirinya dari kefahaman ini, kerana ia merupakan satu- satunya kesimpulan yang logik.
Ciri Rabbaniyah (yang menjadi teras keimanan) itulah yang menentukan arah dari mana manusia harus menerima kepercayaan- kepercayaannya, nilai-nilainya, ukuran-ukurannya, pertimbangan- pertimbangannya, syari'at-syari'atnya, undang- undangnya dan segala peraturan yang mengikatnya dengan Allah atau dengan 'alam atau dengan manusia. Dengan demikian kehidupan manusia terhindar dari perintah hawa nafsu dan kepentingan dan tempat kedua-duanya digantikan dengan syari'at dan keadilan. Ciri Rabbaniyah itu juga yang menaikkan rasa bangga seseorang mu'min terhadap nilai cara hidupnya dan memandang rendah kepada kepercayaan-kepercayaan Jahiliyah, nilai-nilainya dan pertimbangan- pertimbangannya, juga memandang rendah kepada nilai-nilai yang diambil dari perhubungan-perhubungan kebumian (keduniaan) walaupun dia sebatang karah, kerana ia menghadapi kepercayaan-kepercayaan dan nilai- nilai Jahiliyah itu dengan kepercayaan dan nilai-nilai yang diambil secara langsung dari Allah yang sudah tentu lebih tinggi, lebih kuat dan lebih utama diikuti dan dihormati.
Hubungan yang jelas antara Khaliq dengan makhluk dan perbezaan yang nyata antara taraf Uluhiyah dengan taraf Ubudiyah dapat menghubungkan manusia yang fana dengan Allah yang Kekal itu dengan hubungan yang lurus tanpa kerumitan dan tanpa memerlukan wasilah. Hubungan yang jelas itu juga memberi nur dalam hati, memberi ketenteraman kepada roh dan memberi kemesraan dan kepercayaan kepada jiwa, menghapuskan keraguan-keraguan, ketakutan, kecemasan, dan kegelisahan di samping menghapuskan perasaan takbur dan sombong terhadap sesama makhluk dengan da'waan-da'waan palsu.
Juga sikap yang jujur mematuhi cara hidup yang dikehendaki Allah. Kerana itu sesuatu perbuatan yang baik bukanlah lahir secara kebetulan dan bukanlah hasil dari keinginan yang tiba-tiba dan bukanlah sesuatu yang dilakukan sekali-sekala sahaja, malah sesuatu perbuatan yang baik itu adalah lahir dari motif-motif tertentu dan menuju kepada satu matlamat yang tertentu dan semua individu yang berjuang kerana Allah akan terus bekerja-
sama mempertahankannya, dengan itu terbentuklah kelompok Muslimin yang mempunyai satu matlamat dan satu panji dan mereka akan bekerjasama dan berpadu sebagaimana yang dilakukan oleh generasi-generasi Islam yang silih berganti yang berpegang kukuh dengan agama ini.
Anggapan bahawa manusia itu mulia di sisi Allah meninggikan pandangan manusia terhadap dirinya sendiri, menimbulkan dalam dhamirnya perasaan segan dan malu untuk menjatuhkan dirinya dari martabat luhur yang diangkatkan Allah itu. Konsep manusia itu mulia di sisi Allah merupakan satu tanggapan yang paling tinggi yang ditanggapkan manusia terhadap dirinya. Setiap isme dan setiap pemikiran yang merendahkan darjah manusia pada pandangannya sendiri atau menurunkan asalnya kepada asal-usul yang hina yang memutuskan hubungannya dengan 'alam Malaikat adalah isme dan fikiran yang menyeru manusia kepada menjatuh dan merendahkan diri sendiri walaupun ia tidak mengatakannya secara terus-terang.
Dari sinilah saranan-saranan atau pendapat-pendapat Darwin, Freud dan Karl Marx mengenai manusia merupakan saranan-saranan dan pendapat-pendapat yang paling keji yang menimpa fitrah manusia dan kepimpinan manusia. Pendapat-pendapat itu menyarankan kepada manusia bahawa setiap kerendahan, kehinaan dan kekotoran adalah perkara biasa yang memang diduga dan dijangka, tiada suatu yang menganehkan dan tiada suatu yang patut dimalukan. Ini adalah satu perbuatan jenayah terhadap manusia yang patut dicela dan dikecamkan.
Kebersihan perasaan-perasaan adalah hasil secara langsung dari kesedaran manusia terhadap kemuliaan dirinya di sisi Allah dan dari kesedarannya terhadap pengawasan Allah di atas dhamir dan hati mereka. Seseorang yang normal yang tidak dirosakkan oleh saranan-saranan Freud, Karl Marx dan sebagainya akan merasa malu andainya ada orang yang mengetahui keburukan-keburukan dhamir dan perasaannya. Seseorang mu'min yang merasa dirinya sedang dilihat Allah akan menggeletar, kerana itu lebih wajar baginya membersihkan dirinya.
Kesedaran terhadap akhlak merupakan hasil yang tabii dan pasti dari keimanan kepada Allah yang Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Sabar, iaitu Tuhan yang bencikan kejahatan dan cintakan kebaikan dan Tuhan yang mengetahui jelingan mata yang tidak jujur dan rahsia yang tersimpan di dalam dada.
Di sana terdapat tanggungjawab sebagai hasil dari kebebasan kemahuan dan pengawasan Allah yang ketat. Tanggungjawab itu menimbulkan kesedaran, rasa sensitif, sikap yang bijaksana dan hati-hati. Ia bukan sahaja merupakan tanggungjawab perseorangan, malah ia juga merupakan tanggungjawab kemasyarakatan, tanggungjawab terhadap kebaikan itu sendiri, tanggungjawab terhadap manusia seluruhnya di hadapan Allah. Apabila seseorang mu'min itu bertindak, ia akan merasa seluruh tanggungjawab itu, ia akan menilai hasil setiap langkahnya sebelum
3 Lihat buku “الإنسان بين الما ّدي ّةوالإسلام” karangan Muhammad Qutb.
ia menghayunkan kakinya. Ia sedar bahawa dia adalah makhluk yang mempunyai nilai di 'alam ini dan mempunyai tanggungjawab dalam sistem 'alam ini.
Antara saranan keimanan lagi ialah menjauhi sikap tamak-haloba terhadap keni'matan-keni'matan hidup dunia yang fana dan memilih balasan- balasan yang tersedia di sisi Allah yang lebih baik dan kekal.
Firman Allah 'Azzawajalla:
ِخَتاُمُه ِم ْس ٌك َوِفي َذِل َك َف ْلَيَتَنا َف ِس ا ْلمَُتَناِف ُسو َن )26( 26. "Dan untuk mendapatkan ni'mat yang sedemikian maka hendaklah
mereka berlumba-lumba (membuat amalan yang soleh)."
(Al-Mutafiffin). Perlumbaan untuk merebut balasan-balasan Allah boleh meninggi dan membersihkan jiwa seseorang dan boleh mententeramkan kegelisahannya untuk mendapat hasil yang segera. Kerana itu ia berbuat kebaikan, kerana perbuatan itu baik dan kerana Allah suka kepada kebaikan, dan dia tidak salah apa-apa andainya perbuatan yang baik itu tidak menghasilkan kebaikan di hadapan matanya dan dalam umur hidupnya yang terbatas, sebab Allah yang kerana-Nya ia berbuat kebaikan itu tidak mati dan tidak pula lupakan
sedikit pun perbuatannya yang baik itu.
Bumi bukannya negeri balasan dan hidup di dunia bukannya stesen
pengembaraan. Dari sumber inilah seseorang mu'min itu mengambil bekalan daya kudrat untuk terus berbuat kebaikan. Dan inilah sumber yang menjadikan amalan berbuat kebaikan itu suatu cara hidup yang bersambung- sambung, bukannya hasil dari keinginan yang timbul mendadak dan bukan pula suatu hasil yang tunggal yang tidak bersambung. Inilah sumber yang membekalkan tenaga raksasa kepada seseorang mu'min untuk menentang kejahatan sama ada berupa pemerintahan yang zalim atau berupa tekanan dari pandangan-pandangan Jahiliyah atau berupa tekanan keinginan- keinginan hawa nafsunya sendiri terhadap kemahuannya.
Tekanan ini adalah terbit dari perasaan dan kesedaran seseorang bahawa umurnya begitu pendek untuk menghabiskan keni'matan-keni'matan hidupnya dan mencapaikan cita-citanya, juga kesedarannya terhadap kelemahannya untuk melihat hasil kebaikan yang jauh, dan untuk melihat kemenangan kebenaran di atas kebatilan. Di sinilah keimanan bekerja mengubati perasaan-perasaan itu dengan pengubatan asasi yang sempurna.
Iman itulah punca hidup yang agung. Dari punca inilah lahirnya segala cabang kebaikan dan dengan punca inilah bergantungnya segala hasil kebaikan. Tanpa iman, cabang kebaikan merupakan satu cabang yang terputus dari pokoknya, yang akan terus layu dan kering, dan tanpa iman hasil kebaikan itu merupakan satu hasil dari Syaitan yang tidak lanjut dan kekal.
Iman itulah paksi yang menarik ke arahnya semua tali-tali hidup yang luhur. Tanpa iman, tali-tali itu akan terlepas, terhurai dan tersimpang siur bersama hawa nafsu.
Iman itu satu sistem yang mengumpul berbagai-bagai kegiatan dan amalan dan mengembalikannya kepada satu sistem, di mana kegiatan- kegiatan itu menjadi selaras, saling bantu membantu dan menuju ke satu jalan dan satu harakat yang mempunyai satu motif dan satu matlamat yang tertentu.
Kerana itulah al-Qur'an mensia-siakan nilai segala amalan yang tidak berasal dari punca iman dan tidak terikat kepada paksi iman. Pandangan Islam dalam perkara ini amat jelas. Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Ibrahim:
م َّ َث ُلا َّلِذيَن َك َفُرو ْاِبَر ِّبِهْم َأْعَما ُلُهْم َكَرَماٍداْشَت َّد ْتِبِهال ِّريُحِفيَيْوٍم َعاِص ٍف َّلا َي ْق ِد ُر و َن ِم َّم ا َك َس ُب و ْا َع َل ى َش ْي ٍء
18. "Bandingan amalan orang-orang yang kafir terhadap Tuhan mereka sama seperti abu yang ditiup angin pada hari ribut yang kencang. Mereka tidak dapat mengambil faedah sesuatu apa dari amalan-amalan yang mereka usahakan (di dunia)."
(Surah Ibrahim)
Firman-Nya lagi dalam Surah an-Nur:
َوا َّلِذيَن َك َفرُوا َأْعَما ُلُهْم َك َسَرا ٍب ِبِقيَعٍة َي ْح َسبُهُ ال َّظْمآ ُن َماء َح َّتى ِإ َذا َجاءهُ َلْم َي ِج ْدهُ َشْي ًئا
39. "Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah sama seperti bayangan air di padang datar, di sana si dahaga menyangkakannya air, tetapi apabila ia datang ke tempat itu, ia tidak dapati air sedikit pun."
(Surah An-Nur)
Ini adalah nas-nas yang sorih yang menunjukkan seluruh amalan itu adalah sia-sia dan tidak berharga selama ia tidak bersandar kepada iman, kerana iman itulah yang membuat amalan itu mempunyai motif yang bersambung dengan Allah dan mempunyai matlamat yang sesuai dengan tujuan wujudnya di 'alam ini. Inilah pandangan 'aqidah Islam yang logik yang mengembalikan segala sesuatu kepada Allah. Sesiapa yang putus hubungan dengan Allah, akan putuslah ia dan akan hilanglah hakikat tujuannya.
Iman adalah bukti kesihatan fitrah manusia dan kesejahteraan kejadiannya, juga bukti keseimbangannya dengan fitrah 'alam seluruhnya dan bukti adanya hubungan harmoni antara manusia dengan 'alam sekelilingnya. Dan hubungan inilah yang pada akhirnya pasti membawa manusia kepada iman, kerana 'alam itu sendiri mengandungi dalil-dalil dan saranan-saranan yang menunjukkan bahawa kekuasaan Allah yang mutlak
itulah yang menciptakan 'alam ini dengan peraturan yang rapi. Sebaliknya apabila hubungan harmoni itu tidak wujud atau rosak, maka itulah bukti adanya kerosakan pada sistem penerimaan manusia dan kerosakan itu akan membawa kerugian, kerana kerosakan ini menyebabkan amalan-amalannya tidak sah walaupun pada zahirnya menampakkan tanda baik.
'Alam orang yang beriman itu begitu luas, syumul, tinggi, indah dan bahagia sehingga 'alam-'alam orang-orang yang bukan mu'min kelihatan begitu kecil, kerdil, rendah, buruk, celaka dan rugi serugi-ruginya.
'Amalan yang soleh itu merupakan buah yang tabi'i dan iman, juga merupakan gerakan automatik yang bermula pada saat bertapaknya hakikat iman di dalam hati manusia. Kerana itu iman merupakan satu hakikat positif yang dinamis. Sebaik sahaja ia bertapak dalam hati manusia ia terus bergerak menonjolkan zatnya keluar dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman dalam Islam. Ia tidak tinggal begitu beku tanpa bergerak, tidak tinggal tersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar tubuh seseorang Mu'min. Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan bunga yang tidak berbau. Oleh itu amalan yang soleh harus tercetus dari keimanan itu secara tabi'i jika tidak maka keimanan itu tidak wujud.
Di sinilah letaknya nilai iman, iaitu iman adalah gerakan, tindakan, amalan, pembinaan dan pembangunan yang menjurus kepada Allah. Iman bukannya penguncupan diri bukannya bersifat negatif, bukannya penyorokan diri dalam isi dada dan bukannya semata-mata niat baik yang tidak menjelma dalam gerakan dan tindakan. Inilah sifat utama Islam dan sifat inilah yang menjadikan Islam suatu kekuatan pembangunan yang amat besar dalam kehidupan.
Ini dapat dimengertikan, kerana iman itu ialah penglibatan diri dengan cara hidup Rabbani, iaitu cara hidup yang sentiasa bergerak dan bertindak di 'alam ini, iaitu gerakan yang lahir dari satu perencanaan, dan menuju ke arah satu tujuan. Iman memimpin manusia ke arah melaksanakan program harakat yang menjadi tabi'at 'alam al-Wujud iaitu melakukan gerakan- gerakan dan tindakan-tindakan yang bersih, membina dan membangun sesuai dengan sistem hidup yang terbit dari Allah.
Amalan saling berpesan supaya menjunjung ajaran Allah yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar melahirkan gambaran umat Islam atau kelompok Muslimin yang mempunyai identiti, ikatan dan tujuan perjuangan yang sama, iaitu kelompok yang sentiasa sedar terhadap hakikat dirinya dan terhadap kewajipannya, di samping sentiasa sedar terhadap hakikat tugas iman dan amalan soleh yang termasuk di bawahnya tugas memimpin umat manusia ke jalan iman dan amalan soleh. Kerana itu, untuk melaksanakan tugas atau amanah agung ini mereka perlu saling berpesan dan nasihat-menasihati terhadap satu sama lain. Dari kata-kata saling berpesan itu nampaklah satu gambaran umat atau kelompok Muslimin yang bersatu-padu, satu umat yang terpilih, yang sedar dan yang tegak di bumi di atas lunas-lunas kebenaran, keadilan dan kebaikan. Itulah gambaran umat Islam yang dikehendaki oleh Islam. Islam mahukan mereka menjadi satu
umat yang terpilih, kuat, sedar, siap sedia mengawasi kebenaran dan kebaikan dan sentiasa saling berpesan sesama mereka supaya menjunjung kebenaran dan bersabar dalam perjuangan dan hidup saling mesra, bekerjasama dengan semangat Ukhuwah Islamiyah sebagaimana yang disarankan oleh kata-kata saling berpesan di dalam al-Qur'an.
Amalan saling berpesan menjunjung ajaran Allah yang benar merupakan satu keperluan dalam perjuangan, kerana usaha-usaha menegakkan kebenaran itu amat sukar dan batu-batu penghalangnya beraneka ragam dalam bentuk hawa nafsu, logik kepentingan, kefahaman- kefahaman masyarakat, dan kemaharajalelaan pemerintah-pemerintah dan orang-orang yang zalim. Dengan amalan saling berpesan dapatlah diberi peringatan, pemberangsangan dan penyedaran terhadap persamaan matlamat, persamaan tugas dan amanah untuk melipatgandakan daya usaha perjuangan mereka. Setiap pejuang kebenaran akan merasa bahawa di sampingnya ada orang lain yang sentiasa berpesan, memberangsang dan turut berjuang bersamanya, juga sentiasa menyayanginya dan tidak menghampakannya.
Agama Islam yang benar ini tidak dapat ditegakkan melainkan dengan pengawasan dan kawalan kelompok Muslimin yang saling membantu, saling berpesan dan bersatu padu. Amalan saling berpesan supaya bersikap sabar juga merupakan satu keperluan dalam perjuangan, kerana usaha-usaha menegakkan iman dan amal soleh, dan usaha-usaha menjaga kebenaran dan keadilan merupakan tugas-tugas yang amat sukar yang dihadapi oleh kelompok dan orang perseorangan dan inilah yang memerlukan kesabaran, iaitu sabar melawan tentangan hawa nafsu sendiri, sabar melawan tentangan- tentangan orang lain, sabar menghadapi gangguan dan kesulitan, sabar menentang keangkuhan, kebatilan dan kejahatan, sabar mengharungi jalan perjuangan yang panjang, sabar menempuh peringkat-peringkat perjuangan yang lambat, sabar kerana hilangnya batu-batu tanda jalan perjuangan dan sabar kerana kejauhan matlamat.
Amalan saling berpesan supaya bersabar itu menambahkan daya kebolehan, kerana ia dapat menimbulkan perasaan kesatuan matlamat dan tujuan dan kerjasama di antara semua pihak, di samping membekalkan perasaan kasih mesra terhadap satu sama lain, keazaman dan tekad perjuangan yang kukuh dan sebagainya dari konsep-konsep kelompok kerana dalam suasana kelompoklah hakikat Islam itu hidup dan menonjol jika tidak, maka itulah kerugian dan kehilangan. Pada hari ini apabila kita melihat dari kacamata undang-undang, perlembagaan yang digariskan oleh al-Qur'an untuk panduan hidup kelompok orang-orang Mu'min yang terselamat dari kerugian itu, kita merasa begitu cemas melihat umat manusia di merata pelosok bumi sedang dilingkungi kerugian. Kita merasa begitu cemas melihat kesesiaan-kesesiaan atau kepercumaan hidup mereka di dunia, dan melihat mereka berpaling dari agama yang baik yang telah dikurniakan Allah kepada mereka, serta melihat, tidak adanya pemerintah yang terpilih, beriman dan tegak di atas agama yang benar di muka bumi ini.
Orang-orang Islam atau lebih halus orang-orang yang menda'wa beragama Islam merupakan orang-orang yang paling kuat berpaling dari cara hidup Ilahi yang telah dipilih Allah untuk mereka, dan dari undang-undang yang disyari'atkan Allah kepada mereka dan dari jalan tunggal yang digariskan Allah untuk menyelamatkan mereka dari kerugian dan kesesiaan. Negeri Arab yang dahulunya menjadi tempat lahirnya agama yang baik itu telah meninggalkan panji-panjinya yang telah dikibarkan Allah untuk mereka, mereka meninggalkan panji-panji iman untuk bergantung dengan panji-panji kebangsaan yang tak pernah mereka capai kebaikan di bawah kibarannya di sepanjang sejarahnya, dan nama mereka tak pernah disebut di bawah kibarannya baik di bumi mahupun di langit sehingga datangnya agama Islam mengibarkan panji-panji Allah yang Tunggal yang tiada sekutu bagi-Nya, dan di bawah kibaran panji-panji inilah umat Arab mencapai kemenangan, menjadi kuat dan berjaya bagi pertama kalinya dalam sejarah mereka dan sejarah umat manusia seluruhnya.
Ujar al-Ustaz Abul Hasan an-Nadawi dalam bukunya yang bermutu:
Apakah Kerugian Dunia Dengan Sebab" ماذاخرالعالم يانحطاط المسلمين
Kejatuhan Umat Muslimin?" yang memperkatakan tentang kepimpinan Islam yang terpilih dan unik ini di bawah judul: “Zaman Kepimpinan Islam” dan "Pemimpin-pemimpin Islam dan Sifat-Sifat Mereka.":
"Umat Muslimin muncul memimpin dunia. Mereka memecat umat- umat palsu dari kepimpinan umat manusia dengan penuh kesungguhan, bijaksana dan adil. Mereka mempunyai sifat-sifat yang cukup yang melayakkan mereka memimpin umat-umat manusia dan menjamin kebahagiaan dan kejayaan umat yang berada di bawah naungan dan pimpinan mereka. "
Pertama: Umat Muslimin mempunyai kitab suci dan syari'at yang diturunkan Allah. Mereka tidak membuat undang-undang sendiri, kerana membuat undang-undang sendiri itu merupakan punca kejahilan, kesalahan dan kezaliman. Tindak-tanduk mereka, politik mereka dan cara pergaulan mereka dengan manusia tidak sembarangan dan tidak lintang-pukang. Allah telah mengurniakan nur kepada mereka dengan nur inilah mereka berjalan di kalangan umat manusia.
Dan Allah telah mengurniakan syari'at kepada mereka dan dengan syari'at inilah mereka menghukumkan manusia.
Firman Allah:
َأَوَمن َكا َنَمْيًتا َف َأْحَيْيَناُهَوَجَع ْلَنا َلهُُنوًراَيْمِشيِبِهِفيال َّناِس َكَمنم َّ َث ُلُهِفي ا ل ظ ُّ ُل َم ا ِت َل ْي َس ِب َخ ا ِر ٍج ِّم ْن َه ا
122. "Apakah orang yang mati yang kemudian Kami hidupkannya dan mengurniakan nur yang terang yang dengannya dia dapat berjalan di kalangan manusia itu sama dengan seorang yang berada dalam gelap-gelita dan tidak dapat keluar darinya."
(Al-An'am)
َيا َأ ُّيَهاا َّلِذيَنآَمُنو ْا ُكوُنو ْا َق َّواِمَينِل ّلِهشَُهَداءِبا ْلِقْسِط َو َلاَيْجِرَم َّنك ُْم َشَنآ ُن َقْوٍم َع َلى َألا ََّتْعِد ُلو ْااْعِد ُلو ْاهَُو َأ ْقَربُِلل َّت ْقَوى َوا َّت ُقو ْاال ّلَهِإن َّال ّلَه َخِبٌيرِبَماَتْعَم ُلو َن )8(
8. "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah dan janganlah rasa benci terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang dilakukan kamu."
(Al-Ma'idah)
Kedua: Umat Muslimin tidak memegang teraju pemerintahan dan kepimpinan tanpa didikan akhlak dan pembersihan jiwa iaitu berlainan dengan kebanyakan umat, individu-individu dan pegawai-pegawai pemerintah dahulu dan sekarang, malah mereka tinggal sekian lama di bawah didikan dan pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang membersihkan jiwa mereka, mengajar adab sopan kepada mereka dan melatihkan mereka dengan sifat-sifat zahid, wara', bersih hati, mementingkan kebajikan orang lain, takut kepada Allah dan tidak bercita-cita dan tamak untuk menjadi ketua."
Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
إن ّاواالله لانو ّلي هذااالعمل أحداسأله أوأحداحرص عليه
- مّتفق عليه -
"Sesungguhnya kami demi Allah tidak akan melantikkan ke jawatan ketua dalam urusan ini seseorang yang memohonnya atau seseorang yang tamakkannya."
Telinga mereka sentiasa terdengar-dengar firman Allah 'Azzawajalla:
ِت ْل َكال َّداُرا ْلآِخَرة َُنْجَع ُلَهاِل َّلِذيَن َلايُِريُدو َن ُع ُلواِفيا ْل َأْر ِض َو َلا َفَساًدا َوا ْلَعاِقَبة ُ ِل ْلمُ َّتِق َين )83(
83. "Negeri akhirat itu Kami peruntukkan kepada orang-orang yang tidak mahu berbangga-bangga dengan kebesaran di bumi dan tidak mahu membuat kerosakan. Dan balasan yang baik itu untuk orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Qasas) Kerana itu mereka tidak berlumba-lumba untuk merebut jawatan- jawatan apatah lagi untuk mencalonkan diri mereka ke jawatan-jawatan ketua, atau menonjolkan kebaikan diri mereka atau berkempen untuk menaikkan diri mereka atau membelanjakan harta untuk mendapatkan jawatan-jawatan. Dan apabila mereka dilantik ke jawatan pegawai
pemerintah, maka mereka tidak menganggapkan jawatan itu sebagai suatu hasil keuntungan atau perolehan dari usaha tenaga dan harta yang mereka telah korbankan untuknya, malah mereka anggapkannya sebagai suatu amanah yang diletakkan di atas bahunya dan sebagai suatu ujian dari Allah. Mereka benar-benar sedar bahawa mereka akan berdiri mengadap Allah dan bertanggungjawab kepada-Nya dalam semua urusan pentadbiran baik yang kecil mahupun yang besar. Mereka sentiasa teringat kepada firman Allah 'Azzawajalla:
ِإن َّال ّلَهَي ْأمُرُك ُْم َأنُتؤ ُّدو ْااَلأَماَنا ِتِإ َلى َأْهِلَها َوِإ َذا َح َكْمُتمَبْيَنال َّنا ِس َأنَت ْح ُكُمو ْا ِب ا ْل َع ْد ِل
58. "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyempurnakan amanah- amanah itu kepada orang-orang yang berhak menerimanya dan apabila kamu menghukum di antara manusia, maka hendaklah kamu hukumkan mereka dengan keadilan."
(An-Nisa')
Dan firman-Nya:
َو هُ َو ا َّل ِذ ي َج َع َل ك ُ ْم َخ َلا ِئ َف ا َلأ ْر ِض َو َر َف َع َب ْع َض ُك ْم َف ْو َق َب ْع ٍض َد َر َج ا ٍت ل ِّ َي ْب ل ُ َو ك ُ ْم ِفي َما آَتا ُك ْم
165. "Dialah (Allah) yang telah melantikkan kamu menjadi khalifah- khalifah yang memerintah bumi dan mengangkatkan sebahagian dari kamu ke darjat-darjat yang mengatasi sebahagian yang lain untuk menguji kamu terhadap ni'mat-ni'mat yang telah dikurniakan kepada kamu."
(Al-An-'am)
Ketiga: Umat Muslimin bukannya berkhidmat untuk kepentingan perkauman, mereka bukannya utusan bangsa atau negeri yang berjuang untuk kemakmuran dan kepentingan bangsa dan negeri itu sahaja atau percaya bahawa bangsa dan negeri mereka sahaja yang mempunyai kelebihan atas segala bangsa dan negeri yang lain dan bahawa mereka sahaja yang dijadikan untuk memerintah dan bangsa-bangsa yang lain adalah dijadikan untuk diperintah oleh mereka. "Umat Muslimin tidak dilahirkan untuk membangun Empayar Arab yang mewah makmur dan untuk bermegah-megah hidup di bawah pemerintahannya. Mereka tidak dilahirkan untuk mengeluarkan manusia dari penjajahan Rom dan Farsi kepada pemerintahan Arab atau pemerintahan mereka sendiri, malah mereka dilahirkan untuk mengeluarkan manusia dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Tunggal seperti yang diucapkan oleh Rab'ii ibn 'Amir di majlis Yazdajrad: "Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Tunggal dan dari kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat dan dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam."
Semua bangsa dan semua manusia di sisi mereka adalah sama sahaja iaitu semuanya dari keturunan Adam dan Adam berasal dari tanah. Tiada
kelebihan bagi bangsa Arab ke atas bangsa bukan Arab dan tiada kelebihan bagi bangsa bukan Arab ke atas bangsa Arab melainkan dengan taqwa. Firman Allah 'Azzawajalla:
kesediaan masing-masing.
Di bawah naungan dan pemerintahan mereka, semua bangsa
walaupun yang pernah ditindas sebelumnya dapat menerima habuan masing-masing dalam bidang agama, ilmu pengetahuan, pendidikan dan kerajaan dan turut bekerjasama dengan bangsa Arab dalam usaha membina sebuah dunia baru, malah ramai dari tokoh-tokoh mereka mengatasi orang- orang keturunan Arab dalam setengah-setengah bidang ilmu pengetahuan. Di antara mereka terdapat imam-imam, pakar-pakar fiqah dan hadith yang merupakan mahkota-mahkota dan pemimpin-pemimpin umat Arab dan umat Muslimin seluruhnya.
Keempat: Manusia itu tersusun daripada jisim dan roh. Ia mempunyai hati, akal, perasaan dan tubuh-badan. Oleh itu manusia tidak akan berbahagia, berjaya, dan mencapai kemajuan yang seimbang melainkan seluruh bahagian dirinya subur dan berkembang dengan seimbang dan mendapat makanan yang baik. Tamadun yang baik tidak akan wujud kecuali manusia terdidik dalam 'alam sekitar yang menyuburkan agama, akhlak, akal dan tubuh badan dan memberi kemudahan kepada mereka untuk mencapai kesempurnaan insaniyah.
Hal ini menurut pengalaman tidak mungkin berlaku melainkan apabila teraju pimpinan dan pentadbiran tamadun itu berada di tangan orang-orang yang beriman kepada roh dan benda, yang dapat menunjukkan
contoh-contoh yang baik dalam kehidupan keagamaan dan akhlak serta mempunyai akal yang sejahtera dan bijaksana dan mempunyai ilmu pengetahuan yang benar dan berguna.
Pada akhirnya beliau berkata ketika memperkatakan judul: "Peranan pemerintahan Khalifah-khalifah ar-Rashidin selaku contoh-contoh tamadun yang soleh."
Demikianlah apa yang telah berlaku, kita tidak dapati mana-mana peranan dalam sejarah yang lebih sempurna, lebih indah dan lebih cemerlang dari peranan yang dimainkan dalam pemerintahan khalifah-khalifah ar- Rashidin, di mana kekuatan roh, akhlak, agama, ilmu pengetahuan dan segala peralatan benda bekerjasama dengan sepadu dalam membentuk manusia yang sempurna dan melahirkan tamadun yang soleh ... kerajaan mereka merupakan kerajaan yang terbesar di dunia, dan merupakan satu kuasa politik yang teragung pada zamannya. Dalam pemerintahan mereka munculnya contoh-contoh akhlak yang tinggi dalam kehidupan rakyat dan sistem pemerintahan, juga dalam kegiatan perniagaan dan perusahaan. Kemajuan akhlak dan rohaniyah adalah sejajar dengan keluasan wilayah yang ditakluk mereka dan dengan tamadun yang dibangun mereka. Perlakuan jenayah amat kurang jika dibandingkan dengan keluasan negara dan bilangan penduduknya. Hubungan di antara individu dengan individu dan hubungan di antara individu dengan masyarakat terus bertambah baik. Itulah peranan yang sempurna yang tidak diimpikan manusia lebih maju dari itu dan tidak pernah diandaikan oleh tukang-tukang andai lebih cemerlang dari itu."
Itulah beberapa ciri zaman kebahagiaan yang dialami manusia di bawah naungan perlembagaan Islam yang ditegakkan asas-asasnya dalam "Surah al-'Asr" dan di bawah panji-panji iman yang dibawa oleh angkatan iman dan amalan soleh yang saling berpesan menjunjung ajaran yang benar dan bersikap sabar.
Alangkah jauh bandingannya dengan kesesiaan yang dialami manusia kini di merata tempat dan dengan kerugian yang menimpa mereka dalam pertarungan kebaikan dan kejahatan, dan alangkah jauh bezanya kegelapan dan kesesatan dengan kebajikan yang besar yang telah dibawa oleh umat Arab pada masa mereka membawa panji-panji Islam dan memegang pimpinan umat manusia. Kemudian apabila mereka meletakkan panji-panji itu, mereka terus berada di ekor angkatan-angkatan kemajuan manusia dan seluruh angkatan itu menuju kepada kesesiaan dan kerugian belaka. Kini seluruh panji-panji dikibarkan untuk Syaitan, tiada satu pun untuk Allah, seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kebatilan, tiada satu pun untuk kebenaran, seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kegelapan dan kesesatan, tiada satu pun untuk hidayah dan cahaya, dan seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kerugian, tiada satu pun untuk keuntungan. Namun demikian, panji-panji Allah tetap berkibar. Ia hanya menunggu tangan- tangan yang sanggup mengibarkannya dan menunggu umat manusia yang ingin berjalan di bawah pimpinannya menuju kebajikan, hidayah, kebaikan dan keuntungan.
Itulah masalah untung rugi di dunia ini, dan jika dibandingkan dengan untung rugi di akhirat, maka untung rugi di dunia adalah amat kecil, di akhirat sanalah untung rugi yang sebenar. Untung rugi di sana berlanjutan dalam zaman yang berterusan, dalam kehidupan yang kekal dan dalam 'alam hakikat yang sebenar. Di sanalah untung rugi yang sebenar iaitu keuntungan mendapat Syurga dan keredaan Allah atau kerugian tidak mendapat Syurga dan keredaan Allah. Di sanalah manusia akan mencapai kemuncak kesempurnaan yang ditentukan untuk mereka atau akan terhumban jatuh ke darjah yang menghilangkan martabat kemanusiaan mereka dan akhirnya mereka menjadi senilai dengan batu, malah batu lebih senang dari mereka.dari segi kerehatan.
Firman Allah:
َيْوَمَين ُظُرا ْلَمْرُءَما َق َّدَم ْتَيَداُهَوَي ُقو ُلا ْل َكاِفرَُيا َلْيَتِني ُكن ُتُتَراًبا)40(
40. "Pada hari itu setiap orang akan melihat apa yang telah dilakukan oleh dua tangannya dan setiap orang kafir akan berkata: "Alangkah baiknya jika aku jadi tanah."
(An-Naba') Surah ini begitu tegas sekali menentukan jalan iaitu seluruh manusia berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman, melakukan amalan yang soleh dan saling berpesan supaya menjunjung ajaran yang benar dan supaya bersikap sabar. Inilah satu-satunya jalan, tiada jalan yang lain lagi, iaitu jalan beriman dan beramal soleh dan menegakkan masyarakat Islam yang bersatu-padu menjaga ajaran yang benar dengan berbekalkan sifat
sabar.
Itulah satu-satunya jalan, kerana itu dahulu ada dua orang lelaki dari
sahabat Rasulullah s.a.w. apabila mereka bertemu, mereka tidak berpisah sehingga salah seorang dari mereka membaca "Surah al-'Asr" kepada seorang lagi, kemudian barulah mereka bersalam-salaman. Mereka berdua seolah- olah berjanji setia untuk menjunjung perlembagaan Ilahi ini, iaitu berjanji untuk tegak di atas iman dan amalan yang soleh, saling berpesan supaya menjunjung ajaran yang suci dan supaya bersikap sabar. Mereka berdua berjanji untuk mengawal perlembagaan ini dan untuk menjadi golongan umat Islam yang hidup tegak di atas perlembagaan ini.

- Demi masa!
- Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
- Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar.

13. "Wahai manusia sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan suku supaya kamu berkenal-kenalan satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa."Umar ibn al-Khattab pernah berkata kepada 'Amru ibn al-'As Gabenor Mesir sewaktu anaknya memukul seorang Mesir dan berbangga-bangga dengan keturunannya sambil berkata: "Nah ambil ini dari seorang anak bangsawan." Lalu Umar mengenakan hukuman pukul balas dan berkata: "Bila lagi awak memperhambakan manusia, sedangkan mereka dilahirkan ibu mereka dengan keadaan merdeka?" Mereka tidak bakhil menyebarkan agama, ilmu pengetahuan dan pendidikan yang diketahui mereka kepada siapa sahaja. Mereka tidak memandang keturunan, warna kulit dan negeri apabila mereka menghukum, memerintah dan menilaikan kelebihan, malah mereka laksana awan yang memayung seluruh negeri dan semua manusia atau laksana hujan yang mencurah di merata tempat yang dapat dimanfaatkan oleh semua negeri dan manusia mengikut penerimaan dan
(Al-Hujurat)
kesediaan masing-masing.
Di bawah naungan dan pemerintahan mereka, semua bangsa
walaupun yang pernah ditindas sebelumnya dapat menerima habuan masing-masing dalam bidang agama, ilmu pengetahuan, pendidikan dan kerajaan dan turut bekerjasama dengan bangsa Arab dalam usaha membina sebuah dunia baru, malah ramai dari tokoh-tokoh mereka mengatasi orang- orang keturunan Arab dalam setengah-setengah bidang ilmu pengetahuan. Di antara mereka terdapat imam-imam, pakar-pakar fiqah dan hadith yang merupakan mahkota-mahkota dan pemimpin-pemimpin umat Arab dan umat Muslimin seluruhnya.
Keempat: Manusia itu tersusun daripada jisim dan roh. Ia mempunyai hati, akal, perasaan dan tubuh-badan. Oleh itu manusia tidak akan berbahagia, berjaya, dan mencapai kemajuan yang seimbang melainkan seluruh bahagian dirinya subur dan berkembang dengan seimbang dan mendapat makanan yang baik. Tamadun yang baik tidak akan wujud kecuali manusia terdidik dalam 'alam sekitar yang menyuburkan agama, akhlak, akal dan tubuh badan dan memberi kemudahan kepada mereka untuk mencapai kesempurnaan insaniyah.
Hal ini menurut pengalaman tidak mungkin berlaku melainkan apabila teraju pimpinan dan pentadbiran tamadun itu berada di tangan orang-orang yang beriman kepada roh dan benda, yang dapat menunjukkan
contoh-contoh yang baik dalam kehidupan keagamaan dan akhlak serta mempunyai akal yang sejahtera dan bijaksana dan mempunyai ilmu pengetahuan yang benar dan berguna.
Pada akhirnya beliau berkata ketika memperkatakan judul: "Peranan pemerintahan Khalifah-khalifah ar-Rashidin selaku contoh-contoh tamadun yang soleh."
Demikianlah apa yang telah berlaku, kita tidak dapati mana-mana peranan dalam sejarah yang lebih sempurna, lebih indah dan lebih cemerlang dari peranan yang dimainkan dalam pemerintahan khalifah-khalifah ar- Rashidin, di mana kekuatan roh, akhlak, agama, ilmu pengetahuan dan segala peralatan benda bekerjasama dengan sepadu dalam membentuk manusia yang sempurna dan melahirkan tamadun yang soleh ... kerajaan mereka merupakan kerajaan yang terbesar di dunia, dan merupakan satu kuasa politik yang teragung pada zamannya. Dalam pemerintahan mereka munculnya contoh-contoh akhlak yang tinggi dalam kehidupan rakyat dan sistem pemerintahan, juga dalam kegiatan perniagaan dan perusahaan. Kemajuan akhlak dan rohaniyah adalah sejajar dengan keluasan wilayah yang ditakluk mereka dan dengan tamadun yang dibangun mereka. Perlakuan jenayah amat kurang jika dibandingkan dengan keluasan negara dan bilangan penduduknya. Hubungan di antara individu dengan individu dan hubungan di antara individu dengan masyarakat terus bertambah baik. Itulah peranan yang sempurna yang tidak diimpikan manusia lebih maju dari itu dan tidak pernah diandaikan oleh tukang-tukang andai lebih cemerlang dari itu."
Itulah beberapa ciri zaman kebahagiaan yang dialami manusia di bawah naungan perlembagaan Islam yang ditegakkan asas-asasnya dalam "Surah al-'Asr" dan di bawah panji-panji iman yang dibawa oleh angkatan iman dan amalan soleh yang saling berpesan menjunjung ajaran yang benar dan bersikap sabar.
Alangkah jauh bandingannya dengan kesesiaan yang dialami manusia kini di merata tempat dan dengan kerugian yang menimpa mereka dalam pertarungan kebaikan dan kejahatan, dan alangkah jauh bezanya kegelapan dan kesesatan dengan kebajikan yang besar yang telah dibawa oleh umat Arab pada masa mereka membawa panji-panji Islam dan memegang pimpinan umat manusia. Kemudian apabila mereka meletakkan panji-panji itu, mereka terus berada di ekor angkatan-angkatan kemajuan manusia dan seluruh angkatan itu menuju kepada kesesiaan dan kerugian belaka. Kini seluruh panji-panji dikibarkan untuk Syaitan, tiada satu pun untuk Allah, seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kebatilan, tiada satu pun untuk kebenaran, seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kegelapan dan kesesatan, tiada satu pun untuk hidayah dan cahaya, dan seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kerugian, tiada satu pun untuk keuntungan. Namun demikian, panji-panji Allah tetap berkibar. Ia hanya menunggu tangan- tangan yang sanggup mengibarkannya dan menunggu umat manusia yang ingin berjalan di bawah pimpinannya menuju kebajikan, hidayah, kebaikan dan keuntungan.
Itulah masalah untung rugi di dunia ini, dan jika dibandingkan dengan untung rugi di akhirat, maka untung rugi di dunia adalah amat kecil, di akhirat sanalah untung rugi yang sebenar. Untung rugi di sana berlanjutan dalam zaman yang berterusan, dalam kehidupan yang kekal dan dalam 'alam hakikat yang sebenar. Di sanalah untung rugi yang sebenar iaitu keuntungan mendapat Syurga dan keredaan Allah atau kerugian tidak mendapat Syurga dan keredaan Allah. Di sanalah manusia akan mencapai kemuncak kesempurnaan yang ditentukan untuk mereka atau akan terhumban jatuh ke darjah yang menghilangkan martabat kemanusiaan mereka dan akhirnya mereka menjadi senilai dengan batu, malah batu lebih senang dari mereka.dari segi kerehatan.
Firman Allah:
َيْوَمَين ُظُرا ْلَمْرُءَما َق َّدَم ْتَيَداُهَوَي ُقو ُلا ْل َكاِفرَُيا َلْيَتِني ُكن ُتُتَراًبا)40(
40. "Pada hari itu setiap orang akan melihat apa yang telah dilakukan oleh dua tangannya dan setiap orang kafir akan berkata: "Alangkah baiknya jika aku jadi tanah."
(An-Naba') Surah ini begitu tegas sekali menentukan jalan iaitu seluruh manusia berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman, melakukan amalan yang soleh dan saling berpesan supaya menjunjung ajaran yang benar dan supaya bersikap sabar. Inilah satu-satunya jalan, tiada jalan yang lain lagi, iaitu jalan beriman dan beramal soleh dan menegakkan masyarakat Islam yang bersatu-padu menjaga ajaran yang benar dengan berbekalkan sifat
sabar.
Itulah satu-satunya jalan, kerana itu dahulu ada dua orang lelaki dari
sahabat Rasulullah s.a.w. apabila mereka bertemu, mereka tidak berpisah sehingga salah seorang dari mereka membaca "Surah al-'Asr" kepada seorang lagi, kemudian barulah mereka bersalam-salaman. Mereka berdua seolah- olah berjanji setia untuk menjunjung perlembagaan Ilahi ini, iaitu berjanji untuk tegak di atas iman dan amalan yang soleh, saling berpesan supaya menjunjung ajaran yang suci dan supaya bersikap sabar. Mereka berdua berjanji untuk mengawal perlembagaan ini dan untuk menjadi golongan umat Islam yang hidup tegak di atas perlembagaan ini.
0 comments:
Post a Comment